Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, January 30, 2011

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang



Sorry...Dah lama sgt tak update blog.Network internet sangatlah teruk kat atas bukit tinggi.Sebab tu LLK tak dapat nak update blog mcm selalu, huhuhu...Untuk Pengetahuan kawan-kawan semua, pada 25hb hingga 28hb Januari yg lalu, LLK ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi atas urusan kerja...Sebelum nie, LLK pernah cerita dalam entry sebelum ni..Korang boleh klik sini untuk baca entry sebelum nie..Minggu lepas merupakan kali ke-2 LLK menjejak kan kaki keatas puncak bukit tu...Tapi kali nie LLK stay kat atas tu selama 4hari dengan kawan-kawan sekerja and also my bos & big-big bos, huhuhu....

Ok, pada siapa2x yang tak tahu, bukit tinggi terletak didalam negeri Pahang Darul Makmur. Dibina berkonsepkan binaan Perancis...Tak payah pergi jauh sampai ke over sea. Kat sini pun dah memang sebijik macam berada di Perancis. Cuma tak der salji je kat sini. Tapi cuaca sejuk walaupun matahari kelihatan panas terik. Kalau selepas hujan, keadaan kat sini sangat sejuk & berkabus......Antara tarikan utama di bukit tinggi adalah:-

1-Japanese Tea House
2- Botanical Garden
3- Rabbit Park
4-Horse Stables
5-Golf & Country Club

Cuaca sgt2xlah xberapa baik semasa LLK and The Geng sampai kat atas puncak bukit tu. Hujan xmenentu dari pagi sampailah ke malam... Segala aktiviti yang dirancang semasa petang banyak yang terbantut.So, last2x, LLK jalan2x jek kat sekitar Colmar tu jek, huhuhu....

Pada kawan-kawan yang teringin nak mengunjungi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi korang semua boleh mengunjungi tempat tersebut dengan bayaran RM12  sahaja. Kalau nak bermalam di Colmar, cuma RM 198/person...Bagi kakitangan kerajaan, kamu juga boleh dapat discount 10% bagi kos penginapan. Tentang makanan jangan bimbang..Makanan yang disediakan oleh pihak Colmar Tropicale sangat2xlah marvelous...LLK sampai sekarang asik teringat-ingat kat bun & pastry yang sedap tu...(serius sedap giler wehhh...xtipuuu!!!)..Staf-staf resort nie pun sangat-sangat peramah sampai aku pun jadi risau, hahaha..... Lagi satu, kawan-kawan lelaki LLK sangat happy tengok aweks2x mat salleh menari Russian Show..Seksi youu. Dah macam tarian bogel gupe nyer... sampai hidung pun boleh berdarah tgk show tu.


p/s: Mak sangat happy coz dah sampai ke Perancis @ bukit tinggi sampai demam & batuk pun sembuh dengan segera :-)

0 comments :

Post a Comment