Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, December 8, 2010

Workaholic Yang Memeningkan Kepala

Kenapalah sejak kebelakangan nie aku sangat risau kalau bos Pn A datang menjenguk anak-anak buahnya berhampiran workstation aku nie. Walhal aku nie bukan ada kena mengena pun dengan dia pun. Lebih resah gelisah bila masa lunch hour nak dekat ataupun lagi 30min atau 15 min lagi jam menunjukan pukul 5.00 petang kerana pada masa tersebut mood kerja aku menjunam ke 30% sahaja. Pada masa-masa tersebutlah aku mengisi masa lapang aku yang terluang dengan berblog. Tapi aku dapat rasakan yang Pn. A selalu memerhatikan tingkah laku aku dihadapan workstation aku nie semasa beliau sedang berbual-bual dengan anak buahnya. (Jangan ingat aku nie diam bodoh-bodoh gitu yer. Aku mmg nampak diam tapi awas kau, mata aku nie pun selalu memerhatikan gerak geri mata & perangai orang). Rasanya beliau ada menyampaikan sesuatu yang tak berapa elok pada kawan baiknya Pn H. Ini kerana Pn. H selalu tanya kat aku kerja apa yang aku tengah buat sekarang nie.(mcmlah aku nie asik mengangkang senang lenang 24H 7D kat workstation nie).

Selepas balik dari menjadi urusetia carnival membaca di JKR minggu lalu, aku dapat memo untuk menjadi urusetia mini konvension yang Pn. A nak adakan pada minggu hadapan. (Suka suki bubuh nama makcik kat memo tu, benci tau).Ish, anak buah kau kan dah ramai. Apahal pulak nak guna anak buah dari unit lain nie. Kalau ikutkan hati nak je aku menjerit kat depan muka Pn A tu, geram betulah aku dengan orang yang workaholic mcm dia tu..Kalau kau nak rajin sangat tu kau punya pasal & jangan libatkan orang lain..Asalnya pada 14 Disember nanti aku planning nak cuti sbbnya pada tarih tersebut merupakan birthday En. Suami yang ke -------------. So, bila dah jadi mcm nie, aku pun xpasti nak buat mcmner. Dahlah kemungkinan besar MIL & FIL datang KL untuk  celebrate birthday En. Suami. Tolong..Tolong... aku tersepit ditengah2x.


p/s: Aku tak kisah kalau kau nak rajin sangat tapi biarlah bertempat. Jangan asik nak kerah tenaga orang lain tu secukup-cukupnya tanpa memikirkan hati & perasaan orang tersebut. Kerja pun xberkat kalau hari-hari orang asik sumpah seranah berbakul-bakul.

2 comments :

  1. sabar je la lianalovekhairi k...kita semua dah maklum dgn peragai Pn A tu...dia kan mmg suka kacau anak buah org lain....

    Happy beasday buat suami...nnti beli hadiah yg paling special...suami lahir bln 12 ker??? patut la dia kecik...liana bln 1 kan....sepadan...ehhehe

    ReplyDelete
  2. Bila Pn H tak ada, dia nak jadik bos kita pulak. mmg gila kuasa betulah.. Sabar3x

    14hb nanti besday karie.Su, dia xkecik tapi kurus keding je, hehehe...

    ReplyDelete