Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, December 14, 2010

Mandi - Manda @ Desa WaterPark

Actually aktiviti nie dirancang untuk meraihkan ulang tahun kelahiran suami aku. Asalnya nak celebrate b’day En. Suami kat kota kerinagan. Tapi disebabkan sekarang nie cuti sekolah, semestinya kat atas puncak gunung tu sesak dengan manusia & harga hotel pun melambung 2x ganda. So, aku cadangkan aktiviti tersebut dibatalkan. Best jugak ye mandi manda kat Desa WaterPark.. Harga tiket pun xlah mahal sangat, masih mampu untuk dibeli untuk family yang ramai mcm kami nie, hehehe...

Pagi-pagi buta aku dah siapkan nasi goreng untuk breakfast & sebagai bekalan semasa kat sana nanti. Mak pulak buatkan nasi ayam special buat menantunya. Actually, makanan & minuman luar xdibenarkan dibawa masuk kedalam theme park nie ye tapi, kami nie kan ‘pejuang berani mati’ so kami main seludup je..Kena pandai berlakon depan guard, hehehe....( Makanan kat dalam tu mahal giler & ada sesetengahnya xsedappp). Pukul 10.30 pagi kang nak pergi ambik adik-adik aku kat PD pulak...

Tepat pukul 1.00 tengahari kami sampai kat desa waterpark nie..Hampehhh betul budak-budak nie. Dah pesan suruh siap awal-awal, tapi lambat jugak sampai...eeeee..Ingatkan xramai lah orang kat dalam tu, rupanya ramai jugak..Nasib baik adik aku jumpa satu khemah kosong yang hujung ceruk kolam tu.  Lepas letak je barang-barang yang kitaorang bawa tu, terus tukar baju & sewa pelambung. Selepas tu, terus terjun dalam kolammm......Gembira xingat dunia langsung, termasuklah mak orang nie :-D.

Selepas dah puas mandi kat dalam kolam, kitaorang try pulak main roller coster..Bestnya tapi sakit montot sebab banyak kali terhentak kat track tu,huhuhu... Selepas tu, kitaorang mandi kat kolam yang ada ombak besar. Kat sana pun best jugak..Rasa mcm real kat pantai je..ngan ombak-ombaknya yang ganas tu..Cuma yang xbestnya ombak tu bukan sepanjang masa ada, hanya ada pada masa-masa tertentu sahaja.Overall, semua mainan kat dalam tu bestlah, berbaloilah dengan harga tiket RM20 yang dibayar pada DWP tu. Ingat next time nak pergi lagi.

p/s: Ada sorang member aku nie dah xsabar-sabar nak pergi mandi kat DWP selepas tengok gambar-gambar yang aku upload dalam fb...korang mcmner pulak???


P.E.A.C.E

Tak sabar nak naik roller coster tu :D

Posing dulu

Ikan kaloi ke ape nie???

yippieee!!!!!

Seronoknya semua orang

Si Anis menunjukan bakat yang terpendam, hahaha

Pelampung..pelampungg

Macam real berada kat pantai...BEST!!



Korang mesti cuba permainan nie..Sangat menyeronokan :-)

0 comments :

Post a Comment