Kamu-kamu Yang Comel

Monday, November 8, 2010

History of P. Ramlee

Petang semalam aku & hubby tgk History of P. Ramlee @ channel 555 Astro. Selama nie aku just tahu yang basic2x je tentang background arwahyarham. Cth mcm nama sebenar, tempat lahir ect. Pasal kisah detail tentang arwah mmg aku xberapa tahu sgt. Maklumlah, arwah pun meninggal pada tahun 1973. Aku ketika itu belum dilahirkan lagi kat dunia nie. Mak aku pulak waktu arwah meninggal baru umur 12 tahun.

Ok, berbalik semula pada kisah sejarah P. Ramlee yang aku tgk semlm. Aku boleh buat kesimpulan bahawa kisah hidup P.Ramlee adalah trajis. Dimana pada zaman keagungan arwah, hasil karya seni beliau dipuji2x. Karya yang dihasilkan mendapat tempat dikalangan penonton di Malaya dan Singapura. Kalau xsilap, arwah  pada ketika itu, bekerja dibawah syarikat Shawn Brother di Singapura. Kebanyakan filem2x yang box office ketika itu di arahkan, dilakonkan & skrip arwah... Betapa hebatnya arwah pada ketika itu. Aku kagum sgt dengan bakat luar biasa yang dianugerahkan kepada beliau.

Tapi kemasyuran beliau hanya sementara. Bak pepatah lama ‘Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang dibawah, kadang-kadang diatas’. Macam tulah yang boleh aku perumpamakan kisah Arwah Tan Sri P.Ramlee. Kekayaan dan kemasyuran beliau tidak disenangi oleh segelintir kawan2 rapat industry perfileman beliau sendiri. Antara sebabnya pelakon2 lain xdapat nak cari makan kalau arwah membintangi satu2 filem. Senang citer dengki, iri hati and cemburu. (Dah arwah tu mmg best, nak buat mcmner kan. ini yang aku benci sekali kalau dgn bangsa sendiri pun dikhianati). At last, arwah mengambil keputusan untuk berhenti dari Shawn Brother & berhijrah ke Merdeka Studios di Kuala Lumpur. Pada ketika itulah zaman2x kejatuhan arwah P. Ramlee bermula.

Menurut temubual History channel dgn beberapa orang kenalan rapat arwah yang dibuat sekitar tahun 1998,, peralatan filem yang digunakan di Merdeka Studios merupakan teknologi lama yang tidak digunakan lagi oleh pengiat seni di Singapura. As we known, perfileman telah lama bertapak diSingapura & para pekerja disana sgt professional serta peralatan filem yang digunakan pula antara yang tercanggih. Kira sama taraflah dgn peralatan yang digunakan oleh orang2x kat Hollywood pada zaman tu. Arwah mak  Ogy Ahmad Daud, arwahyarhamah seniwati Noormadiah ada bagitahu kat history Channel, lens yang digunakan oleh P.Ramlee ketika di Shawn Brohters bukan calang2x lens. Lens tersebut diimport dari luar negara & harganya sgt mahal. 

Ketika hayat arwah di KL, bantuan kewangan pun arwah xdapat daripada mana2x pihak bank, kerajaan Malaysia, mahu pun daripada sahabat-sahabat perfileman beliau. Senang cerita, semuanya diusahakan dgn wang simpanan beliau ketika di Shawn Brothers dulu. Sampai satu tahap, simpanan arwah dah habis..Makan pun makan nasi berlaukan telur. Menangis Pak Aziz Satar ketika menceritakan kisah arwah.
Tapi satu je yang aku puji sgt2x dgn sikap arwah, semasa hidupnya arwah sentiasa membantu orang yang susah w/pun org tersebut pernah membencinya. Mariani menceritakan arwah pernah memberikan rm200 kepada salah seorang sahabatnya yang berada dlm kesusahan.kalau xsilap org tu kata dia xda duit, mak dia pulak sakit kat kg. Arwah terus memberikan rm200 tu kepada org tu. Walhal pada ketika tu, arwah hanya ada rm200 jek untuk buat belanja. Saloma yang berada disana terus tanya pada arwah ‘ kenapa daddy bagi semua duit tu pada dia. Kita mana ada duit.’. arwah pun berkata kepada Saloma ‘ Takpa lah, hari ini hari dia, esk2x manalah tahu rezeki kita pula’. Terharu pula dgn keikhlasan arwah.

Pada tahun 1960 an filem2 yang diarahkan oleh arwah semuanya xmenjadi ( mcm yang aku citerkan kat atas tu, antara factor peralatan yang digunakan serta factor kewangan). Sampai satu tahap arwah terpaksa buka kedai mahjong untuk survive kat KL. Kesian kat arwah...

Ketika jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Ampang

Jenazah di semayangkan oleh Imam Masjid Negara

Jenazah dibawa keluar selepas selesai solat jenazah

Kucupan terakhir anak arwah ( Nasir) pada ayahanda yang tersayang

Dan pada 29 Mei 1973, P. Ramlee kembali ke rahmatullah akibat serangan sakit jantung. Pada ketika itu, arwah berumur 44 tahun . Jenazah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, KL. Ketika hidup, siapa2x pun tak hiraukan dia. Bila tiada barulah nak diingat2x...Ketika arwah meninggal dunia, hanya beberapa orang saja yang berada di kediaman beliau iaitu, Saloma, Nasir, Pembantu rumah. Arwah ada berpesan kepada Saloma yang beliau xmahu diziarahi oleh para media serta rakan-rakan artis sekiranya beliau tiada lagi.. Mungkin sbb media yang menyebabkan beliau susah, hingga hidup melarat di KL. Semasa  arwah meninggal, saloma mmg xda duit langsung untuk nak uruskan jenazah arwah. Sadis sungguhlah aku tgk dokumentari tu, sampai menitis air mata.  Tapi ada seorang kawan arwah yang murah hati memberikan wang sebanyak rm3k kepada saloma untuk menguruskan pengkebumian tersebut.

Semasa hayat arwah di KL, arwah mmg xramai kawan. Pada ketika tu, media memboikot beliau kerana hasil filem yang teruk & tidak bermutu. Saloma pula risau sekiranya xda siapa yang nak bantu untuk uruskan jenazah arwah. Tapi Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah & Maha Mengasihani. Ketika arwah meninggal dunia, ramai yang membantu...kawasan rumah serta tanah perkuburan di penuhi dgn org2x yang menziarahi beliau..Pada tahun 1983, Saloma pula meninggal dunia kerana sakit kuning.

p/s : P. Ramlee jatuh cos of timing, zaman 50an dan awal 60an he was successful cos dia menaikkan ciri2 melayu dlm lagu dan filem, malangnya penghujung 60an, dunia berubah, angin barat telah melanda seluruh dunia, taste manusia pun dah berubah. Aku kagum dia arwah sbb beliau xda pendidikan muzik etc tapi boleh belajar sendiri hingga jadi sgt terkenal.

suka dgr explanation P. Ramlee pasal kekosongan jiwa manusia akan dipenuhi dgn budaya  lain jika tidak di isi dgn budaya sendiri- Zaman sekarang pun kita dah Nampak, lagu2 barat di puja2.lagu2x lama mcm ghazal, zapin etc kurang dah diminati..Kalau jumpa pun masa kat kenduri kawin.

juga apa yg ahmad nawab ckp pasal karya2 pramlee tidak boleh dimodenkan seperti mana yang berlaku sekarang. Habis punah lagu P.Ramlee diorang ubah.

Paling kesian, bila nasir ckp harta intellect P. Ramlee dimiliki seluruhnya oleh shaw brothers. (Mmg celakalah company nie. Dahlah ko kaut untung juta2 dari hasil org lain, pastu xmau bagi royalty kat waris dia. Kesian kat waris-waris dia, hidup susah....) nasib ada kumpulan2 yg berjuang untuk mendapat balik lagu2 P. Ramlee, Kalau tak, xdalah kita dgr lagu2x arwah serta filem2 yang ditayangkan di stesen tv sekarang nie@ senang citer pupus dari muka bumi Malaysia...

Al-Fatiha buat arwah P. Ramlee and Saloma.. Semoga karya beliau dikenang buat selama-lamanya. Pada rakan-rakan arwah yang pernah menjatuhkan beliau, semoga Tuhan membalasnya kepada kamu & keturunan kamu. 

0 comments :

Post a Comment