Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, November 14, 2010

Puding Roti

Search by Google

Masa kat awana genting, 1st time dapat makan puding roti yang paling sedap didunia.... sampai aku, en. A and the geng menambah 2 kali, hehehe...Masa bulan Julai aritu try jugak makan puding nie kat salah sebuah hotel kat Melaka (masa tu atas urusan kerja, terpaksalah ikut walaupun kru dah ramai sgt. Nak buat mcmner, saya ikut perintah je) tapi rasanya kureng sketlah.Sos kastardnya pulak manis sgt2x..so, kali nie nak try buat sendiri puding roti nie. Godeh-punya godeh, dapat 1 resepi nie dari surat kabar metro keluaran 10hb November 2010.

Jom kita try masak puding roti nie ;-)

Bahan-bahan
3 cawan susu segar
3 biji telur
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar gula kasar
1 buku roti gardenia (terpulang sama ada roti putih @ whole meal)
Sedikit kismis untuk hiasan


Bahan untuk sos kastard vanila
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung kastard (saya gunakan jenama bird kastard)
sedikit garam


Cara-cara utuk membuat sos kastard vanilla:
Campurkan gula, susu cair, air, tepung kastard, garam dan esen vanila ke dalam kuali. Bahan hendaklah kerap dikacau untuk mengelakannya hangus. kacau sehingga menjadi pekat.

1 Buku roti dipotong kecil2. bahagan tepi roti juga dibuang. Masukan 3 biji telur , susu, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas bancuhan dan dikacau sehingga sebati. kemudian roti yang dipotong kecil2 tadi dimasukan kedalam bancuhan dan dibiarkan beberapa minit. 

Aduanan tadi dimasukan kedalam loyang dan diratakan. Kemudian, di taburkan kismis di bahagian atas. Adunan tadi di bakar pada suhu 160 darjah celcius dalam ketuhar selama 40 hingga 50 minit @ sehingga ia naik.

Last sekali, puding yang telah siap dimasak dicurahkan dengan sos kastard vanila.

Selamat Mencuba!!!!!






0 comments :

Post a Comment