Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, November 11, 2010

Misteri Yang Aku Alami - Part 2

Sambungan entry semlm...

Harini mission utama adalah mencari & mendownload ayat2x ruqyah...Al-hamdulillah, senang pulak jumpa ayat/bacaan nie kat internet..Sebenarnya aku ingatkan ayat nie ni sebuah SURAH..rupa2xnya ayat ruqyah ni adalah bacaan dari pelbagai surah. Antaranya adalah

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Cara nak memperdengar bacaan ruqyah nie pun ada tatacaranya.Aku ingatkan main baca jek,hehehe..berikut merupakan tatacara memainkan bacaan tersebut:-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3xsehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Selepas dah siap download ayat ruqyah tu, aku pun pasang ayat tu. Tapi xderlah pasang guna speaker kat pc tu. Takut menganggu pulak kerja diorg. So, aku guna headphone jek..Mmg betulah after beberapa minit dgr bacaan ni, aku jadik pening2x lalat sikit. Pastu bulu roma kat tangan nie asik naik jek.. Bila selesai bacaan tu, aku jumpa website nie dan entry blogger ni mencuri perhatian aku sekejap..


Sila download MP3 file ini dan save kedalam h/p,gadget atau PC dan perdengarkan bacaaan sehingga tamat dengan pejamkan mata.Perhatikan setelah selesai ..

1) denyutan jantung makin kencang
2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang...Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan kita mengantuk amat sangat apabila mendengar mp3 ruqyah syar'iyah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk....

Aduiii,,mmg beberapa sintom tu terjadi kat aku ler....xpelah,nampaknya kena dgr selalu.. Harap2x elok ler.




0 comments :

Post a Comment