Kamu-kamu Yang Comel

Monday, January 3, 2011

2nd Trip To Pengkalan Hulu, Perak

Semalam aku, En. Suami, Abah & Fad pergi menghantar adik aku Faezah a.k.a Endut balik ke MRSM Pengkalan Hulu, Perak. Ni kali ke-2 buat aku and Anis menjejakan kaki ke bumi Pengkalan Hulu atau dikenali juga sebagai Kroh... Masa 1st time aku pergi kesana masa Anis berumur 8 bulan. Masa tu planning xmau bawak Anis sebab Anis kecik lagi. Lagipun tempoh perjalanan ke sana agak panjang iaitu 6jam±. Si kecik tu macam tahu2x je kitaorang nak tinggalkan dia. Masa kitaorang nak keluar dari rumah mak, boleh pulak dia menangis & melalak2x....Nak tak nak, terpaksalah kami bawak dia sekali, huhuhu... So, itulah 1st time Anis jejakan kaki ke bumi Kroh and antara tempat yang paling jauh Anis pernah pergi ;-)

For the 2nd trip nie, asalnya mmg tak mau bawak Anis lagi sebabnya masa 1st trip pergi ke Pengkalan Hulu/Kroh, Anis ada buat hal dalam kereta hingga termuntah-muntah.  Walaubagaimanapun, seperti biasa Cik Anis yang comel ni akan menggunakan taktik seperti di 1st trip dulu & menyebabkan mama & papa dia tak sampai hati tak bawak dia sekali, eeeeeeee...geram betul dgn budak kecik nie, sabar3x..Kalau kali nie kamu buat perangai,,,,,,siaplah kamu Anis ;-). Sebelum tu, biar aku citer serba sedikit tentang Pengkalan Hulu

Pengkalan Hulu, pernah dikenali sebagai Kroh atau Keroh, merupakan bandar yang terletak di daerah Hulu Perak, utara Negeri Perak. Ia terletak di sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand dan sempadan negeri antara Perak dan Kedah.Pengkalan Hulu dengan keluasan hampir 40km persegi dengan kepadatan penduduk hampir 30,000 orang juga sebagai perantara di antara negeri-negeri di sebelah utara ke bahagaian selatan tengah Semenanjung Malaysia dan juga Pantai Timur Semenanjung dan juga pintu masuk antarabangsa berhampiran Negara Thailand. Bandar berhampiran di negara Thai ialah Betong di Wilayah Yala. Selain itu juga terdapat tempat- tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya  adalah Dataran Gading, Lata Kasut, Chalet air panas, Zon Bebas Cukai, Restoren Terapung, serta Taman Tasik Perdana

Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah selatan, anda boleh menggunakan laluan keluar Kuala Kangsar. Teruskan perjalanan anda dengan melalui Lenggong, Lawin, Gerik, Kelian Intan dan seterusnya Pengkalan Hulu – info dari wikimedia.org


Kalau dulu, aku ingatkan negeri yang bersempadan dengan Thailand hanya Kelantan dan Perlis je. Tetapi sekarang nie baru aku tahu Perak juga bersempadan dengan Thailand. Wahhh, dapat belajar satu benda baru lagi ;-).


Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang perjalanan semasa on the way ke Pengkalan Hulu. Cik Anis pun baik je perangai dia sepanjang tempoh 4jam ±, Good girl.....Cuma, ada beberapa babak ngeri yang berlaku kat Lenggong dimana kereta yang memotong kenderaan lain xsempat nak masuk ke lorong dia balik & hampir2x nak langgar kenderaan kitaorang yang berada di laluan bertentangan. Memang fobia kami nie sekejap..Dahlah kat area tu baru je accident, huhuhu....Tu belum lagi jumpa/ terserempak dengan gajah liar ke ape ke kan..Tapi harap2xlah xjumpa dengan benda2x tu.   

Pukul 3.00 petang, kami berhenti rehat kat Tasik Raban. Ingat nak makan Tengahari kat sana tapi makanan & lauk-lauk semua dah habis, huhuhu....LAPARRRR!!!!....Last-last, kami teruskan perjalanan hingga ke MRSM Pengkalan Hulu. Selepas bawak barang-barang Endut naik ke asrama puteri & melepak kan diri dalam tempoh kurang 45minit, kami semua deside untuk bertolak balik ke KL. Tapi sebelum tu, kami singgah makan kat Medan Selera  betul-betul kat Pekan Kroh. Makanan kat sini boleh tahanlah. Cuma ada beberapa jenis makanan yang xmenepati selera kami  sebab rasanya yang manis ;-).. Sambil2x makan nasi ayam tu, teringat kat ikan pekasam lenggong dengan baling, Fuhhh, memang terbaiklah. Dulu, ada sorang member aku pernah bagi ikan pekasam original from Baling....Pehhhh, memang sedappp hingga ke titisan terakhir, hehehe..Kalau dulu, seumur hidup aku xpernah makan ikan pekasam tapi sejak dari tu, aku dah mula pandai makan ikan pekasam ;-). 

Buat kali ke dua aku frust lagi kerana x dapat nak menyinggah kat tempat-tempat tersebut atas sebab kesuntukan masa, huhuhu...Insyaallah,kalau dipanjang umur oleh Allah s.w.t, aku ingat nak stay kat pengkalan hulu ni 2-3 hari & nak singgah ke pekan Baling, nak cari Ikan pekasam. Selain tu, nak bershopping kat Zon Bebas Cukai kat Betong and nak pergi ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Pengkalan Hulu seperti yang aku cerita kat atas tadi.

Selepas 1jam berehat-rehat, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Selamat Tinggal Pengkalan Hulu. Next time kami datang lagi.



p/s: Masa on the way balik ke KL, kalau tak silap kat Bernam Jaya kot Si Anis dah start buat perangai macam kat 1st Trip kiraorang dulu...Nasib baik makcik iyah and awe dia ader kalau tak mesti menangis sampai muntah-muntah lagi...tapi kan, walaupun Anis tak muntah kat dalam kereta awe dia tapi dia berjaya muntah kat dalam kereta comel kiraorang masa nak balik rumah kitaorang kat petaling jaya....arrgghhhh!!!! Pukul 1.00 pagi terpaksa berus carpet kereta tu :-(









0 comments :

Post a Comment