Kamu-kamu Yang Comel

Monday, January 10, 2011

Makan-Makan @ Nara Ayam Golek Pantai Dalam

Semalam  miss ira belanja kami sekeluarga makan malam kat Nara ayam golek, Pantai Dalam…Actually, Miss Ira  minta En. Khairi pilih tempat makan. Dan akhirnya, En. Khairi pilih makan kat Kedai makan Nara  jek…..KENAPA EN. Khairi pilih makan kat NARA???  sebab sebelum kami berkahwin, kami pernah makan kat situ & makannya sangat sedap. Pukul 8.30 malam bertolak ke rumah miss ira. Ambil dia & Gee selepas tu singgah Bangsar sekejap (Miss Ira nak keluarkan duitlah pulak) kemudian barulah pergi ke kedai makan tu, huhuhu……..Sampai kat kedai pukul 10.30 mlm, huhuhu…..Time ni aku mcm dah xder mood nak makan sebab aku dah rasa mengantuk…Sabar jelah.Kang kecil hati miss ira, xelok lah pulak kan ;-)

Makan malam semalam miss ira oder nasi putih, tomyam seafood, daging masak merah, sotong celup tepung, telur dadar,ikan 3 rasa, satay (40 cucuk) & air buah-buahan… Terima kasih banyak miss ira…..Semoga Allah murahkan rezeki miss ira, Amin… tapikan…….. boleh habis ke makanan ni  semua miss ira????? 







p/s:  Makanan kat sana dah xsesedap macam 3 tahun lepas..Tomyam seafood yang kami makan tu sangat2x manis. Macam lori gula terbalik kat dalam kuah tu je & lagi satu, selalunya kalau kat mana2x kedai kalau aku oder tomyam, mesti aku akan dapat tomyam yang panas. Maknanya chief tu baru masaklah kan. Tapi tomyam yang aku makan semalam SEJUKKKK. Harap tokey kedai tu pantau kualiti makanan yang diorang hidangkan pada customer..  

Disebabkan masa tu dah agak lewat, kami pun dah mengantuk & makanan pun sampai lambat (maybe sebab ramai customer kot) kami malas nak complain. Kang panjang pulak citer kat sana kang........oowwwwwww yerr. Lupa nak bagitahu sekarang kedai nie ada buat business jual rempah ayam golek secara online. Wahhhhhh!!!!!!!!Business kamu dah semakin maju kehadapan sekarang... ;-) .Kalau ada sesiapa yang rasa nak try buat ayam golek sendiri kat rumah, bolehlah try beli rempah tu. Memang dijamin sedap..Rasanya memang sama dari dulu hingga sekarang.(acehcehcehhh.......LLK buat iklan sekejap,hehehe) terus kat kedai or melalui website kedai Nara Ayam Golek...Walaubagaimanapun, kami suka sangat satay kat sana. 100% isi ayam, xder kulit ayam langsung. 



## Kalau ada kelapangan, korang boleh visit blog Nara Ayam Golek. Melawat sambil cuci mata ;-)

0 comments :

Post a Comment