Kamu-kamu Yang Comel

Monday, December 13, 2010

Karnival Sure Heboh@Stadium Bukit Jalil

Cuti hujung mingggu semalam , kitaorang pergi ke carnival sure heboh yang diadakan diperkarangan Stadium Bukit Jalil, KL..Pada mulanya, aku mmg xnak pergi pun. (Mmg xminat pun pergi sebab aku rasa xbest mana pun) tapi En. Suami beriya-iya benor mengajak aku kesana. Entah ada apalah kat sana tu. Hari sabtu tu, kami bertolak dari rumah pukul 6.00 petang. Sampai kat susur ke bukit jalil, kenderaan dah semakin slow mcm kura-kura. Mmg sesak sangat2lah kat sini. Parking yang disediakan pulak dah ‘FULL”. So, En. Suami kenalah drive jauh sket nak mencari parking-parking kosong yang ado. Hampir sejam lebih jugaklah kitaorang nie berada kat dalam kereta. Dah sama lama pulak macam nak balik kampung, hahaha. Lastly, jumpa juga tempat parking kereta kosong kat ceruk mana tah..Ingatkan free, rupanya kena bayar RM2, hampehhh tulll.

Sampai kat stadium pukul 7.10mlm (bagusnyer.time2 mcm nie orang g semayang maghrib tapi aku g berjalan pulak, ish..ishh).On the way nak ke booth-booth jualan kat sure heboh tu, kita orang lalu kat bazaar( lebih kurang mcm bazaar kat pasar malam). Macam –macam ada dijual kat sini seperti tudung, makan & minuman, ubat-ubat, beg and banyak lagilah. Cik Anis dah tunjuk-tunjuk jari kat belon Upin Ipin dia tu..Mesti dia naklah tu, huhuhu....

Jarak dari parking kereta ke booth sure heboh tu adalah dalam 20min berjalan kaki. Sampai je kat sana, booth yang ada mmg jual barangan dengan harga yang murah. Ada juga yang jual ikut harga kilang sebab murah sangat2 compare dengan pasaraya yang selalu aku pergi. Antara booth yang ada seperti booth Ribena, Horlick, Nestle, Silky Girl, Azmy Burger, Mr. Potato, Muncy’s, Hotlink, Super, Produa, Dairy Champ, Ajinomoto, Maggie, Mamee dan banyak lagi lah (kalau aku senaraikan sampai esok pun xsudah, hehehe). Ramai giler orang borong makanan..Aku pun tak terkecuali jugak.. Masa nak balik ke tempat parking kereta, aku belikan belon upin ipin untuk Anis. Kesian pulak kat dia, dari tadi asik tengok belon budak lain punya.Xpelah, mama belikan satu untuk Anis, huhuhu...

Pada malam keesokannya pulak kita orang pergi lagi. Tapi 2nd day ni aku rasa mcm xbest lah pulak sebab mlm nie ada konsert & pengunjung yang datang rata-rata dari golongan muda belia yang pakaian diorang pun xsemengah serta aksi-aski kurang sopan yang xsesuai ditonton oleh kanak-kanak bawah umur macam Anis. Booth-booth jualan pun dah banyak yang tutup.,Mmg menyesal pergi semalam...Kalau tahu baik lepak depan tv je. Last-last,aku pun ajaklah suami serta adik aku pergi makan kat gerai nasik ayam kat bazaar tepi stadium tu...Sup dia sedap tapi ayam ciput je dia bagi..sos nasi ayam pun xsedap, tapi Anis berselera makan malam tu. Selalunya bila time makan, dia main2x..agaknya lapar sangatlah tu. Selepas selesai makan dan berehat kat gerai tu, kita orang pun balik rumah dengan muka yang masam. Mana xmasam mukanya, harga sepinggan nasi ayam yang kitaorang makan tu RM6. So total semua sekali RM20. Kalu tahu, baik pergi makan kat restoren rasamas. Harga pun lebih kurang sama je.

p/s: Aku setuju sangat aktiviti seperti ini diadakan setiap tahun  tapi konsert yang diadakan pada sebelah malam sememangnya kurang sesuai diadakan. Kalau xda langsung pun lagi baik. Lebih banyak aktiviti kurang sihat akan berlaku pada malam tu bila aku tengok muka sorang-sorang dengan dressing yang seksi meksi serta pergaulan bebas antara perempuan & lelaki tanpa pemantauan dari ibubapa

Ramai betul pengunjung walaupun hari dah malam

Lelong 4 tin RM5

Mama banyaknya air tin nie.

Sedapnya Anis pow air milo papa...

Murah betul PetPet nie...Tapi stock kat rumah banyak lagi.

Diorang tengah bagi mamee free kat pengunjung.

Papa, kenapa kepala si upin nie besar sangat :-D


0 comments :

Post a Comment