Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, November 11, 2010

Puding Karamel

Setelah puas mintak resepi dari seorang kawan nie, akhirnya dapat jugak 1 resepi daripada dia. Resepi nie dia dah selalu buat kat rumah. Cuma aku jek yg xda masa nak cuba lagi. Pada you all kat sana yg nak try resepi nie boleh lah try..Mmg sedap tau puding nie. Dulu kawan aku nie siap jual kat office lagi. Mmg dapat sambutan hangatlah dari kami2x nie.

Cuba jangan tak cuba ok....

Search by google

Resepi puding

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila 

Bahan-Bahan Untuk Karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air 

Cara-Cara:-
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
 
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati.Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

0 comments :

Post a Comment