Kamu-kamu Yang Comel

Friday, February 4, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA

Jom join GA Nama Baby Saye..Untuk maklumat lanjut, korang klik je kat banner diatas..







Ini anak saya, Anis

Nurul Anis Arissa
Maksudnya = Cahaya + Yang Periang + Berani

Nama tersebut dipilih setelah 10 hari 10 malam mama Anis nie memerah otak memikirkan nama untuk  kelahiran anak pertamanya, huhuhu…Sebenarnya nama tersebut Inspired by novel Anis Ayuni &....…Liana tertarik dengan nama Anis sebab dalam keluarga memang tak der  lagi yang menggunakan nama ANIS. Masa mula2x pilih nama dulu, liana nak bubuh nama anak Anis Arissa je coz nak sebut pun mudah & tak panjang sangat. Tapi papa cik Anis kata “ Kesian kat Anis. Masa exam kat sekolah nanti mesti Anis kena duduk kat row paling depan sekali coz namanya start huruf A..” Last sekali masa papa Anis nak pergi kepejabat pendaftaran Negara, dia pi bubuh Nurul kat depan nama. Oleh sebab itu, jadilah nama anak ku Nurul Anis Arissa…Panjang giler nama anak aku. Nasiblah sape yang nikah dengan anak dara aku nie. Berjenuhlah nak menghafal nama yang panjang berjela tu, hehehe….

Selain tu, nama Anis juga ada kisahnyer yang tersendiri… Kalau di ingatkan semula, memang liana akan tersenyum….Masa tengah sakit nak melahirkan anis (masa tu air & darah dah keluar, Cuma liana je yang degil tak mau pergi ke hospital. Siap rahsiakan daripada En. suami, huhuhu), En. suami ajak pergi makan tengahari kat Puteri Anis Corner , Pantai Dalam..Masa tu memang liana dah tak der mood nak makan. Tapi tgk muka En. suami macam nak marah jek, aku gagahkan jugaklah diri nie ke kedai tu w/pun masa tu sakit dalam 30minit sekali (Hebat tak mama Anis nie, hehehe)..Siap makan nasi putih dengan gulai kawah.Macam tak percaya je.Nasib baiklah masa tu Anis baik. Kalau tak, tiba2x terberanak  kat kedai makan tu naya jek (^_^)..So, sampai sekarang bila ingat Anis, mesti teringat kat kedai makan tu & novel Anis Ayuni…

2 comments :