Kamu-kamu Yang Comel

Monday, January 31, 2011

"Special Giveaway from Moscow"



Jom join GA "Special Giveaway from Moscow" yang dianjurkan oleh http://norakhtar.blogspot.com.. Untung-untung boleh dapat kawan-kawan baru disamping dapat habuan sekiranya terpilih sebagai pemenang. 

LLK nak tag fatin liana, cik epal, intanberlian, marlia & zaza

Sunday, January 30, 2011

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang



Sorry...Dah lama sgt tak update blog.Network internet sangatlah teruk kat atas bukit tinggi.Sebab tu LLK tak dapat nak update blog mcm selalu, huhuhu...Untuk Pengetahuan kawan-kawan semua, pada 25hb hingga 28hb Januari yg lalu, LLK ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi atas urusan kerja...Sebelum nie, LLK pernah cerita dalam entry sebelum ni..Korang boleh klik sini untuk baca entry sebelum nie..Minggu lepas merupakan kali ke-2 LLK menjejak kan kaki keatas puncak bukit tu...Tapi kali nie LLK stay kat atas tu selama 4hari dengan kawan-kawan sekerja and also my bos & big-big bos, huhuhu....

Ok, pada siapa2x yang tak tahu, bukit tinggi terletak didalam negeri Pahang Darul Makmur. Dibina berkonsepkan binaan Perancis...Tak payah pergi jauh sampai ke over sea. Kat sini pun dah memang sebijik macam berada di Perancis. Cuma tak der salji je kat sini. Tapi cuaca sejuk walaupun matahari kelihatan panas terik. Kalau selepas hujan, keadaan kat sini sangat sejuk & berkabus......Antara tarikan utama di bukit tinggi adalah:-

1-Japanese Tea House
2- Botanical Garden
3- Rabbit Park
4-Horse Stables
5-Golf & Country Club

Cuaca sgt2xlah xberapa baik semasa LLK and The Geng sampai kat atas puncak bukit tu. Hujan xmenentu dari pagi sampailah ke malam... Segala aktiviti yang dirancang semasa petang banyak yang terbantut.So, last2x, LLK jalan2x jek kat sekitar Colmar tu jek, huhuhu....

Pada kawan-kawan yang teringin nak mengunjungi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi korang semua boleh mengunjungi tempat tersebut dengan bayaran RM12  sahaja. Kalau nak bermalam di Colmar, cuma RM 198/person...Bagi kakitangan kerajaan, kamu juga boleh dapat discount 10% bagi kos penginapan. Tentang makanan jangan bimbang..Makanan yang disediakan oleh pihak Colmar Tropicale sangat2xlah marvelous...LLK sampai sekarang asik teringat-ingat kat bun & pastry yang sedap tu...(serius sedap giler wehhh...xtipuuu!!!)..Staf-staf resort nie pun sangat-sangat peramah sampai aku pun jadi risau, hahaha..... Lagi satu, kawan-kawan lelaki LLK sangat happy tengok aweks2x mat salleh menari Russian Show..Seksi youu. Dah macam tarian bogel gupe nyer... sampai hidung pun boleh berdarah tgk show tu.


p/s: Mak sangat happy coz dah sampai ke Perancis @ bukit tinggi sampai demam & batuk pun sembuh dengan segera :-)

Saturday, January 22, 2011

Entry Terpendek

Kepala berdenyut-denyut...Tekak rasa perit semacam. Suara dah macam lady gagakkk...macam nak demam jek, huhuhu
By Google

Friday, January 21, 2011

Polis Trafik Keluarkan 'Surat Cinta' Pada Penduduk PD

Dalam sejarah sepanjang tempoh hampir 20 tahun +++ aku menetap kat PD,  hari nie 1st time aku tengok polis trafik buat kerja keluarkan saman trafik kat kenderaan yang parking sesuka hati kat tepi2x jalan. Harap mereka2x yang degil tu serik nak parking kereta kat tepi tu...Tahniah En. Polis. Harap-harap selepas nie En. Polis rajin2xlah datang buat kerja kat PD nie. Jangan hari nie je korang datang buat kerja, esok-esok tak datang pulak, hehehe.......
By Google
 Untuk pengetahuan semua, kawasan yang LLK maksudkan tadi adalah kat area Pantai Dalam (PD),bukan Port Dickson tau..... 15 Tahun yang lalu, jalanraya terutama kat simpang berdekatan Flat Angkasa tu tak lah sesak sangat kalau compare dengan sekarang. Tapi sejak 1-2 tahun sejak kebelakangan nie, jalanraya yang merupakan jalan utama penduduk  untuk keluar masuk ke kawasan bandaraya Kuala Lumpur jadi TERLALU-LALU SESAK...Dahlah kat simpang tu mmg tak der traffic light..Dah jadi macam pekan cowboy pulak, huhuhu....Keadaan menjadi semakin teruk apabila ada segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri meletakan kenderaan mereka ditepi2x jalan yang sememangnya tak dibenarkan parking kat kawasan tu....


P/S: PD tak serupa macam dulu-dulu...tenang, aman, lebih kurang macam suasana kat kampung...Sejak dah ada Pasaraya, kuarters2x kerajaan, Perumahan Mewah serta Bangunan2x Pejabat,  penempatan PD dah jadi sesak bangat... Aku rindu suasana yang dulu-dulu tu..Jauh dari kesibukan kota, huhuhu.....

Thursday, January 20, 2011

JOM GEGAR BLOG



Jom Gegar Blog bersama En. Ben Ashaari.

p/s: Dah lama xjoin segmen bersama En. Ben

Thaipusam & Kelapa......

bekalan kelapa mawar yang saiznya lebih kecil (kanan) berbanding kelapa kampung yang diterimanya sejak akhir-akhirnya berikutan kekurangan bekalan kelapa  ~ sumber dari Utusan

Bercakap tentang perayaan thaipusam nie, ramai jugak yang mengeluh dengan kenaikan harga kelapa dipasaran. Mana tidaknyer, penganut hindu akan melakukan upacara memecahkan kelapa  untuk menunaikan nazar…kalau sorang memecahkan 2 biji kelapa, cuba bayangkan kalau 10 ribu orang melakukannya…..Disebabkan kekurangan sumber kelapa, pengusaha kelapa terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran…Yang menjadi mangsa adalah peniaga makanan yang menggunakan santan dari kelapa segar, macam abah LLK. Kesian kat abah. Dahlah harga barang-barang mentah setiap tahun naik….Pembeli pulak asik nak marah je sebab harga makanan dinaikan beberapa sen. Macam abah yang dah 100% mencari rezeki dengan cara meniaga, nak tak nak terpaksa  bersabar je…

Kalau zaman kanak2x LLk dulu, nasi lemak yang dibeli kat peniaga2x di kaki lima masih lagi berasa lemak santan dari santan segar yang diorang gunakan. Tapi sekarang nie, payah betul nak jumpa nasi lemak yang betul2x sedap dengan lemak santan kelapa. Kadang2x tu dah macam makan nasi putih je, huhuhu….Mana tidaknya ,  kelapa sebiji dipasaran mencecah RM1.50 ~ RM1.80 sebiji… Sangat2xlah mahal.Patutlah abah aku asik membebel je kat si penjual santan tu sebab santan mahal.

Semasa LLK melepakan diri sekejap kat satu ruang sembang yang terkenal, LLK terbaca tentang kelapa yang digunakan oleh penganut hindu yang dipecahkan semasa thaipusam. Ada yang mengatakan kelapa yang bertaburan kat atas jalan raya tu akan dikutip semula dan dijual dipasar-pasar kepada pengguna..Kalau nak di parut menggunakan mesin parut kelapa mmg lah mustahil. Sebab keadaan kelapa tu yang dah hancur berkecai akibat di hempas kat jalan raya…Tapi ada yang mendakwa, penjual yang menipu tu akan blend isi kelapa yang hancur tu menggunakan blender…..Biar betul nie???? Kalau benarlah seperti yang disampaikan, tak tahulah nak kata apa lagi dah……

Meniaga kenalah ikhlas kerana Allah taala…Barulah bisnes tu berkat & sentiasa maju. Teringat pulak kes yang masuk berita TV3 baru2x nie yang pasal kes tipu santan kat Selayang. Artikel penuh boleh klik sini. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Macam tulah aku perumpamakan pada si penjual santan yang kena tangkap dengan pihak penguasa tempohari.Untung tak seberapa & akhirnya kena duduk dalam lokap bertahun-tahun. Oklah,selamat bercuti & selamat menyambut thaipusam buat kaum beragama hindu


p/s: Hari nie saya cuti, yippieee!!!

Wednesday, January 19, 2011

Dato Samy Vellu who will be always remembered

Aku merindui kata2x daripada YB. Dato Samy Vellu yang selalu buat aku gelak kuasa 10, heheheh....Jom tengok balik ayat-ayat yang sering diucapkan oleh beliau yang sering menyebabkan kita tergelak besar.


 

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:

"Besoh kirim, hari ini juga sampai"


2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:

"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"


3. Samy said in one of his “ceramah”:

"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"


4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:

"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”


5. During water crisis:

"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"


6. On social society's problem:

"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"


7. During blood donation's program at Sungai Siput:

"Marilah kita semua menderma dare"


8. His welcome speech in most of his functions:

"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)


9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:

"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"


10. At an opening ceremony for a new building:

"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


And of course the world's greatest joke of all times:


"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Pizza Hut RM 1 Dengan Hot Ticket Hotlink



Semalam seorang kawan LLK ada offer untuk beli Hot Ticket Hotlink yang berharga RM15. Ada beza ke hot ticket dengan yang biasa-biasa tu??? Si pulan ni bagitahu kalau beli Hot Ticket Hotlink yang berharga RM15, pengguna dapat extra untuk masa berbual dan sms. Lagi satu, boleh beli 1 pizza saiz personal dengan hanya RM 1...ermmm...mcm best jek. Kebetulan kredit aku pun tinggal RM2 jek....Oklah, aku pun try le beli Hot Ticket Hotlink tu..Balik dari kerja semalam, aku  pergi kedai Pizza Hut nak beli pizza menggunakan hot ticket dengan harapan dapat beli dengan harga RM1. Kalau tiba2x ada terma & syarat yang mengatakan kena beli set bla..bla..blaa untuk dapatkan pizza RM1, kompom aku balik rumah jek...Berikut merupakan perbualan aku dengan Staff Pizza Hut.

LLK : 'Adik, saya nak beli pizza tapi nak guna tiket nie, boleh ke?"
Budak Pizza : Budak Pizza tu pun balas " Boleh kak. Akak nak pizza jenis apa? "
LLK : Dengan harga RM1 je kan?
Budak Pizza : ye, betul kak...


Wahhhhh!!! memang betullah pizza tu RM1, hehehe....So, semalam aku pilih hawaiiann Tuna sebagai makan malam..



p/s: Adik kat Perak tu mintak topup kat aku,Eermmmm, bolehlah beli hot ticket dari si pulan lagi.....

Tuesday, January 18, 2011

Pakar Matematik Dedah Formula Untung Rugi Minyak Negara

Klik Untuk Gambaran Jelas


p/s: Kalau betulah fomula prof nie, Perdana Menteri Malaysia patut mengguna pakai formula tersebut...

Lawatan Ke Bukit Tinggi

Pagi nie LLK & beberapa bos akan pergi melawat ke salah satu hotel kat bukit tinggi. LLK bukan pergi untuk bersuka-suka tau tapi atas urusan kerja yer korang2x semua..Korang tahu tak bukit tinggi kat mana??? hehehe....Bukit tinggi tu terletak kat negeri Pahang.LLK pun baru 1st time nak pergi ke bukit tinggi. Dengar citer mcm menarik je kat atas bukit tu...Kalau papa & Anis ada sama lagi seronok,huhuhu....


p/s: Kalau bab kerja 'ni', LLK mmg xboleh dikecualikan.Teringat masa tengah sarat2x dulu kena jugak pergi ke Awana Genting..Nasib baik tak terberanak kat atas gunung tu...Cuma terkilan sket bila segelintir manusia yang sihat tubuh badan cuba lari dari tanggungjawab masing-masing....Entry auto publish...

Monday, January 17, 2011

No Idea

Hari nie LLK dah kekeringan idea nak buat entry...Mood pun berubah-rubah gara2x load kerja kat office siang tadi.Macam-macam hal jadik, huhuhu......

p/s:   :-(

Sunday, January 16, 2011

Happy Birthday To Me – Part 2



Entry ini kesinambungan daripada entry Happy Birthday To Me – Part 1. Ramai kawan-kawan LLK tanya, En. Khairi bagi hadiah apa pada LLK pada 14 Januari yang lalu….Ok, memandangkan LLK belum buat entry lagi tentang ‘itu’. So, LLK nak bagitahu yang En. Khairi hanya bagi senyuman yang manis serta belanja makan malam jek, huhuhu….Tak der hadiah pun ( En. Khairi memang tak romantik, benciiii….)

Pada malam 14hb yang lepas, En.  Khairi bawa LLK ke Restoren Tupai-Tupai yang lokasinya ditengah2x bandar KL...Oder makanan macam yang datang makan malam tu 10 orang, huhuhu….Dan akhirnya makanan tersebut tak mampu nak dihabiskan & LLK tapau bawak balik ke rumah. .








TQVM  my sweetheart…


Saturday, January 15, 2011

Bersuka Ria @ Genting Highland

LLK minta maaf sebab terlewat buat entry nie coz bz buat watermark kat setiap gambar yang nak diuploadkan sekejap lagi…Hari ni nak buat entry tentang aktiviti  SECRET LLK pada 13hb Januari yang lalu. Pada hari tersebut, En.Khairi bawa LLK & Anis ke Kota Keriangan Genting Highland, Yehhhh!!Akhirnya dapat jugak kami merasa pergi kat atas puncak ni setelah beberapa kali postpone, hehehe… Dalam pukul 7.00 pagi tu, Miss Ira call En. Khairi mengatakan tiket bas ke genting dah habis.. Nasib baik kami belum bertolak dari rumah lagi kalau tak Miss Ira kena tunggu bas pukul 1.00 tengahari, hehehe…..

Wahhhh,,kali nie konvoi ramai2x, bestnya (^_^),……Actually, plan asal En. Khairi nak drive jek sampai ke skyway. Dari skyway, naik kereta kabel hingga ke puncak genting highland…Kalau drive si comel kami tu sampai ke puncak, tak merasalah naik kereta kabel kannn…… Masa on the way ke sana, kabus sangat2xlah tebal…Dah macam kat oversea lah pulak ;-). Pada sesiapa yang nak menggunakan skyway, korang boleh parking kenderaan korang kat tempat parking yang disediakan  F.O.C jekkk & tahap keselamatannya pun bagus sebab ramai security guard yang mengawal bangunan tersebut. So, xperlu risau…. Tiket naik cable car pun murah je, RM 5.00/ person. Budak kecik macam Anis tak payah bayar, FREE jek

Sampai kat area theme park tu, En. Khairi belikan kami 2 tiket outdoor. Miss Ira and The Geng dah beli tiket awal2x secara online....Tiket untuk Anis F.O.C sebab kecik lagi..... so, selamat duit papa ko Anis…hahahaha….Pada sesiapa yang berminat nak pergi ke genting LLK cadangkan pada korang pergi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Hari Sabtu & Ahad kat genting tu ramai sangat manusia terutama pelancong dari luar negara. Lagi satu, kalau nak beli tiket, better beli secara online.Harganya jauh lagi murah compare kalau beli secara walk –in....Disebabkan hotel fully booked so, kami balik hari je. Insyallah, kalau dapat beli voucher genting yang murah-murah dari mamatisya macam dalam entry LLK sebelum nie, LLK nak pergi lagi…Oklah, macam malas je nak menulis..Aci tak korang layan je gambar kat bawah nie??? Acilah ekkk ;-)



















p/s: Tqvm Miss Ira coz tumpangkan Anis mandi, & tido sekejap kat bilik hotel  kamu.  

Friday, January 14, 2011

Happy Birthday To Me

Today is14hb Januari 2011....Yehhhh!!!.Happy Birthday To Me, hehehe..............Aduiii, bertambah lagi umur LLK..LLK ucapkan terima kasih banyak pada kawan-kawan yang wish kat FB LLK. Penuh wish kat wall tu. Dari yang tak tahu arini my birthday, ramai pulak yang tahu... Malu pulak makkk (^_^). LLK bersyukur kepada Allah swt kerana dipanjangkan lagi umur & diberi peluang hidup pada hari ini...Dan terima kasih juga kepada En. Suami yang telah bawa LLK & Anis ke ******. Both of us sangat2x happy..Semoga tahun nie akan bertambah2x rezeki  dari Allah swt, serta apa yang LLK hajati akan menjadi kenyataan, amin..
 


p/s: Hari nie hari Jumaat. Hari yang sama ketika LLK dilahirkan berpuluh-puluh tahun yang lalu oleh mak. Rasa-rasa En. Khairi nak bagi hadiah apa ye kat LLK..Yang semalam tu xkira tau (^_^)

Wednesday, January 12, 2011

New T-Shirt & Sweater Baby GAP For Anis



Minggu lepas aku ada beli t-shirt & sweater Baby GAP baru untuk Cik Anis. Kesian kat dia, baju-baju yang sedia ada macam dah tak muat dah. Nak pergi beli kat Jusco, design kat sana asik-asik yang tu je.. Naik bosan mak tengok ;-). Nak beli jenama lain, mahal lah pulokk...So, LLK pun decide beli kat online jelah lagi senang. Tak payah pening-pening kepala, hehehe... LLK beli baju-baju baru nie melalui seorang penjual kat FB... Namanya Dewi Suriyani Che Halin. Banyak sangat baju cantik-cantik yang dewi jual...Rambang mata dibuatnya, hehehe...Harganya pun berpatutan..Kalau korang berminat nak beli, korang search je kat FB tu..Sekarang nie, stok baju-baju baru sampai..So, banyak pilihan...

p/s: Tak sabar nak tunggu parcel dari abang posmen. Harap-harap parcel tu sampai kat office sebelum pukul 5.00 petang nie.

I'am Not In The Mood


Hari nie hari terakhir LLK bekerja sebelum bercuti 2 hari bermula esok… Tapi arini dah tak der mood nak kerja.. Walaubagaimanapun, sebelum pukul 5.00 petang nie, LLK akan pastikan workstation & cabinet file berada dalam keadaan kemas dan tersusun. Maklumlah, minggu nie ada audit 5S kat pejabat LLK. So, nak tak nak, kenalah kemas tempat sendiri. Kang tak pasal2x markah kebersihan & kekemasan pejabat  dapat teruk dari auditor, LLK juga akan dipersalahkan, huhuhu………Insyallah, kalau deman Cik Anis tu dah ok, En. Khairi nak bawak kami ke satu tempat seperti yang telah dirancang sebelum nie…. Tunggu entry terbaru tentang aktiviti tu okey…….

 p/s: lalalalalalala

I Like En. Nuffnang


Inilah  bendanya yang En. Nuffnang bagi kat LLK. Sebelum ni, LLk ada cerita kat entry  sebelum2x nie pasal Ticket free from nuffnang. Korang boleh klik kat sini untuk baca entry tersebut. LLK pergi collect benda nie kat pejabat nuffnang pada 10/1/2011 together2x dengan En. Khairi... Tu pun minta kebenaran from my  bos untuk keluar sekejap, hehehe…..sampai2x kat pejabat nuffnang yang berada kat tingkat 12 tu, kami disambut mesra oleh staff nuffnang yang hensome (seriuss hensome,,,tak tipu).  Kemudian, beliau minta LLK memberikan butiran yang diperlukan untuk En. hensome tu serahkan complimentary pass tu kat LLK…. Tapikan, LLK tengok ramai lagi blogger yang tak collect complimentary pass tu…Napelah diorang tak ambik lagi ye? Agaknya diaorang tu sibuk kot….Atau pun blogger tu dari luar KL so, susah sikit diaorang nak ambik pass tu.Kalau tak der aral melintang, sabtu ni LLK nak tengok wayang kat Sunway Piramid dengan Miss Ira, Gee & En. Khairi. Anis kena duduk umah awe buat sementara waktu...bagi can kat mama & papa berdua-duaan, hehehehe

p/s:  suka benda-benda free nie…kalau boleh lepas nie En. nuffnang bagi lagi pada LLK ye (^_^)

Anis Jumpa Doktor (^_^)

Pagi semalam Cik Anis ada appointment dengan doctor kat klinik kesihatan. Anis xsakit apa2x pun cuma rutin harian biasa untuk baby yang tengah membesar macam Anis.  Sampai kat sana , 1st kena ambil nombor giliran & buku check-up tu kena letak kat dalam bakul yang disediakan oleh pihak Klinik……Selepas tu, baru bawak Anis ke tempat penimbang..Bukan main seronok cik Anis naik kat atas mesin penimbang tu. Lompat sana sini, sampaikan nurse suruh mama & Anis naik sama2x kat atas penimbang tu sebab nak dapatkan bacaan berat badan, hehehe…

Masa 1st time Anis ditimbang, nurse bagitahu berat Anis 10.9kg…Pastu, compare dengan report sebelum nie berat badan Anis macam naik sedikit sahaja...Ishhhh, xkanlah naik sikit je. Aku dengan En. Khairi macam nak patah tangan dukung Anis hari2x.Tak kanlah  berat badan Anis naik sikit je....Mustahilllll.Aku pun minta nurse tu timbang berat Anis semula. For the 2nd time Anis kena naik kat alat penimbang tu & bacaan berat badan dapat 11.1Kg....Di sebabkan  check-up sebelum nie Anis dah terima  suntikan DPT (B), Hib(B) & IPV(B) masa umur  1tahun 6 bulan so, kali nie Anis tak kena inject lagi sampailah dia umur 7 tahun nanti. Tapi Anis macam biasa tetap kena datang jumpa doctor untuk buat normal check-up. Next  appointment pada bulan April nanti






p/s: Masa nak ambil Anis kat rumah mak petang semalam,, mak bagitahu yang Anis tu demam.....Tapi syukur alhamdulillah, panas badan dia dah beransur2x kurang.

Tuesday, January 11, 2011

Facebook Akan Ditutup pada 15 /3/2011




Mesti korang agak terkejut kan macam LLK jugak..Zaman sekarang ini boleh dikatakan facebook kini menjadi rutin harian bagi kita. Ada yang sampai terlalu addict dengan facebook ini.

LLK dapat tahu berita nie pun dari FB kawan2x….. Khabarnya dalam radio Suria FM ada meyiarkan berita yang laman sosial Facebook ini dijangka akan ditutup pada 15 March tahun ini. Kalau betulah kesahihan berita tu, nampaknya LLK kena cepat2x tulis number contact kawan2x lama yang ada kat dalam FB tu…Baru je nak buat jejak kasih kat dalam FB dah jadi lagu nie, huhuhu


Artikel selanjutnya di bawah ini :
PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.
“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.” Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.” Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.
“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief. “I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”
Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”
The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.


p/s : LLK boleh hidup tanpa FB tapi………tak boleh hidup kalau xda blog

Monday, January 10, 2011

Makan-Makan @ Nara Ayam Golek Pantai Dalam

Semalam  miss ira belanja kami sekeluarga makan malam kat Nara ayam golek, Pantai Dalam…Actually, Miss Ira  minta En. Khairi pilih tempat makan. Dan akhirnya, En. Khairi pilih makan kat Kedai makan Nara  jek…..KENAPA EN. Khairi pilih makan kat NARA???  sebab sebelum kami berkahwin, kami pernah makan kat situ & makannya sangat sedap. Pukul 8.30 malam bertolak ke rumah miss ira. Ambil dia & Gee selepas tu singgah Bangsar sekejap (Miss Ira nak keluarkan duitlah pulak) kemudian barulah pergi ke kedai makan tu, huhuhu……..Sampai kat kedai pukul 10.30 mlm, huhuhu…..Time ni aku mcm dah xder mood nak makan sebab aku dah rasa mengantuk…Sabar jelah.Kang kecil hati miss ira, xelok lah pulak kan ;-)

Makan malam semalam miss ira oder nasi putih, tomyam seafood, daging masak merah, sotong celup tepung, telur dadar,ikan 3 rasa, satay (40 cucuk) & air buah-buahan… Terima kasih banyak miss ira…..Semoga Allah murahkan rezeki miss ira, Amin… tapikan…….. boleh habis ke makanan ni  semua miss ira????? 







p/s:  Makanan kat sana dah xsesedap macam 3 tahun lepas..Tomyam seafood yang kami makan tu sangat2x manis. Macam lori gula terbalik kat dalam kuah tu je & lagi satu, selalunya kalau kat mana2x kedai kalau aku oder tomyam, mesti aku akan dapat tomyam yang panas. Maknanya chief tu baru masaklah kan. Tapi tomyam yang aku makan semalam SEJUKKKK. Harap tokey kedai tu pantau kualiti makanan yang diorang hidangkan pada customer..  

Disebabkan masa tu dah agak lewat, kami pun dah mengantuk & makanan pun sampai lambat (maybe sebab ramai customer kot) kami malas nak complain. Kang panjang pulak citer kat sana kang........oowwwwwww yerr. Lupa nak bagitahu sekarang kedai nie ada buat business jual rempah ayam golek secara online. Wahhhhhh!!!!!!!!Business kamu dah semakin maju kehadapan sekarang... ;-) .Kalau ada sesiapa yang rasa nak try buat ayam golek sendiri kat rumah, bolehlah try beli rempah tu. Memang dijamin sedap..Rasanya memang sama dari dulu hingga sekarang.(acehcehcehhh.......LLK buat iklan sekejap,hehehe) terus kat kedai or melalui website kedai Nara Ayam Golek...Walaubagaimanapun, kami suka sangat satay kat sana. 100% isi ayam, xder kulit ayam langsung. 



## Kalau ada kelapangan, korang boleh visit blog Nara Ayam Golek. Melawat sambil cuci mata ;-)