Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, December 5, 2010

My MIL & FIL datang KL

Sejak petang Jumaat 3-12-2010, mak & ayah mertua aku dah sampai kat KL. Diorang saje nak jalan-jalan kat rumah anak-anak dia. Malam pertama tu, diorang bermalam kat rumah Ira kat Sentul. Tapi malam tu diorang dah bagitahu kat En. suami yang diorang nak shopping  kat Nilai 3 keesokannya. Amboi!! jauhnya mai shopping. tapi ok jugak tu, aku pun dah lama x singgah sana. last pergi sana masa nak cari barang-barang hantaran kahwin :-)


Sabtu, 4 Disember 2010
Pagi keesokkannya kami bertolak dari rumah ke Nilai pada pukul 11 pagi. tu pun sebab tunggu aku sekeluarga sampai kat Sentul, hehehe....Aku ingatkan cuti sekolah ni jalan lengang, rupanya sesak giler. Jalan menuju ke Serdang lagilah sesak sangat-sangat. Nasib baiklah kami tak pergi Expo MAHA pagi tu, kalau tak berjamlah duduk dalam kereta. Mak mertua aku siap tanya lagi KL nie bila agaknya tak jem, sebabnya semalam masa diorang pergi KLCC jalan pun jem giler-giler babas.  Aku senyum jek...."Mak..KL nie tak menentu."

Kami sampai kat Nilai 3 pada pukul 12.30 tengahari.....Perkara 1st yang kami buat bila sampai kat sana adalah mencari food court. Lapaqqq perut beb!!! Adik-adik ipar suka sangat makan kat food court tu sebabnya air boleh ambil ikut suka hati berapa banyak kali pun. Total kami 10 beranak makan kat sana semalam RM 40+++ .Biar benar dengan orang kedai nie. Kami setiap kepala dahlah ambik lauk banyak. dengan air sirap limaunyer campur lagi dengan nasik yang ayah mertua aku tambah.. Pada aku kira dah murah dah tu.

Selepas sudah makan, kami pun sambung balik aktiviti shopping kami. Kat Nilai 3 nie, kalau nak mencari kain langsir, tudung, kain pasang, frame hiasan memang disinilah tempatnya. Boleh jadi rambang mata. Pada Suami-suami kat Malaysia, tolong jangan bawa isteri korang lama-lama kat Nilai ye, takut diorang xmau balik rumah pulak kang......hahaha....Setelah hampir 5 jam++ kami menghabiskan duit kat sana, tiba masa untuk pulang. Malam nie, mak mertua aku ajak bermalam kat Sentul sebab adik ipar aku sorang-sorang je kat sana. Tapi sebelum tu, kami dinner kat kedai makan ape tah kat Sentul tu.. Sedap giler babas lah nasi goreng daging merah dia...En. Suami makan nasi goreng ayam manakala Cik Anis makan nasi goreng cina...nyumiesss


Ahad, 5 Disember 2010
Hari nie, mak dengan ayah mertua aku nak balik kampung dah. Sekejap je masa berlalu. Awal pagi lagi mak mertua aku dah sediakan breakfast, cucur ikan bilis dengan keropok lekor. Keropok lekor tu Cik Mala yang belikan. Entah pukul berapa tah minah tu sampai rumah...Lupa pulak nak bagitahu, Cik Mala ni baru balik dari Kelantan dengan menaiki Air Asia. Pergi rumah kawan katanya.sambung balik pada cerita mak & ayah mertua aku nak balik kampung tapi sebelum tu diorang nak singgah Chow Kit beli buah-buahan.

Tepat pukul 11.00 Pagi, diorang pun bertolak balik ke kampung



0 comments :

Post a Comment