Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, February 23, 2011

I'am Not Perfect Person. So What!!!!!!

Sesi melepaskan geram.....Aku tahulah aku ni kuli batak yang makan gaji dengan orang....Tapi sekurang-kurangnya tak boleh ker pihak atasan ni hargai kerja-kerja orang bawahan dia buat. Kami tahulah darjat kami berdua memang tak sama. Macam langit dengan bumi. Tapi sekurang-kurangnyer benda-benda elok yang pernah kami buat sehingga menaikkan nama pihak atasan tu hargailah...Nape perlu hukum seseorang tu bila terbuat (nama pun terbuat...bukan sengaja donggg) 1-2 kesalahan.  Kami nie manusia biasa yang tak lari dari kesilapan......Aku Sangat-sangat frust dengan sikap segilintir manusia yang mcm nie.....Menambahkan lagi rasa kebencian kat diorang nie...Tengok muka diorang pun dah rasa meluat...

p/s: Sejak dari kat bukit tinggi bulan lepas sehingga sekarang tak sudah-sudah kena maki-hamun dengan diorang nie. Serba serbi ada je yang tak kena. Aku & the gang kalau buat kerja tu kadang2x dah macam k***** mabuk todi. Kelam kabut dibuat nyer..Aku takut bila satu tahap dah tak boleh sabar lagi dah, ada yang makan kasut saiz 8 aku nanti ni kang baru tau...

Tuesday, February 22, 2011

22.02.2011 ~ 19 Tahun Arwahyarham Sudirman Meninggalkan Kita

Sejak dari semalam lagi, TV & corong-corong radio memutarkan lagu-lagu arwah Sudirman Hj. Arshad. Aku pun macam pelik juga tetiba je DJ-DJ Hot FM ni memutarkan lagu arwah non-stop selama hampir 1 jam aku berada kat dalam kereta. Ada apa ek hari nie????
Bila aku tanya kat orang sekeliling aku, rupanya harini genap 19 tahun arwahyarham meninggalkan kita. Pada ketika itu beliau berusia 37 tahun. Lorrrr!!!Nape aku boleh tak tahu nie..ish3x..

Pict dari sudir-ricky.blogspot.com



Profil

NAMA: Sudirman Haji Arshad
TARIKH LAHIR: 25 Mei 1954
ASAL: Temerloh, Pahang
KARIER: Penyanyi, pelakon, penulis dan peguam
KELUARGA: Anak bongsu daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-Undang Universiti Malaya
BAPA: Arshad Hassan
IBU: Ramlah Dahlan
MENINGGAL DUNIA: 22 Februari 1992

PENCAPAIAN: Antaranya, Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa, RTM 1978, Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu TV3 1987, Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1989 dan Penghibur Nombor Satu Asia 1989

ANUGERAH: Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1988, Ahli Mahkota Pahang daripada Sultan Pahang 1990, Johan Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong 1992 dan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang daripada Sultan Pahang (2009)


Kalau korang nak tahu, arwah merupakan penyanyi no 1 Asia. Lagu-lagunya sangat diminati setiap lapisan masyarakat. Masa aku kecik2 dulu, mak & abah aku memang minat giler kat lagu-lagu arwah...Sampaikan dah in love sesangat, diorang sanggup pergi beli kaset...Pada ketika tu, mak aku kata arwah satu-satu nyer penyanyi yang mempunyai pendidikan tinggi. Arwah mendapat didikan dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya. Kalau tak silap aku, arwah ni anak seni yang serba boleh..Boleh menyanyi, mencipta lagu, pelakon ( filem KAMI, kalau silap minta diperbetulkan), ada company minuman jenama SUDIR .Masa aku kecik2x aku selalu beli air tin sarsi SUDIR. Best sangat & kurang gas. Tapi bila arwah dah meninggal, tak tahu apa jadi kat company tu & air tin tu pun dah tak pernah nampak lagi kat kedai. huhuhu.

p/s: Al-Fatihah untuk arwah & semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin
p/p/s : Banyak cerita best2x tentang arwah kat blog http://sudir-ricky.blogspot.com/

Monday, February 21, 2011

Monday Blues


Isnin datang lagi, huhuhu....xsuka..xsuka..xsuka  ;-(

Sunday, February 20, 2011

Cerita Pasal Scalling & Braces

Pagi semalam, liana ada appointment dengan dentist sebab nak pakai braces. Tapi sebelum tu, nak minta advise dari doktor tu tentang keadaan gigi & apa2xlah yang berkaitan tentang pemakaian braces tu nanti (punyalah semangat nak pakai braces, hehehe)....Sampai kat klinik pergigian tu dalam pukul 12.30 tengahari.Nasib baik sampai awal sikit sebab klinik nie tutup pukul 2 petang. ( Nanti liana cerita kenapa kami sampai lambat kat klinik tu)....Di sebabkan liana baru 1st time jadi patient kat klinik tu so, kenalah isi form dulu....Dalam kurang 30minit, doktor tu panggil liana masuk kat dalam bilik rawatan..So, Liana pun bagitahulah masalah kat doktor tu...Selepas beberapa minit doc tu check keadaan gigi , Doktor tu putuskan yang Liana boleh pakai braces tanpa cabut sebatang gigi pun....Wahhhhh!!! mata aku dah bersinar2x kegembiraan... 

Tapi............. 

u kena buat small surgery pada gusi hadapan u coz u ada masalah Oversized labial frenum. OMG!!!!!....Disebabkan aku nie penakut yang teramat sangat, aku minta tempoh untuk fikirkan pasal buat surgery tu.Bila U dah bersedia, u datang buat appointment & I will do the surgery ok liana, huhuhuhu .. Tapi untuk hari nie, liana buat scalling dulu. Cerita pasal scalling nie, teringat zaman2x kat sekolah dulu....Setiap tahun mesti doktor & nurse akan datang kat sekolah untuk buat pemeriksaan pergigian kat murid2x...Dan aku adalah salah seorang mangsa yang tak pernah terlepas setiap tahun utk  mengadap nurse2x tu buat rawatan scalling..Nurse2x tu dahlah  ganas & kasar. Pernah ada sorang nurse ni dulu terscalling kat gusi( acctually ianya bukan gusi tapi daging lebih yang melekat kat gusi...aduhhh,,susah betul aku nak citer) .OMG!!! memang sakit giler sampai aku menjerit kesakitan...Giler punya nurse...Sampai sekarang nie aku memang fobia  jumpa doktor gigi..Tapi scalling yang aku buat pagi tadi memang serius tak sakit kalau compare masa kat sekolah dulu..Doktor tu pun buat laju & lembut je...Berbaloi dengan RM yang aku bayar kat dia, huhuhu......Selepas selesai scalling, liana singgah kat rumah mak ..Lepak2x kat sana sampai pukul 9 malam.Selepas tu singgah supermarket nak cari susu Anis tapi susu Anmum step 3 yang Anis selalu minum tu out of stok....3-4 kedai jugaklah kitaorang melilau mencari susu tu..Serius tak der. Semuanya kata out of stok...Giler ke apa tibe2x je tak der stok nie. Tokey kilang susu ni masih bercuti CNY ke??? ermmmm....Esok pagi, nak ke Carefour cari susu Anis tu....Kalau xder stok juga, nampak gaya kena tukar susu jenama lain ler...huhuuh


p/s: ngantokkkk...Time to sleep :-)

Saturday, February 19, 2011

Appointment Dengan Dentist

Pukul 10.00 pagi kang, Liana ada appointment dengan dentist. Korang doakanlah kat Liana semoga dipermudahkan segala urusan & dijauhkan segala masalah2x yang tak di ingini, huhuhu.....





Saya Nak Join Beloglist Cik Mary Ann! Boleh?


Liana nak join Beloglist Cik Mary Ann, Boleh tak???? Liana seorang perempuan ayu's ( sila lah muntah hijau,,uwekkkkkkkk) so nak masuk group ONNA...


p/s: Kalau xboleh pun, Liana nak gakkkkk...Aci tak??? hehehehe

Friday, February 18, 2011

LIST BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH (Updated by En. Ben)

Alhamdulillah....Blog LLK sempat gak tersenarai..Sesiapa yang tak sempat join segmen En. Ben ni, korang cepatlah terjah

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH


Khas untuk blogger baru yang tak sempat terjah segmen nie sebelum nie. jom skodeng sini

Thursday, February 17, 2011

Movie On TV2 ~A.I *Artificial Intelligence*

Malam tadi kami sekeluarga tengok movie kat tv2 bertajuk A.I *Artifial Intelligence*. Actually, movie nie dah 2-3 kali jugak tenngok sebelum nie, tapi tak pernah tengook sampai habis pun. Tapi kali nie memang aku tengok dari 1st sampai last citer tu....Sedih sangat cerita nie sampai meleleh-leleh air mata aku mengalir..




Sinopsis:-
Pada zaman tersebut, robot kasih sayang berteknologi canggih telah dicipta. Kebetulan pada ketika itu, sepasang suami isteri berasa sedih dengan keadaan anak lelakinya, Martin yang sakit. Aku tak pasti sakit apa. Yang pastinya Martin nie macam koma & hari2x mak & ayah dia datang melawat kat hospital sambil membacakan bedtime story pada Martin. Ayah Martin,, Henry risau dengan keadaan isterinya yang selalu bersedih & mengambil keputusan untuk mengambil robot lelaki bernama David sebagai anak barunya.
Pada mulanya Monica tak boleh terima kehadiran David dalam hidupnya sebab David adalah robot..Lama-kelamaan Monica dapat menerima David & mula menyayanginya seperti  anaknya sendiri. Satu hari, tanpa disangka-sangka Martin yang telah lama koma kat hospital telah sedarkan diri.Dan tak lama selepas itu, Martin sembuh seperti sedia kala.

Kalau dulu, kasih sayang dicurahkan pada David seorang je tapi bila Martin dah sedar, segala kasih sayang telah beralih kepada Martin semula..Kesian kat David sebab disisihkan oleh kedua orang tuanya. Tapi David robot yang cerdik. Dia cuba mendapatkan perhatian dari Monica. Keadaan tersebut menyebabkan Martin cemburu terhadap David. Martin pun ajar David buat perkara-perkara yang tak elok yang kononnya boleh menyebabkan mak dia lagi sayang kat David seperti gunting rambut mak dia masa tengah malam. (giler ke ape budak Martin nie) . Si David nie pun pergilah gunting rambut mak dia. Mengamuk bapak dia bila dapat tahu David buat macam tu kat bini dia.....Tapi Monica memaafkan David. Lagipun malam tu merupakan kesalahan pertama yang dibuat oleh David....

Tapi kesalahan kedua yang dilakukan oleh David betul2x menyebabkan Monica & Henry marah giler. Bukan salah David pun. Kawan2x Martin yang buat macam tu kat David sampai David takut & pergi peluk erat2x badan Martin hingga terjatuh dlm pool & hampir lemas.Sampai hati mak & ayah David biarkan je dia terdampar sorang2x kat dasar kolam tu, huhuhu.....

Keesokannya, Monica ambil keputusan untuk menghantar semula David ke tempat asalnya ( Aku lupa nama kilang tu) setelah di desak oleh suaminya Henry. Pada malam tu, Monica janji nak bawa David & teddy jalan2x kat desa. Tapi diorang bukan nak pergi jalan2x pun. Tu hanyalah 1 rancangan untuk bawa David ke kilang asalnya. Kalau tak silap, mana2x robot yang dipulangkan semula ke kilang tersebut akan dilupuskan. So, masa on the way nak ke kilang tu Monica tiba2x ubah rancangan pulak sebab tak sampai hati nak lupuskan si David. Tapi dia tinggalkan David kat tengah2x hutan. Menangis2x budak tu tak nak ditinggalkan oleh mak dia. Kesian David..Dok sorang2x kat tengah2x hutan. Nasib baik teddy ada temankan sekali( teddy nie robot berteknologi tinggi sama macam david)...Time nie aku pulak yang nangis, huhuhu.....

Dari situ, bermulalah pegembaraan David untuk mencari pari-pari biru seperti yang selalu diceriatakan oleh maknya, Monica....David nak sangat cari pari-pari biru tu sebab dia nak buat permintaan supaya dia boleh jadi manusia biasa & hidup bersama dengan mak dia. Last sekali, jumpa juga David dengan pari2x biru tu. Setelah tak sengaja jumpa kat dasar laut. dan sejak itu dia tidak putus-putus berdoa dan meminta pada pari-pari biru tu untuk tukarkan dia menjadi manusia biasa dan yang paling sedih tu dia tak tahu pun pari-pari biru tu hanya patung.( time nie aku nangis & nangis lagi...huhuhu). Masa dia & teddy dok berdoa depan pari-pari tu, besi-besi buruk yang terdampar kat dalam laut tu menghempap kenderaan yang david & teddy naik ( lupa lak nama kenderaan ni apa. Tapi boleh bertukar jadi helicopter..kejep kang boleh bertukar jadi kapal selam). So, david pun terperangkaplah kat dasar laut yang membeku tu hingga 2000 tahun.

Selepas 2000 tahun, sekumpulan alien terjumpa David & teddy kat dalam kenderaan tu. masa tu manusia dah tak wujud lagi dah. Pupus sama sekali. Disebabkan David sorang je manusia yang unik je yang masih ada lagi kat bumi, alien tu jagalah David sebaik yang mungkin & cuba menggembirakannya. Siap baca fikiran David lagi...Dalam fikiran David, perkara yang menggembirankannya hanyalah bersama maknya , Monica.

So, david minta supaya mak nya dihidupkan semula tapi Alien kata susah sebab perlukan DNA atau sampel dari tubuh manusia.David sedih....Tiba2x si teddy ni bagi rambut mak David. (sebelum ni David pernah cuba potong rambut mak dia. So, masa dia try nak potong tu adalah beberapa helaian tu jatuh kat lantai. Dan masa tulah teddy simpan rambut tu kat poket dia). Bila dah ada DNA, Alien pun hidupkan Monica semula. Happy giler David masa tu


TETAPI

Alien bagitahu David yang mak dia, Monica hanya boleh hidup sehari sahaja kerana eksperimen Alien untuk menghidupkan kehidupan yang sudah lama mati tidak berjaya. Oleh itu, tempoh paling lama boleh bertahan adalah sehari.dari pagi sampai malam.. bila masuk tidur je, Monica tak akan bangun semula.kira tidur dan terus mati semula.

David pun setuju dan menghabiskan sisa waktu terakhir tu sebaik mungkin. Bersama maknya yang tersayang.sampai lah waktu malam & masa untuk mak dia tidur. David menyelimutkan mak nya penuh kasih sayang dan apa yang diimpikannya tercapai apabila Monica memberitahu yang dia sayangkan David.Time ni aku dah menangis giler babas...Sedih aku tengok citer nie..

 Actually, aku tak pasti ending citer nie. Tapi bila aku dengar ayat David ‘ Ini merupakan pertama kali dalam hidupnya dia tidur kat sebelah mak dia. ‘ So, aku beranggapan ending part nie David mati bersama-sama mak dia, Monica. Sebab kisah awalnya David memang tak boleh makan & tidur sebab dia kan robot. So, bila last part tu dia kata hari tu merupakan pertama kali dia tidur  bersama-sama mak dia sambil peluk mak dia... TAMAT

Time ending part pun aku nangis. Air mata laju je mengalir. Memang sedih giler tengor cerita nie. Seorang budak robot yang cuba mencari kasih sayang  seorang manusia yang bernama mak. Sambil tu, mata memandang anak aku Anis.huhuhu...Mama sayang sangat kat Anis (air mata mengalir tanpa aku sedar masa sedang menaip entry nie)




Wednesday, February 16, 2011

Cenderahati From Korea

Harinie bos kesayangan Liana dah start bekerja setelah hampir seminggu bercuti kat Korea..... Pastu, baru je tadi, bos panggil masuk kat bilik dia. Macam biasalah ingatkan bos panggil sebab nak bagi kerja. Sampai2x je kat dalam tu bos pun keluarkan sesuatu & letak kat atas meja. Bos kata ‘ Saya ada bawa something untuk liana.Liana pilihlah yang mana Liana suka’.. Horeyyyy!!! Suka bukan main lagi, macam budak kecil je. Walhal dah jadik mak budak dah, huhuhu.....Tadi bos ada bagitahu, kebanyakan kerongsang yang dijual kat Malaysia nie dibuat di Korea...Teror nyer orang Korea nie buat kerongsang. Walhal diorang bukan pakai sangat pun. Yang banyak pakainyer wanita2x ayu yang bertudung. Kalau kat Korea, kerongsang saiz besar yang macam Liana dapat nie dijual RM 15.

Baik betul bos aku nie.kalau pergi bercuti kat mana pun, mesti dia akan tak lupa belikan cenderahati untuk anak2x buah dia. Terima kasih banyak puan ;-)

Kerongsang dari Korea

Buku nota...Cover buku nie cantik sangat




p/s: Sayang pulak nak pakai. Maklumlah barang baru :-)

Cubaan Pertama Liana-Khairi

Ok tak liana pakai tudung nie??? 1st time pakai shawl, hehehe.....Tapi liana bukan nak tunjuk shawl baru liana nie tau...Cuba korang tengok betul2x...

Letih mak berposing tau...Tolonglah bagitahu yang korang perasan apa yang lain kat muka mak nie, hehehe.....Minggu lepas liana singgah Sinma. Asalnya saje nak cuci mata tengok2x barang yang ada kat kedai tu. Secara tak sengaja, pegang2x bulu mata palsu nie & TERBELI ( ada ke ayat terbeli, hehehe). 1st time pakai bulu mata palsu masa kawin 3 tahun lepas. Cantik sangat bulu mata palsu yang mak andam liana pakai kan tu. Tapi masa tu liana tak biasa pakai benda tu & menyebabkan mata liana jadi kuyu je sebab rasa berat kat kelopak mata, hehehe...Kali nie, terasa nak pakai balik.Sebab tu liana TERBELI masa singgah kat sinma minggu lepas.




Bulu mata palsu tu RM5.00 je. Saje ambil yang murah2x...Nanti bila dah pandai pakai, bolehlah nak ambil yang mahal sikit ;-) . En. Suami terkejut tengok liana pakai bulu mata nie semalam. Dia kata :-

En. Suami : Mama nampak lain lah arini
Liana : Nampak lain tu cantik ke tak?
En. Suami : Mestilah cantik, sambil gelak macam orang jahattttt


p/s: Apa2 pun, liana suka dengan bulu mata palsu nie cuma kena belajar lebih sikit untuk nampak lebih perfect bila ditampal kat kelopak mata tu.. Chayok!! Chayok!!

Tuesday, February 15, 2011

Ally Iskandar TV3 Dah Bertunang

Tahniah pada Ally Iskandar yang telah bertunang pada 11.2.2011 yang lalu dengan pasangannya Aishah Zainal (Naib Juara Gadis Melayu). Majlis tersebut diadakan dikediaman keluarga Aishah di Taman Sri Intan, Ampang.



p/s: Tahniah Ally


Maulidur Rasul Tahun 2011


Hari nie merupakan hari kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Beliau dilahirkan pada subuh hari 12 rabiulawal tahun gajah. Oleh sebab itu, Liana nak menyucapkan 'Selamat Menyambut Maulidur Rasul 'pada seluruh umat islam diseluruh dunia.

Mak & abah liana pagi nie join perarakan maulidur rasul kat area perumahan kat PD. Kat office pun ada juga buat perarakan tapi perarakan tersebut dibuat kat Putrajaya. Walaubagaimanapun, sesiapa yang join perarakan tersebut dalam claim RM200 untuk baju. Bestkan ;-)

p/s: Salam maulidur rasul dari liana-khairi

Monday, February 14, 2011

Aku Terpengaruh . Tolong Maafkan Saya

Masa hari Jumaat yang lepas, ada 2 orang staff dari KFC Holding datang promote diorang punya cupon rasamas kat budak-budak office. Actually, kat office aku nie macam2x saleman senang2x je boleh masuk. Walhal kat pintu masuk tu dah terang2x punya lah besar sign ‘ Jurujual Dilarang Masuk’ pun xboleh nampak ke ape diorang nie..Pada awalnya aku malas nak layan bebelan si promoter pasal barang yang dia promote tu tapi rasa macam kesianlah pulak sebab staf-staf kat tempat aku nie mcm nak tak nak je layan diorang. OKlah, aku dengar sekejap jekk...

Bila dah dengar penerangan dari diaorang tu, rasa macam bestlah pulak promotion cupon rasamas tu. Konsepnya lebih kepada penjimatan iaitu ‘Buy 1 Free 1’. Boleh guna kat mana-mana outlet rasamas di seluruh Malaysia.. Lagipun, liana memang suka makan ayam blackpepper kat rasamas tu. Rasanya sedap, takder lemak langsung.. Oklah, saya ambil satu je (kan dah terpengaruh, huhu). Terbang RM25 tengah-tengah bulan nie, huhuhu.......Dan pada tengahari semalam, En. Suami ajak lunch kat rasamas @ Midvalley...

Rasamas

Terpengaruh dengan kata-kata si promoter tu & akhirnya melayang RM25



Makanan tengahari kami bertiga

PrimeRoast Steak untuk mama Anis & Blackpepper Roaster Rice untuk papa Anis

Kids Meal untuk Anis

Popiah Goreng Budget Tengah Bulan

Atas permintaan En. Suami, Liana buat popiah nie semalam. Actually, resepi nie dapat daripada mak. tapi liana dah ubah sikit sebab banyak benda tak der dalam peti. Nak pergi beli kat kedai sangatx2 lah malas. Sape yang berminat boleh lah cuba.

Bahan-bahan (Inti):
1. Lobak merah- diparut halus
2. Taugeh
3. Tauhu - digoreng
4. Telur - digoreng
5. Lada sulah & sedikit garam
6.Isi ayam ( Nak lagi sedap bubuh lah ayam. Tapi dalam resepi nie, liana tak letak isi ayam. sebab tu nama popiah nie popiah budget tengah bulan, hehehe)
7. Fillet Crab
8. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Tauhu & telur digoreng sehingga garing. Kemudian masukan lobak merah & goreng. Masukan sedikit air dan masak hingga lobak empuk. Kemudian masukan taugeh. Masukan sedikit lada sulah & garam secukup rasa. Masak sehingga kering.
Inilah hasilnya ;-)

Kemudian follow step 1-7. Ulang step tersebut sehingga inti habis.



                                           MASA UNTUK MENGGULUNG

Siappp sedia untuk dimakan...

p/s: Disebabkan liana malas nak buat sos untuk popiah goreng nie, semalam kami cicah dengan sos cili keropok lekor yang masih ada kat dalam peti ais, huhuhu... 

p/p/s: Fillet crab tu liana rebus dulu sebab takut tak masak masa menggoreng nanti. 

Sunday, February 13, 2011

Dunia - Bunkface


Dunia - Bunkface

Gelisah tak bermaya
Manipulasi antara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Korus
Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kuasa sementara
Komunikasi tiada makna

Dan tindak balas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa
Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita
Lalalalala oh oh oh oh
oh oh oh oh

Ulang korus

Saturday, February 12, 2011

Leia~ Black

Google
Aku sudah jatuh cinta dengan lagu abang black nie...opps!!!abang ke, hehehe....Dulu masa black masuk mentor, aku selalu dengar si black nie berlatih menyanyi..Actually, rumah black berhadapan dengan dengan rumah mak...Kebetulan masa tu, aku baru melahirkan Anis. So, terhibur juga dengan black nyanyi.Jom layan lagu black..




Leia - Black

Tidak ku sangka hubungan kita
Akan di duga sebegini
Kerna ku jauh di kota
Dan kau pula menyepi di sana
Terpaksa menerima
Hakikatnya ku di sini
Dan kau pula di sana

Chorus
Malam ini ku hadiahkan
Sebutir bintang pengganti kata-kata
Dengarlah janjiku padamu
Sang rembulan menemani
Sementara menanti waktu bersama
Sabarlah masanya kan tiba

Seringkali ku terbayangkan mu
Dalam mimpiku kau tersenyum
Sedihnya rasa pabila ku bangun
Dari nyenyak tidurku
Masih ku keseorangan
Kerna ku di sini
Dan kau pula jauh di sana

Ulang Chorus

Hari demi hari ku nanti
Tiba malam hari
Kan ku pejam mata
Lihat kau tertawa
Dalam mimpi kita berdua
Terbang di angkasa
Hidup kita sempurna akhirnya

Ulang Chorus

Thursday, February 10, 2011

Jumping High Photo Contest


Nie gambar aku dengan kawan-kawan tengah melompat macam kanak-kanak riang kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang...Disebabkan keadaan kat sana yang hujan tak menentu so, kami jalan2x jek kat sekitar resort tu.... Enjoy ur reading :-)

Happy ;-)

Dah macam ultraman nak terbang ke angkasa


Wednesday, February 9, 2011

Lambatnyer Masa Berlalu



Hari nie saya rasa sangat sunyi & boring ;-(... Bos kesayangan saya sedang bercuti selama seminggu kat Korea. Kakak saya yang seorang nie pulak pun cuti, huhuhu.....Hilang arah tuju aku sekejap...Asik dok melilau kat blog orang, & bukak facebook ( bila tengok xda new comment, aku log out balik). Sepatutnya masa2x terluang nie lah aku gunakan untuk berjumpa dengan doctor gigi kat Bangsar tu tapi En. Suami aku pulak sibuk memanjang mengalahkan PM (Perdana Menteri ye bukan Penjejak Mimpi, hehehe.....). Kalau aku drive sorang2x kang takut kereta tu yang bawak aku, bukan aku yang bawak kereta. So, better aku pergi lain kali jek dengan En. Suami bucuk den tu. Maklumlah , aku ni pemandu yang tak berhemah, huhuhu......

p/s: Bos ada tinggal nota kat atas meja aku, katanya akan ada ole2x dari korea ............yess

Stesen Minyak Zaman 20-an













Jom tengok gambar stesen minyak waktu zaman-zaman 20-an....

p/s: Zaman 20-an nie, tok aku pun xlahir lagi dong..

Tuesday, February 8, 2011

Baju baru Mama Anis







Hari nie saya pakai baju baru…..hahaha, poyo betul. Mcm jakun xpernah dapat baju baru. Actually, baju hari nie merupakan salah satu daripada 7 pasang baju yang ditempah pada tukang jahit kat kampung. Upah menjahit baju pun murah ( RM 24 / pasang) sebab LLK & keluarga mertua merupakan regular customer yg selalu menghantar kain pasang  secara banyak.  Kain-kain tersebut LLK hantar kat kedai tukang jahit tersebut pada  akhir tahun lepas. Kebetulan masa cuti tahun baru cina yang lalu, LLk & En. suami balik ke kampong & kebetulan pula kain-kain tersebut siap dijahit, so boleh lah bergaya dengan baju baru… Lagi pun, baju2x baru nie merupakan salah satu daripada wishlist untuk tahun 2011. Baju2x yang sedia ada hampir 3 tahun tak berganti yang baru. Kebanyakannya dah xberapa muat disebabkan tuan punya badan nie semakin membesar, huhuhu…..

p/s: Pas nie, nak cari kain untuk buat baju untuk raya puasa nanti..Lambat hantar kat tukang jahit kang, takut tempahan penuh pulak…..

Monday, February 7, 2011

Bila Saya Mati by Sissyira


Jom Join Contest 'Bila Saya Mati'

Jawapannya : 05.05.2007

Dara.Com Feb 2011~Kisah seorang Blogger Bernama Intan




Entry nie sebenarnya LLK dah draft siap-siap masa berada di bukit tinggi, Pahang....Nak publish awal tak boleh lah pulak sebab ada masalah dengan network kat sana. Tapi rasanya tak terlambat kalau LLK nak buat entry tentang majalah dara keluaran Februari 2011. Actually, salah sorang blogger (yang selalu dilawati oleh LLK) telah diwawancara oleh wartawan dara.com tentang pengalaman beliau belajar di India dalam Perubatan....Blogger tersebut bernama Intan. Kalau kawan-kawan semua free, jemput singgah ke blog intan. Banyak ilmu boleh dipelajari kat sana. LLK pun selalu berblogwalking kat sana.

p/s: Bila agaknya adik aku nak jadi doctor macam Intan ;-)

T-Shirt & Sweater Baru Untuk Anis Dah Sampai (^_^)

Hari nie 1st day memulakan kerja bagi bulan Februari 2011 setelah cuti sakan selama seminggu :-). Dan dari semalam juga aku tak putus-putus berdoa agar dipermudahkan segala urusan sebab sebelum aku start bercuti aritu, satu demi satu masalah berlaku sampai aku pun dah jadi fed-up dengan kerja aku sekarang nie. Tapi sebelum tu, nak citer sikit tentang bungkusan yang aku terima pagi tadi...Seawal pukul 8.00 pagi tadi, ternampak bungkusan pos laju kat atas meja. Bungkusan tersebut merupakan pakaian yang aku oder dari seorang dealer kat FB sejak awal bulan lepas. Lama giler Anis tunggu untuk dapat baju baru tu, huhuhu...Actually, sweater yang aku beli tu memang ready stok cuma t-shirt je kena tunggu stok sampai pada tokey..Ditambah pula dengan dealer tu sakit & dimasukan ke hospital ( tak pastilah sakit ape, aku pun malas nak tanya banyak2x kat dealer tu). Sebelum nie, aku pernah buat entry tentang baju anis tu. Kalau klik kat sini untuk baca entry yang terdahulu.



Apa2x pun, aku sangat gembira & bersyukur sebab aku dah dapat barang yang aku beli tu. Cuma tak tahulah bila Anis nak pakai sweater yang aku belikan untuk dia tu. Sepatutnya Anis kena pakai sweater tu masa kitaorang pergi ke genting highland aritu, huhuhu.....Dah takder rezeki anis masa tu :-(


p/s: Warna sweater dalam blog lagi chantek daripada tengok depan mata, huhuhu


p/p/s: Watermark aku jadi ketot sebab aku panik ( edit kat office) coz takut rakan sekerja menghidu aktiviti berblog aku nie...

Friday, February 4, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA

Jom join GA Nama Baby Saye..Untuk maklumat lanjut, korang klik je kat banner diatas..







Ini anak saya, Anis

Nurul Anis Arissa
Maksudnya = Cahaya + Yang Periang + Berani

Nama tersebut dipilih setelah 10 hari 10 malam mama Anis nie memerah otak memikirkan nama untuk  kelahiran anak pertamanya, huhuhu…Sebenarnya nama tersebut Inspired by novel Anis Ayuni &....…Liana tertarik dengan nama Anis sebab dalam keluarga memang tak der  lagi yang menggunakan nama ANIS. Masa mula2x pilih nama dulu, liana nak bubuh nama anak Anis Arissa je coz nak sebut pun mudah & tak panjang sangat. Tapi papa cik Anis kata “ Kesian kat Anis. Masa exam kat sekolah nanti mesti Anis kena duduk kat row paling depan sekali coz namanya start huruf A..” Last sekali masa papa Anis nak pergi kepejabat pendaftaran Negara, dia pi bubuh Nurul kat depan nama. Oleh sebab itu, jadilah nama anak ku Nurul Anis Arissa…Panjang giler nama anak aku. Nasiblah sape yang nikah dengan anak dara aku nie. Berjenuhlah nak menghafal nama yang panjang berjela tu, hehehe….

Selain tu, nama Anis juga ada kisahnyer yang tersendiri… Kalau di ingatkan semula, memang liana akan tersenyum….Masa tengah sakit nak melahirkan anis (masa tu air & darah dah keluar, Cuma liana je yang degil tak mau pergi ke hospital. Siap rahsiakan daripada En. suami, huhuhu), En. suami ajak pergi makan tengahari kat Puteri Anis Corner , Pantai Dalam..Masa tu memang liana dah tak der mood nak makan. Tapi tgk muka En. suami macam nak marah jek, aku gagahkan jugaklah diri nie ke kedai tu w/pun masa tu sakit dalam 30minit sekali (Hebat tak mama Anis nie, hehehe)..Siap makan nasi putih dengan gulai kawah.Macam tak percaya je.Nasib baiklah masa tu Anis baik. Kalau tak, tiba2x terberanak  kat kedai makan tu naya jek (^_^)..So, sampai sekarang bila ingat Anis, mesti teringat kat kedai makan tu & novel Anis Ayuni…