Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, December 1, 2010

01.12.2010

Pejam celik2x 01.12.2010 - Genap 5 tahun aku berkhidmat kat company sekarang nie. Aku rasa kat company nielah yg paling lama aku bekerja. kalau nak compare kat tempat lain yg pernah aku kerja sebelum nie paling lama pun 2 hari jek,hehehe. Sepanjang 5 tahun nie apa pengalaman yang aku kutip kat sini ye??? mmmmm,,,bak kata pakcik astro "macam-macam ada' ..

Teringat balik masa 1st day melapor diri kat HQ 5 tahun lepas. Kat sanalah aku kenal Suhana Mat Isa, Mohd Shukri Sulaiman, and Mohd Faizul Abu Bakar. Sampai sekarang korang tetap kawan baik aku. Tapi Suhana and Faizul masing-masing dah balik ke kampung masing2x L. Tinggal aku dengan Shukri je kat sini lagi. Walaupun jauh, korang tetap dekat dihati tau.

Masa dapat posting daripada Ketua Jabatan, aku ditempatkan di Unit Pengurusan Korporat bersama-sama dengan Mohd Shukri Sulaiman. Kat sinilah kami mencurahkan bakti dan berkhidmat dengan my big bos, Puan H******. Aku bersyukur sangat sebab dapat bos sebaik dia. Kalau ikutkan bos aku nie xpayah kerja pun xpe. Suami Executive manager kat Petronas. Gaji 5 angka.. Tapi katanya anak2 dah besar. Kalau duduk kat rumah boring pulak. Walaupun bos aku ni boleh di kategori kan sebagai ‘berada’, tapi aku suka dengan cara hidup dia yang besederhana. Betulah kata orang tua-tua, ‘jangan lupa asal usul kita walau setinggi mana pun kita berada’.. Pada 1-2 orang yang dah lupa daratan tu, baik2lah beringat ye.

Ohh ya, dulu staff kami hanya ada 5 orang je berbanding sekarang dah ada 10 orang. So, kerja taklah kelam kabut.

Bos kecik aku pun baik jugak.Walaupun aku selalu bagi dia serabut, hilangkan dokumen, minit file xber'update'...bla.bla.bla, dia tetap COOL and mampu tersenyum manis lagi kat aku.. Sayang En. A*****.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Cepatnya masa berlalu tanpa disedari. Pekerja kat sini pun ramai dah silih berganti dgn muka2 baru. Ada yang berpindah ke kampung halaman masing-masing, ada yang minta tukar department atas alasan nak mencari pengalaman baru. Apa2 pun aku tetap disini, hahaha.... xtau lerr bila nak menimba ilmu baru di tempat lain. Asik2 muka aku jek kat cni.Bos pun dah naik muak agaknya tgk muka aku nie :-)

Lagipun, aku teringin juga nak merasa bekerja dalam persekitaran baru. Boleh cari member-member baru, mencuba kerja yang baru dan bekerja dibawah bos baru.

Bulan depan dah masuk tahun baru. So, apa azam tahun baru aku nanti??? Erm...nanti aku citer kat entry lain pulak k.Moh lah kita bekerja.Kang bos bising pulak asik berblog jek.

Bye2x

0 comments :

Post a Comment