Kamu-kamu Yang Comel

Friday, December 17, 2010

Bila Kasih Beralih Arah

Semalam aku & suami dikejutkan dengan berita buruk daripada mizz ira. Pada mulanya aku ingatkan propaganda semata-mata. Rupanya2x betul-betul kejadian... Tali pertunangan yang baru diikat selama 2 bulan terlerai sudah ikatannya gara-gara si lelaki sudah beralih kasih kepada orang lain. Kadang-kadang aku xfaham juga dengan kaum adam nie. Bercinta bertahun-tahun. Ada yang bercinta sejak dari zaman persekolahan..Kalau betul-betul kamu xsuka, cakap je awal-awal. Xpayahlah orang tua kat kampung tu bersusah payah nak buat kenduri bagai-bagai. Ko ingat nak bagi makan kat orang kampung tu free ke apa???. Kesian orang tua kat kampung tu  tau :-(

Lunch hour semalam, aku & suami pergi jenguk miss ira kat rumah dia. Risau sebab mak mertua, suami aku, kawan-kawan dia call tidak berjawab. Dengar citer dia tak datang kerja semalam sebab sedih sangat dengan apa yang dah berlaku kat dia. Dalam pukul 12.30++ kami sampai kat rumah dia. Aku tengok macam teruk jugalah keadaan dia, dengan kelopak matanya yang bengkak tapi dia masih boleh tersenyum dan gelak-gelak lagi. Selepas tu, dia nangis lah pulak (panik aku sekejap).... Semoga miss ira tabah menghadapi dugaan yang dilaluinya sekarang nie. Aku nak pujuk dia pun aku xpandai sebab aku tak dilahirkan didunia nie untuk memujuk orang :-D (serius, aku mmg tak pandai pujuk orang). Walau apa pun yang terjadi kehidupan perlu diteruskan & setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Bersabarlah ye miss ira.

p/s: ‎"Setiap org dilahirkan, Allah telah tuliskan 4 perkara di Luh Mahfuz: hidup,mati,jodoh & rezeki Jadi, kalau Allah tak berikan kita rezeki pada waktu ini, bukan bermakna Allah tak sayangkan kita
tapi DIA nak tengok kita berusaha..."



0 comments :

Post a Comment