Kamu-kamu Yang Comel

Saturday, January 15, 2011

Bersuka Ria @ Genting Highland

LLK minta maaf sebab terlewat buat entry nie coz bz buat watermark kat setiap gambar yang nak diuploadkan sekejap lagi…Hari ni nak buat entry tentang aktiviti  SECRET LLK pada 13hb Januari yang lalu. Pada hari tersebut, En.Khairi bawa LLK & Anis ke Kota Keriangan Genting Highland, Yehhhh!!Akhirnya dapat jugak kami merasa pergi kat atas puncak ni setelah beberapa kali postpone, hehehe… Dalam pukul 7.00 pagi tu, Miss Ira call En. Khairi mengatakan tiket bas ke genting dah habis.. Nasib baik kami belum bertolak dari rumah lagi kalau tak Miss Ira kena tunggu bas pukul 1.00 tengahari, hehehe…..

Wahhhh,,kali nie konvoi ramai2x, bestnya (^_^),……Actually, plan asal En. Khairi nak drive jek sampai ke skyway. Dari skyway, naik kereta kabel hingga ke puncak genting highland…Kalau drive si comel kami tu sampai ke puncak, tak merasalah naik kereta kabel kannn…… Masa on the way ke sana, kabus sangat2xlah tebal…Dah macam kat oversea lah pulak ;-). Pada sesiapa yang nak menggunakan skyway, korang boleh parking kenderaan korang kat tempat parking yang disediakan  F.O.C jekkk & tahap keselamatannya pun bagus sebab ramai security guard yang mengawal bangunan tersebut. So, xperlu risau…. Tiket naik cable car pun murah je, RM 5.00/ person. Budak kecik macam Anis tak payah bayar, FREE jek

Sampai kat area theme park tu, En. Khairi belikan kami 2 tiket outdoor. Miss Ira and The Geng dah beli tiket awal2x secara online....Tiket untuk Anis F.O.C sebab kecik lagi..... so, selamat duit papa ko Anis…hahahaha….Pada sesiapa yang berminat nak pergi ke genting LLK cadangkan pada korang pergi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Hari Sabtu & Ahad kat genting tu ramai sangat manusia terutama pelancong dari luar negara. Lagi satu, kalau nak beli tiket, better beli secara online.Harganya jauh lagi murah compare kalau beli secara walk –in....Disebabkan hotel fully booked so, kami balik hari je. Insyallah, kalau dapat beli voucher genting yang murah-murah dari mamatisya macam dalam entry LLK sebelum nie, LLK nak pergi lagi…Oklah, macam malas je nak menulis..Aci tak korang layan je gambar kat bawah nie??? Acilah ekkk ;-)



















p/s: Tqvm Miss Ira coz tumpangkan Anis mandi, & tido sekejap kat bilik hotel  kamu.  

0 comments :

Post a Comment