Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, November 17, 2010

Sejarah Korban


17 November 2010 merupakan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh seluruh umat islam diseluruh dunia. Hari Raya Aidiladha atau Hari raya Korban disambut bagi memperingati kisah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s pada anaknya Nabi Ismail a.s dimana Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Tatkala ketika itu mereka dipertemukan setelah sekian lama mereka terpisah. Pada awalnya, Nabi Ibrahim agak keberatan untuk melaksanakan arahan tersebut, tetapi nabi Ismail yang masih kecil tu memujuk ayahnya untuk menyegerakan arahan allah tersebut....
Walaubagaimanapun, allah s.wt telah menukarkan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas..
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

0 comments :

Post a Comment