Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, December 29, 2010

Ejal & Burung Tiungnyer

2 hari lepas, my little brother rezal a.k.a ejal dapat anak burung tiung. Actually, ejal dapat burung tu masa dia ikut abah cari daun pandan kat tapak rumah lama kitaorang tu. Ejal kata, anak burung tu terjatuh kot dari sarang dia. Pastu burung gagak dah kerumun dan patuk-patuk badan dia. Ejal kesian pulak tengok anak burung tu. Dahlah kaki burung tu sakit. Atas sebab perikemanusian, ejal pun bawaklah balik burung tu kat rumah...Ejal pun xder masalah nak jaga burung tu sebab ejal memang suka bela binatang. Antara koleksi pets yang ejal ada adalah, kura-kura, ikan (ikan laga, ikan emas, ikan puyu...mcm2x ikanlah. Nasib baik ikan jaws dia xbela, hahaha), kucing ( tapi sekarang nie, kucing tu tak tau pergi mana.Kucing tu g jalan-jalan pastu xbalik2), hamster (hamster ni abah aku dah jual senyap2x kat budak mana tah.sampai sekarang ni dia mati-mati ingatkan hamster dia tu dah terlepas dari kandang, hahaha).

Fyi, Adik aku sorang nie je yang ikut jejak langkah abah aku iaitu suka pelihara binatang. Selain suka pelihara binatang, diorang juga suka pergi memancing. Aku kagum juga dengan adik aku tu. Dari sekecil2 binatang tu dia jaga,last2 binatang tu jadi segar bugar macam tuannya. Pandai betul adik aku jaga binatang-binantang kesayangan dia, hahaha... Sampaikan anak aku si ANIS yang setahun lebih pun mcm nak terikut perangai pak ucu dia tu, huhuhu.....




p/s: Bertambah lagi koleksi binatang peliharaan adik aku nie, huhuhu 

0 comments :

Post a Comment