Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, December 30, 2010

Esok Cuti Umum



Masa tengah layan Hot FM on the way nak pergi office tadi, dengar fafau bagitahu jumaat (esok) cuti umum sempena kemenangan bola sepak Malaysia semalam.  Tiba2x je aku macam tak berapa nak clear masa fafau umum kan berita tu.... BIAR BENAR NIE.. Siap tanya suami kat sebelah lagi nak mengcomfirmkan berita yang aku dengar tadi.....Hehehe. Memang betulah esok cuti, yehhhh!!!

p/s: Hoyeeee!! Esok cuti.

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Tahun 2010


Malaysia Juara

Gol Keeper Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Safee Sali di nobatkan sebagai Penjaring Gol Terbanyak. Awak memang hebat ;-)

Horeyyyy!!!!    Malaysia dinobatkan sebagai Juara Piala AFF Suzuki Tahun 2010 dengan kemenangan agregat 4-2......Syabas pasukan bola sepak Malaysia, keep it up....  ;-)



p/s: Sejak dua menjak nie, team Malaysia power-powerlah..Macam nielah semangat Malaysia Boleh ;-)

Wednesday, December 29, 2010

Ejal & Burung Tiungnyer

2 hari lepas, my little brother rezal a.k.a ejal dapat anak burung tiung. Actually, ejal dapat burung tu masa dia ikut abah cari daun pandan kat tapak rumah lama kitaorang tu. Ejal kata, anak burung tu terjatuh kot dari sarang dia. Pastu burung gagak dah kerumun dan patuk-patuk badan dia. Ejal kesian pulak tengok anak burung tu. Dahlah kaki burung tu sakit. Atas sebab perikemanusian, ejal pun bawaklah balik burung tu kat rumah...Ejal pun xder masalah nak jaga burung tu sebab ejal memang suka bela binatang. Antara koleksi pets yang ejal ada adalah, kura-kura, ikan (ikan laga, ikan emas, ikan puyu...mcm2x ikanlah. Nasib baik ikan jaws dia xbela, hahaha), kucing ( tapi sekarang nie, kucing tu tak tau pergi mana.Kucing tu g jalan-jalan pastu xbalik2), hamster (hamster ni abah aku dah jual senyap2x kat budak mana tah.sampai sekarang ni dia mati-mati ingatkan hamster dia tu dah terlepas dari kandang, hahaha).

Fyi, Adik aku sorang nie je yang ikut jejak langkah abah aku iaitu suka pelihara binatang. Selain suka pelihara binatang, diorang juga suka pergi memancing. Aku kagum juga dengan adik aku tu. Dari sekecil2 binatang tu dia jaga,last2 binatang tu jadi segar bugar macam tuannya. Pandai betul adik aku jaga binatang-binantang kesayangan dia, hahaha... Sampaikan anak aku si ANIS yang setahun lebih pun mcm nak terikut perangai pak ucu dia tu, huhuhu.....




p/s: Bertambah lagi koleksi binatang peliharaan adik aku nie, huhuhu 

Tuesday, December 28, 2010

IPhone 4 ke Blackberry Torch


Tengah-tengah skodeng kat blog orang tadi, aku terbaca entry pasal contest ‘IPhone 4 Ke Blackberry Tourch”...Due datenya pun lambat lagi so, sempat lagi kalau anak join contest tu. Terjah!! Terjah!!Hohoho <---- gelak orang jahat..




Bilalah agaknya boleh dapat iphone atau pun blackberry torch, huhuhu..... Kalau aku diberi pilihan, aku akan pilih IPhone 4. Antara sebab utama nape aku pilih si Iphone 4 tu adalah:
1.       Iphone 4 tu nampak stylo and executive
2.       Asik pakai handphone berkeypad je, sesekali tu  nak tukar selera ke touch screen.
3.       Iphone 4 lagi nipis & ringan compare dengan blackberry tourch

Spec untuk iphone boleh klik sini & spec untuk BB boleh klik kat sini


p/s: xmampu nak pakai IPhone 4 or Blackberry Tourch...malahan blueberry pun belum tentu lagi mampu nak beli, hehehe.

Something For Me ;-)

Seawal pagi lagi, budak office girl kat tempat aku nie antar kad kat aku..Comel je kad tu. Aku ingatkan kad jemputan perkahwinan dari teman-teman sepejabat. Maklumlah, cuti-cuti sekolah nie banyak sangat kenduri kendara. Tapi, sangkaan aku tu salah 100%. Cuba korang teka kad ape yang aku terima pagi tadi...

Teka...teka






















Teka lagi









 “






  “











































jeng..jengg..jenngg




Aku terima kad ini :-)


Tapikan, birthday aku bulan Januari tahun 2011. Hehehe, awalnya aku dapat kad birthday nie. Apa2x pun terima kasih pada yang memberikan aku kad tu. Ermmmm, birthday aku another 18 hari lagi. Rasa macam nak anjurkan giveaway je sempena birthday aku tu..Kalau aku anjurkan giveaway nie, rasa2x ada tak yang nak join :-D. Hadiah untuk pemenang nanti of courselah ada tapi xbolehlah bagitahu sekarang, Nanti aku citer kat entry lain pulak k.


p/s: Sekadar untuk meramaikan lagi kawan-kawan blogger


Your URL Story Contest




rajin benor member aku sorang nie menge’tag’ aku, hehehe..Alang-alang baru on pc nie, terjah jelah contest yang dianjurkan oleh devilviernes.blogspot.com..Nak dijadikan cerita, url blog aku adalah http://blog-lianalovekhairi.blogspot.com

Kenapa aku pilih url macam tu sebabnya aku nak abadikan kisah-kisah menarik dalam hidup aku nie bersama-sama dengan suamiku, En. Khairi kat dalam blog. Lebih kurang macam diari kehidupan aku seharian. So, bila liana dan khairi digabungkan jadilah lianalovekhairi. Lagipun, nama tu simple & mudah nak ingat. Betul tak??? :-D Nanti bila Anis dah besar, boleh lah dia baca citer-citer menarik yang mama & papa dia lalui masa muda-muda dulu, hehehe....

So, aku nak tag 2 orang member aku iaitu 1) Penjejak-Mimpi dan 2)shezul-shima
Detail contest yang dianjurkan boleh klik kat sini

Good Luck!!!!

p/s: mekaceh pada yang mengetag lianalovekhairi. Happynyer bila ada orang selalu ingat kat aku :-) 

Monday, December 27, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU”

Hari nie ada orang tag aku utk join giveaway yang dianjurkan oleh eqbalzack bertajuk ‘SERBA SATU’...Sementara aku tengah free nie, nak joinlah giveaway yang en. Eqbalzack anjurkan tu. Kalau menang, Alhamdulillah....Tapi kalau xmenang, kira ini sebagai latihan untuk jari-jemari aku menaip laju-laju kuasa sepuluh kat keyboard nie, hahahaha....Tengah-tengah semangat menaip nie, time tulah broadband aku buat perangai..Time-time macam nie lah dia nak slowww melowww macam siput..argghhhhh!!! Sabaq jelah ;-)



Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur adalah:- 
1.             Jadi Followers eqbalzack.com <-------- (sudah)
2.             Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU”<---(sudah)
3.             Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com <--(seperti diatas)
4.             Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu (saya tag siti marlia)
5.             Tinggalkan link anda pada entry ini.<-------(Sudah)

Status Terkini 500 Blog Dari En. Ben

Tadi aku menyinggah kat blog En. Ben. Pastu terbaca entry En. Ben pasal status terkini penyertaan 500 blog yang En. Ben anjurkan semalam. Berikut merupakan status yang telah diupdate oleh En. Ben. Cari punya cari punya cari, aku ternampak nama lianalovekhairi pada senarai ke -214. Terkejut mak sekejap. Ingatkan xsempat nak join segmen ni. Macam tak percaya je nama blog aku pun tersenarai .


Tahniah Buat Pasukan Bola Sepak Malaysia



Pagi nie, boleh dikatakan tajuk muka depan surat khabar tempatan semuanya berkisarkan cerita kemenangan 3-0  pasukan bola sepak antara Malaysia & Indonesia  yang berlangsung pada mlm semalam. Pada awalnya aku target pasukan Malaysia akan kalah pada malam tu  ( Pasukan Indonesia kan power-power belaka. Kena pulak aritu kena belasah dgn diorang 5-0, huhuhu). Selepas nie, ada cabaran lagi menunggu buat pasukan bola sepak Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Adakah Malaysia mampu melakar sejarah baru dalam merebut title Juara Piala Suzuki 2010. Sama-samalah kita saksikan nanti. MALAYSIA BOLEH!!!!!!

Sunday, December 26, 2010

Tomyam Ayam

Malam nie macam xda idea nak update blog…Nak citer pasal ape pun tak tahulah….Kalau aku tulis entry pasal  masakan aci x?  Mestilah bolehkan sebabnya nie kan blog aku, hahahahaß------- sengal betul aku malam nie. Oklah, nak berkongsi resepi  tomyam ayam. Actually, nielah salah satu lauk tenghari yang aku masak  tadi.

Klik untuk gambaran jelas imej diatas

Cara-cara memasak:-
Rebus serai, cili padi, halia serta lengkuas kedalam periuk yang berisi air. Setelah air mendidih, masukan pes tomyam serta ayam yang dipotong kecil & biarkan selama 5 minit. Kemudian, masukan pes tomyam beserta carrot.  Biarkan selama 10minit atau sehingga carrot empuk. Masukan kobis bunga sedikit garam, sedikit perasa, air limau nipis serta cendawan. Masak selama 10 minit. Akhir sekali, masukan bawang merah yang dipotong 4 serta tomato. Siap untuk dimakan.

p/s: Tomyam sedap dimakan bersama nasi putih serta ikan goreng. Sekiranya korang xsuka tomyam nie dimakan dgn ikan goreng, korang abaikan je ;-)

500 Blog



Sebelum nie nak join jugak segmen yang En. Ben anjurkan tapi disebabkan aku selalu lewat online, so agak terlambat untuk aku nak join segmen yang di anjurkan sebelum-sebelum nie.t. Tapi kali nie, aku nak trylah..Hopefully berjaya ;-)

Antara beberape requirements dari En. Ben:-
  1. Letak  banner En. Ben
  2. TAJUK:  500 BLOG ! dan linkkan ke entri ini ...
  3. Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger ..
  4. Tinggalkan url entri anda di entri ini ...
  5. tolong paste url anda sekali saja untuk mengelakkan gandaan di senarai ..


Nama saya fazliana tapi dalam dunia blog saya dikenali sebagai liana @ Yana. Lahir pada tahun 80an di Melaka. Dibesarkan di ibu kota Metropolitan Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Teresa 1 dan kemudian di Sekolah Men. Bangsar. Kemudian menyambung pelajaran di salah sebuah IPTA di Pahang. Telah berkahwin dengan En. Mohd Khairi dan mempunyai seorang anak bernama Nurul Anis.

Liana bergelumang dengan dunia blog hamper setahun. Actually ianya berlaku secara tak sengaja. Pada mulanya liana buat blog untuk business online liana tu.. (Tapi sekarang dah xbuat lagi business tu. Xmau cerita kenapa & mengapa xberbusiness lagi. Adalah masalah sikit) .Dalam masa yang sama, liana suka jugak baca blog orang lain. Best wooo baca citer2 menarik tentang diorang nie, selain tu boleh mencari kawan-kawan baru. Tengok orang lain ada blog sendiri, aku pun nak buat jugak…hahahaa, sengal betul ayat aku nie. berblog merupakan hobi baru aku sekarang .Itu lebih baik dari aku melepak xtentu arah kat luar sana tu kan.. Kalau sehari tak berblog, xboleh wooo...macam dah addict je sekarang nie..rasanya dah memenuhi requirements En. Ben so, nak kena send cepat nie ;-)

Saturday, December 25, 2010

Sesi Menukar Template Blog,,,,Again & Again :-)

Xtahulah apa angin pagi tadi, rajin benor nak menukar template blog aku nie...Kali nie aku pilih corak belang-belang rimau,,,,,aummmm!!!!!! Oklah sikit compare dgn template sebelum ni yang kosong sekosongnya...

Antara koleksi sepanjang tahun 2010

p/s: Pasni nak pilih templete ape pulak ek,hahaha  

Friday, December 24, 2010

Rahsia Sudah Terbongkar

Tadi aku  menyinggah ke blog Penjejak Mimpi. Terbaca entry terbarunya pasal semangatnya dia, huhuhu... Rupa-rupanya identity si yana sudah terbongkar. Macamner identity boleh terbongkar nie,,, aiyakkk!!!!!  ;-) Actually,  aku secara tak sengaja terjumpa blog Penjejak Mimpi nie kat dalam blog kawannya shezul-shima. Xsangka pulak si PM ada blog..Wahhhh!! kamu sangat advance PM, cayalah, pewiiitttt!!!!...Selama nie, aku just jadi silent reader kat blog PM jek sejak dia mula berkecimpung dalam dunia berblog nie. Aku suka sangat singgah kat sana. Kalau 1 hari tak singgah 2-3 kali mmg tak sah, hehehehe... Seronok sangat baca entry-entry PM tu. Lagipun bahasa yang digunakan pun menarik & tersusun . Yang paling penting, entrynya selalu up to date.... I LIKE



p/s: Rahsia sudah terbongkar..Dah x supriselah macam nie, adehhhh!!!

Thursday, December 23, 2010

Aku Dikelilingi Oleh Ibu-Ibu Mengandung....Arghhh!!!Tidakkkkk

Semenjak dua menjak nie, aku selalu dikelilingi atau berurusan dengan pregnancy woman a.k.a mak buyung, hehehe....Xtahulah perkara nie kebetulan atau sebaliknya berlaku kat aku. Kalau pergi pasar malam, mesti xsengaja berjalan beriringan dengan mak buyung. Kat office pun sama juga. 2-3 bulan lepas berurusan dengan si A badan maintain lagi..Semalam, bila si A datang berurusan dengan aku, aku pulak yang terkejut badak...Bila masa pulak si A nie pregnant. Perutnya sudah besar & siap pakai baju pregnant lagi. Sebelum nie tak nampaklah pulak. Aritu pun sama kes jugak. Si B, C, D.......Z (hehehe) nak membayar something kat aku. Bila sekali pandang diorang, nampak diorang pakai baju pregnant lah pulak. Bila dah pakai baju pregnant tu, of course lah mengandungkan.Takkan suka-suki nak pakai baju tu pergi kerja pulak kan, hehehe....

Korang jangan salah faham pulak ye.Entry kali nie bukan kerana aku membenci mereka . Mereka-mereka ini xpernah pun bagi masalah kat aku. Cuma aku musykil sekejap kenapa semenjak 2 menjak nie aku asik dikelilingi oleh si ibu-ibu mengandung . ADA APA-APA KE NI???? Ataupun diorang nie nak bagi ‘berkat’ kat aku?? Ohhhh tidakkkkk!!!


p/s: Adakah perubahan bentuk fizikal mereka berlaku disebabkan faktor cuaca yang selalu hujan & dingin..... ;-)

 

Wednesday, December 22, 2010

Berdua-duaan @ Kenny Rogers

Semalam aku & suami makan tengahari berdua di Restoren Kenny Rogers.Sorry ye Anis xbawa Anis join makan sekali, hehehehe.... Aktiviti makan-makan semalam merupakan aktiviti wajib kitaorang setahun sekali. Lagipun, voucer Kenny Rogers yang En. Suami dapat dari Jusco aritu xguna-guna lagi.Sampai naik lunyai voucer tu kat dalam handbag aku nie.Dahlah expired datenya sampai akhir bulan nie, so memang wajib digunakan sebelum terlambat, betul tak...




Typing Error

Semalam, masa aku beli wafer nie aku xperasan ada kesilapan ejaan pada kotak wafer tu. Dah balik rumah baru nampak...Cuba korang baca betul-betul perkataan tersebut.. Dah jadi macam short fonts yang kita gunakan semasa ber‘sms‘ kat handphone jek...Aku yang baca kat rumah, dah tergelak guling-guling tau. Mcmanerlah company international yang ada standard ISO boleh ada typing error macam nie.xsempat nak semak dulu ke sebelum dihantar ke bahagian percetakan???... Tolonglah hormat bahasa kebangsaan Malaysia ini. Kalau kita xsensitif dengan perkara-perkara macam nie siapa lagi kan :-D

Tuesday, December 21, 2010

Asal Nak Pergi Beli Je,Mesti Habis :-(


 Hari nie aku ingatkan bolehlah rembat sepasang dua sandal or kasut kat Vincci. Dah hampir sebulan dok teringat kat sandal idaman tu. Tup..tup bila nak pergi beli tengahari tadi, saiz aku pulak dah habis. hanya ada saiz 5 jek..Bencinya!!! Asal nak beli jek mesti jadi macam nie. Aku tahulah kaki aku nie comel sangat ;-). Lain kali tokey kedai Vincci, tolonglah oder sandal or kasut saiz 8 banyak-banyak ok...


p/s: Sabtu nie, nak pergi cari sandal & kasut idaman aku tu kat outlet lain..Harap-harap saiz 8 ada lagi :-)

Saturday, December 18, 2010

Crispy Popiah

Semalam makan crispy popiah ..Lama betul x pekena popiah nie. Rasanya dah setahun kot xbeli. Dulu Harganya RM2.50, sekarang sudah jual RM3.00. Kalau dapat makan crispy popiah nie hari-hari mesti bestkan... ada sesiapa nak belanja saya makan popiah nie?? (^_^)

My Crispy Popiah



Friday, December 17, 2010

Bila Kasih Beralih Arah

Semalam aku & suami dikejutkan dengan berita buruk daripada mizz ira. Pada mulanya aku ingatkan propaganda semata-mata. Rupanya2x betul-betul kejadian... Tali pertunangan yang baru diikat selama 2 bulan terlerai sudah ikatannya gara-gara si lelaki sudah beralih kasih kepada orang lain. Kadang-kadang aku xfaham juga dengan kaum adam nie. Bercinta bertahun-tahun. Ada yang bercinta sejak dari zaman persekolahan..Kalau betul-betul kamu xsuka, cakap je awal-awal. Xpayahlah orang tua kat kampung tu bersusah payah nak buat kenduri bagai-bagai. Ko ingat nak bagi makan kat orang kampung tu free ke apa???. Kesian orang tua kat kampung tu  tau :-(

Lunch hour semalam, aku & suami pergi jenguk miss ira kat rumah dia. Risau sebab mak mertua, suami aku, kawan-kawan dia call tidak berjawab. Dengar citer dia tak datang kerja semalam sebab sedih sangat dengan apa yang dah berlaku kat dia. Dalam pukul 12.30++ kami sampai kat rumah dia. Aku tengok macam teruk jugalah keadaan dia, dengan kelopak matanya yang bengkak tapi dia masih boleh tersenyum dan gelak-gelak lagi. Selepas tu, dia nangis lah pulak (panik aku sekejap).... Semoga miss ira tabah menghadapi dugaan yang dilaluinya sekarang nie. Aku nak pujuk dia pun aku xpandai sebab aku tak dilahirkan didunia nie untuk memujuk orang :-D (serius, aku mmg tak pandai pujuk orang). Walau apa pun yang terjadi kehidupan perlu diteruskan & setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Bersabarlah ye miss ira.

p/s: ‎"Setiap org dilahirkan, Allah telah tuliskan 4 perkara di Luh Mahfuz: hidup,mati,jodoh & rezeki Jadi, kalau Allah tak berikan kita rezeki pada waktu ini, bukan bermakna Allah tak sayangkan kita
tapi DIA nak tengok kita berusaha..."



Thursday, December 16, 2010

Happy Birthday My Little Brother

Hari ni birthday adik bongsu aku yang ke – 11. Happy birthday ye rezal. Along doakan yang baik-baik je untuk kamu ye & rajin-rajinlah belajar. Tahun depan kamu dah darjah 6. Pagi tadi xsempat naik atas rumah sebabnya mak dah tunggu kat bawah untuk ambil Anis. So, hadiah untuk birthday boy tu aku minta mak bagikan pada rezal... Mesti rezal suka dengan hadiah tu (^_^)

Sebelah petangnya pula, aku belikan kek kat secret recepi. Sudah tentu flavour coklat indulgen yang sodappp tu...Tapi staff kat secret recepi tu decorate aku punya kek mcm @#$%^. 10x cantik tulisan aku nie rasanya. Nasib baik kek kamu sedapp kalau tak comfirm aku mintak duit aku dipulangkan semula..

Sampai je kat rumah mak, terus pasangkan lilin & minta birthday boy tiup lilin, tapi birthday boy buat perangailah tak mau tiup lilin. Ohh ya, celebration nie kami buat kecil-kecilanx je..Xda jemput  jiran-jiran or kawan-kawan sebab pada hari tersebut rumah mak aku tengah buat renovation. Rumah pun dah macam kapal pecah.





Tuesday, December 14, 2010

Mandi - Manda @ Desa WaterPark

Actually aktiviti nie dirancang untuk meraihkan ulang tahun kelahiran suami aku. Asalnya nak celebrate b’day En. Suami kat kota kerinagan. Tapi disebabkan sekarang nie cuti sekolah, semestinya kat atas puncak gunung tu sesak dengan manusia & harga hotel pun melambung 2x ganda. So, aku cadangkan aktiviti tersebut dibatalkan. Best jugak ye mandi manda kat Desa WaterPark.. Harga tiket pun xlah mahal sangat, masih mampu untuk dibeli untuk family yang ramai mcm kami nie, hehehe...

Pagi-pagi buta aku dah siapkan nasi goreng untuk breakfast & sebagai bekalan semasa kat sana nanti. Mak pulak buatkan nasi ayam special buat menantunya. Actually, makanan & minuman luar xdibenarkan dibawa masuk kedalam theme park nie ye tapi, kami nie kan ‘pejuang berani mati’ so kami main seludup je..Kena pandai berlakon depan guard, hehehe....( Makanan kat dalam tu mahal giler & ada sesetengahnya xsedappp). Pukul 10.30 pagi kang nak pergi ambik adik-adik aku kat PD pulak...

Tepat pukul 1.00 tengahari kami sampai kat desa waterpark nie..Hampehhh betul budak-budak nie. Dah pesan suruh siap awal-awal, tapi lambat jugak sampai...eeeee..Ingatkan xramai lah orang kat dalam tu, rupanya ramai jugak..Nasib baik adik aku jumpa satu khemah kosong yang hujung ceruk kolam tu.  Lepas letak je barang-barang yang kitaorang bawa tu, terus tukar baju & sewa pelambung. Selepas tu, terus terjun dalam kolammm......Gembira xingat dunia langsung, termasuklah mak orang nie :-D.

Selepas dah puas mandi kat dalam kolam, kitaorang try pulak main roller coster..Bestnya tapi sakit montot sebab banyak kali terhentak kat track tu,huhuhu... Selepas tu, kitaorang mandi kat kolam yang ada ombak besar. Kat sana pun best jugak..Rasa mcm real kat pantai je..ngan ombak-ombaknya yang ganas tu..Cuma yang xbestnya ombak tu bukan sepanjang masa ada, hanya ada pada masa-masa tertentu sahaja.Overall, semua mainan kat dalam tu bestlah, berbaloilah dengan harga tiket RM20 yang dibayar pada DWP tu. Ingat next time nak pergi lagi.

p/s: Ada sorang member aku nie dah xsabar-sabar nak pergi mandi kat DWP selepas tengok gambar-gambar yang aku upload dalam fb...korang mcmner pulak???


P.E.A.C.E

Tak sabar nak naik roller coster tu :D

Posing dulu

Ikan kaloi ke ape nie???

yippieee!!!!!

Seronoknya semua orang

Si Anis menunjukan bakat yang terpendam, hahaha

Pelampung..pelampungg

Macam real berada kat pantai...BEST!!



Korang mesti cuba permainan nie..Sangat menyeronokan :-)

Happy Birthday Papa

Hari nie birthday En. Suami yang ke (dot..dot..). Happy Birthday Papa..Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Tahun nie, nak celebrate kat mana ye :-)

Monday, December 13, 2010

Karnival Sure Heboh@Stadium Bukit Jalil

Cuti hujung mingggu semalam , kitaorang pergi ke carnival sure heboh yang diadakan diperkarangan Stadium Bukit Jalil, KL..Pada mulanya, aku mmg xnak pergi pun. (Mmg xminat pun pergi sebab aku rasa xbest mana pun) tapi En. Suami beriya-iya benor mengajak aku kesana. Entah ada apalah kat sana tu. Hari sabtu tu, kami bertolak dari rumah pukul 6.00 petang. Sampai kat susur ke bukit jalil, kenderaan dah semakin slow mcm kura-kura. Mmg sesak sangat2lah kat sini. Parking yang disediakan pulak dah ‘FULL”. So, En. Suami kenalah drive jauh sket nak mencari parking-parking kosong yang ado. Hampir sejam lebih jugaklah kitaorang nie berada kat dalam kereta. Dah sama lama pulak macam nak balik kampung, hahaha. Lastly, jumpa juga tempat parking kereta kosong kat ceruk mana tah..Ingatkan free, rupanya kena bayar RM2, hampehhh tulll.

Sampai kat stadium pukul 7.10mlm (bagusnyer.time2 mcm nie orang g semayang maghrib tapi aku g berjalan pulak, ish..ishh).On the way nak ke booth-booth jualan kat sure heboh tu, kita orang lalu kat bazaar( lebih kurang mcm bazaar kat pasar malam). Macam –macam ada dijual kat sini seperti tudung, makan & minuman, ubat-ubat, beg and banyak lagilah. Cik Anis dah tunjuk-tunjuk jari kat belon Upin Ipin dia tu..Mesti dia naklah tu, huhuhu....

Jarak dari parking kereta ke booth sure heboh tu adalah dalam 20min berjalan kaki. Sampai je kat sana, booth yang ada mmg jual barangan dengan harga yang murah. Ada juga yang jual ikut harga kilang sebab murah sangat2 compare dengan pasaraya yang selalu aku pergi. Antara booth yang ada seperti booth Ribena, Horlick, Nestle, Silky Girl, Azmy Burger, Mr. Potato, Muncy’s, Hotlink, Super, Produa, Dairy Champ, Ajinomoto, Maggie, Mamee dan banyak lagi lah (kalau aku senaraikan sampai esok pun xsudah, hehehe). Ramai giler orang borong makanan..Aku pun tak terkecuali jugak.. Masa nak balik ke tempat parking kereta, aku belikan belon upin ipin untuk Anis. Kesian pulak kat dia, dari tadi asik tengok belon budak lain punya.Xpelah, mama belikan satu untuk Anis, huhuhu...

Pada malam keesokannya pulak kita orang pergi lagi. Tapi 2nd day ni aku rasa mcm xbest lah pulak sebab mlm nie ada konsert & pengunjung yang datang rata-rata dari golongan muda belia yang pakaian diorang pun xsemengah serta aksi-aski kurang sopan yang xsesuai ditonton oleh kanak-kanak bawah umur macam Anis. Booth-booth jualan pun dah banyak yang tutup.,Mmg menyesal pergi semalam...Kalau tahu baik lepak depan tv je. Last-last,aku pun ajaklah suami serta adik aku pergi makan kat gerai nasik ayam kat bazaar tepi stadium tu...Sup dia sedap tapi ayam ciput je dia bagi..sos nasi ayam pun xsedap, tapi Anis berselera makan malam tu. Selalunya bila time makan, dia main2x..agaknya lapar sangatlah tu. Selepas selesai makan dan berehat kat gerai tu, kita orang pun balik rumah dengan muka yang masam. Mana xmasam mukanya, harga sepinggan nasi ayam yang kitaorang makan tu RM6. So total semua sekali RM20. Kalu tahu, baik pergi makan kat restoren rasamas. Harga pun lebih kurang sama je.

p/s: Aku setuju sangat aktiviti seperti ini diadakan setiap tahun  tapi konsert yang diadakan pada sebelah malam sememangnya kurang sesuai diadakan. Kalau xda langsung pun lagi baik. Lebih banyak aktiviti kurang sihat akan berlaku pada malam tu bila aku tengok muka sorang-sorang dengan dressing yang seksi meksi serta pergaulan bebas antara perempuan & lelaki tanpa pemantauan dari ibubapa

Ramai betul pengunjung walaupun hari dah malam

Lelong 4 tin RM5

Mama banyaknya air tin nie.

Sedapnya Anis pow air milo papa...

Murah betul PetPet nie...Tapi stock kat rumah banyak lagi.

Diorang tengah bagi mamee free kat pengunjung.

Papa, kenapa kepala si upin nie besar sangat :-D