Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, January 20, 2011

Thaipusam & Kelapa......

bekalan kelapa mawar yang saiznya lebih kecil (kanan) berbanding kelapa kampung yang diterimanya sejak akhir-akhirnya berikutan kekurangan bekalan kelapa  ~ sumber dari Utusan

Bercakap tentang perayaan thaipusam nie, ramai jugak yang mengeluh dengan kenaikan harga kelapa dipasaran. Mana tidaknyer, penganut hindu akan melakukan upacara memecahkan kelapa  untuk menunaikan nazar…kalau sorang memecahkan 2 biji kelapa, cuba bayangkan kalau 10 ribu orang melakukannya…..Disebabkan kekurangan sumber kelapa, pengusaha kelapa terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran…Yang menjadi mangsa adalah peniaga makanan yang menggunakan santan dari kelapa segar, macam abah LLK. Kesian kat abah. Dahlah harga barang-barang mentah setiap tahun naik….Pembeli pulak asik nak marah je sebab harga makanan dinaikan beberapa sen. Macam abah yang dah 100% mencari rezeki dengan cara meniaga, nak tak nak terpaksa  bersabar je…

Kalau zaman kanak2x LLk dulu, nasi lemak yang dibeli kat peniaga2x di kaki lima masih lagi berasa lemak santan dari santan segar yang diorang gunakan. Tapi sekarang nie, payah betul nak jumpa nasi lemak yang betul2x sedap dengan lemak santan kelapa. Kadang2x tu dah macam makan nasi putih je, huhuhu….Mana tidaknya ,  kelapa sebiji dipasaran mencecah RM1.50 ~ RM1.80 sebiji… Sangat2xlah mahal.Patutlah abah aku asik membebel je kat si penjual santan tu sebab santan mahal.

Semasa LLK melepakan diri sekejap kat satu ruang sembang yang terkenal, LLK terbaca tentang kelapa yang digunakan oleh penganut hindu yang dipecahkan semasa thaipusam. Ada yang mengatakan kelapa yang bertaburan kat atas jalan raya tu akan dikutip semula dan dijual dipasar-pasar kepada pengguna..Kalau nak di parut menggunakan mesin parut kelapa mmg lah mustahil. Sebab keadaan kelapa tu yang dah hancur berkecai akibat di hempas kat jalan raya…Tapi ada yang mendakwa, penjual yang menipu tu akan blend isi kelapa yang hancur tu menggunakan blender…..Biar betul nie???? Kalau benarlah seperti yang disampaikan, tak tahulah nak kata apa lagi dah……

Meniaga kenalah ikhlas kerana Allah taala…Barulah bisnes tu berkat & sentiasa maju. Teringat pulak kes yang masuk berita TV3 baru2x nie yang pasal kes tipu santan kat Selayang. Artikel penuh boleh klik sini. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Macam tulah aku perumpamakan pada si penjual santan yang kena tangkap dengan pihak penguasa tempohari.Untung tak seberapa & akhirnya kena duduk dalam lokap bertahun-tahun. Oklah,selamat bercuti & selamat menyambut thaipusam buat kaum beragama hindu


p/s: Hari nie saya cuti, yippieee!!!

0 comments :

Post a Comment