Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, February 22, 2011

22.02.2011 ~ 19 Tahun Arwahyarham Sudirman Meninggalkan Kita

Sejak dari semalam lagi, TV & corong-corong radio memutarkan lagu-lagu arwah Sudirman Hj. Arshad. Aku pun macam pelik juga tetiba je DJ-DJ Hot FM ni memutarkan lagu arwah non-stop selama hampir 1 jam aku berada kat dalam kereta. Ada apa ek hari nie????
Bila aku tanya kat orang sekeliling aku, rupanya harini genap 19 tahun arwahyarham meninggalkan kita. Pada ketika itu beliau berusia 37 tahun. Lorrrr!!!Nape aku boleh tak tahu nie..ish3x..

Pict dari sudir-ricky.blogspot.com



Profil

NAMA: Sudirman Haji Arshad
TARIKH LAHIR: 25 Mei 1954
ASAL: Temerloh, Pahang
KARIER: Penyanyi, pelakon, penulis dan peguam
KELUARGA: Anak bongsu daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya
BAPA: Arshad Hassan
IBU: Ramlah Dahlan
MENINGGAL DUNIA: 22 Februari 1992

PENCAPAIAN: Antaranya, Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, RTM 1978, Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu TV3 1987, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989 dan Penghibur Nombor Satu Asia 1989

ANUGERAH: Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1988, Ahli Mahkota Pahang daripada Sultan Pahang 1990, Johan Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1992 dan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang daripada Sultan Pahang (2009)


Kalau korang nak tahu, arwah merupakan penyanyi no 1 Asia. Lagu-lagunya sangat diminati setiap lapisan masyarakat. Masa aku kecik2 dulu, mak & abah aku memang minat giler kat lagu-lagu arwah...Sampaikan dah in love sesangat, diorang sanggup pergi beli kaset...Pada ketika tu, mak aku kata arwah satu-satu nyer penyanyi yang mempunyai pendidikan tinggi. Arwah mendapat didikan dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya. Kalau tak silap aku, arwah ni anak seni yang serba boleh..Boleh menyanyi, mencipta lagu, pelakon ( filem KAMI, kalau silap minta diperbetulkan), ada company minuman jenama SUDIR .Masa aku kecik2x aku selalu beli air tin sarsi SUDIR. Best sangat & kurang gas. Tapi bila arwah dah meninggal, tak tahu apa jadi kat company tu & air tin tu pun dah tak pernah nampak lagi kat kedai. huhuhu.

p/s: Al-Fatihah untuk arwah & semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin
p/p/s : Banyak cerita best2x tentang arwah kat blog http://sudir-ricky.blogspot.com/

4 comments :

  1. kt era pn main lgu2 sudirman gak ;)

    ReplyDelete
  2. a,ah...rata2x semua stesen radio & tv mainkan lagu arwah...cuma kebetulan masa on the way nak pergi kerja, dgr lagu arwah sudirman kat hot fm..

    ReplyDelete
  3. ahad lps ada rencana pasal allahyarham, kul 10 mlm tp kt astro saluran 555

    ReplyDelete
  4. me: LLK asik terlepas tengok history channel pasal citer arwah, huhuhu

    ReplyDelete