Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, December 26, 2010

Tomyam Ayam

Malam nie macam xda idea nak update blog…Nak citer pasal ape pun tak tahulah….Kalau aku tulis entry pasal  masakan aci x?  Mestilah bolehkan sebabnya nie kan blog aku, hahahahaß------- sengal betul aku malam nie. Oklah, nak berkongsi resepi  tomyam ayam. Actually, nielah salah satu lauk tenghari yang aku masak  tadi.

Klik untuk gambaran jelas imej diatas

Cara-cara memasak:-
Rebus serai, cili padi, halia serta lengkuas kedalam periuk yang berisi air. Setelah air mendidih, masukan pes tomyam serta ayam yang dipotong kecil & biarkan selama 5 minit. Kemudian, masukan pes tomyam beserta carrot.  Biarkan selama 10minit atau sehingga carrot empuk. Masukan kobis bunga sedikit garam, sedikit perasa, air limau nipis serta cendawan. Masak selama 10 minit. Akhir sekali, masukan bawang merah yang dipotong 4 serta tomato. Siap untuk dimakan.

p/s: Tomyam sedap dimakan bersama nasi putih serta ikan goreng. Sekiranya korang xsuka tomyam nie dimakan dgn ikan goreng, korang abaikan je ;-)

0 comments :

Post a Comment