Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, December 2, 2010

Karnival Pembudayaan Ilmu

Isnin, 11.00 Pagi
Bos minta temankan pergi ke Karnival Membaca di JKR Jalan Sultan Salahuddin. Tiba-tiba jek bos nie minta teman. Orang tengah semangat gila-gila babas nak update blog, sibuk lah nak ajak berteman.Kacau daun betulah bos nie. Asalnya ajak aku sorang jek, pastu bos ajak lagi sorang asst kanannya, kaklong untuk follow sekali. Nasib baik ada  kaklong, taklah aku bosan masa berada kat sana nanti.

12.00 Tengahari
Pukul 12.00 tengahari kami tiba kat sana. Aku jangkakan semua barangan dah siap setup kat dewan tu. Rupa-rupanya, wakil dari company aku, belum tiba lagi. Hampehh betul..yang ada pun hanya  beberapa company luar macam syarikat Autodesk, syarikat buku terkenal PTS Sdn Bhd dan CIDB sahaja..
Kami pun buat hal masing-masing jelah kat dalam tu. Sambil-sambil tu, kami tengok kakitangan kementerian setup meja-meja yang akan digunakan nanti..By the way, diorang nie hansome-hansome tau.Tapi diorang nie gatal-gatal.. Mentang-mentanglah kami nie je wanita melayu terakhir yang ada kat situ, asik kena kacau je. Dahla tu, tersengih2x mcm kerang busuk je..Bikin aku stress.Nasib baik tak hysteria, hahaha… Nak je aku bagitahu diorang tu  guna microphone kat atas pentas tu ‘Sorry , I’am not available. Anak dah ada 10 ok’

1.00 Tengahari
Tapi yang penting dapat makan free. Menu lunch kami adalah sayur campur, sambal udang, ayam masak kicap, ulam-ulam,  buah tembikai  & fresh oren…Save duit kami, hehehe..Petang tu, barulah nampak batang hidung staff2x dari company kami. Bantu2x diorang setup booth masing2x. Sekejap je siap. Selepas tu, bos deside nak balik office je sebab semua benda pun dah siap, Cuma nak tunggu hari perasmian 8.30 pagi keesokannya

3.00 Petang
Balik ke pejabat semula. . Cuma bos dah amanatkan pada kami supaya jadi urusetia pada carnival tu esok…argghhhhh!!! Kena jadi urusetia ke??? Ingatkan teman bos je pergi melawat booth. Aduiii,,aku mana tahu nak buat apa kat sana tu nanti.Aku dengan  kaklong pun mana ada pengalaman handle carnival mcm nie. Ohh ya, esok bos nak bawa anak2x dan anak buah dia join sekali carnival nie. Selain ada jualan buku-buku dari syarikat-syarikat luar, penganjur juga mengadakan aktiviti seperti pertandingan bercerita, pertandingan melukis dan mewarna. Untuk orang dewasa, pertandingan sodoku, meneka bilangan muka surat serta beberapa acara yang diadakan juga boleh diikuti. Bos dah pesan, kena mnitor anak dia yang 4 orang tu dengan anak buah dia yang 3 orang tu sekali..so, total semua sekali 7 orang… …Ohhh TIDAKKKK!!!! Korang nakal2x siaplah korang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 8.45 Pagi  hingga 4.00 Petang
Tiba di lokasi Karnival Membaca bersama-sama dengan kaklong, Sambil2x tu kami meninjau juga booth PTS yang berada tak berapa jauh dengan booth kami. Aku nak beli novel or buku2x citer yang best untuk Anis. Untuk makluman, pembelian mana-mana buku di 35 buah booth di carnival nie, akan mendapat discount 10% hingga 20%. Anis mama belikan 3 buah buku mickey mouse.. Mama harap, Anis rajin2xlah baca buku tu nanti ye. Untuk papa pun ada juga mama belikan, hahaha…

----------------------------------------------------------------------------------------------------

8.45 Pagi  hingga 5.00  Petang
Sebelum lunch hour tu, sempat juga kami mendengar  ucapan daripada penerbit buku terkenal PTS, dan penulis buku terkenal Shamsuddin Kadir, Puan Ainon dan Ain Maisara.  Aku teringat lagi kata-kata penerbit tu supaya memartabatkan bahasa melayu tinggi kita dalam kehidupan seharian. Dengan bahasa tersebut individu lain akan memandang mulia terhadap kita…Kalau tak percaya, amalkan lah dalam kehidupan harian.Selepas ucapan daripada diorang  tu, aku dengan  kaklong singgah ke booth PTS.. kaklong dah belek2x buku novel Ain Maisara bertajuk Aku Mahu Popular..Aku pulak dah berkenan kat buku Shamsuddin kadir tentang pengurusan wang. Kalau ikutkan hati, banyak lagi buku  yang aku nak beli. Tapi kalau ikutkan hati nanti duit pulak yang pokai. So, kenalah berjimat cermat..Lagipun, bulan nie lambat lagi nak dapat gaji, huhuhu… sabar..sabar..sabar…Lama jugaklah kami berlegar2x kat booth tu..Last2x kami beli jugak buku tu..pastu dapat autograph daripada penulis buku tersebut…Wahhh,,,bangga makcik sekejapp… :-D.

Perut kami pun dah berbunyi-bunyi minta diisi. Pagi tadi punya breakfast xsempat nak makan sebab makanan habis, huhuhu...Apelah catering nie, dah tahu ada event besar mcm nie, korang bawaklah makanan lebih.So, kami tahan jelah sampai tengahari. Menu lunch adalah nasi ayam, nyum..nyum..Aku dengan Haiziah nak makan banyak-banyak sampai kenyang boleh x :-) ? Jam kat tangan dah pukul 5.00 petang, sambil2x menunggu encik driver datang ambil kami nie, aku mengisi masa lapang yang ada dengan membaca novel Aku Mahu Popular..Best jugak jalan ceritanya. 

Setia ke aku ;-)

Penulis novel terkenal Ain Maisara & Shamsuddin Kadir sibuk melayan pembeli-pembeli buku di booth PTS

Buku masakan kak Hanieliza pun ada dijual kat booth nie.Wahh,, glamour gitu.

Aku pun nak popular jugak, bolehhh :-D

Hasil tangkapan selama 2 hari aku berada di karnival



0 comments :

Post a Comment