Kamu-kamu Yang Comel

Sunday, November 21, 2010

Hari Terakhir di Kampung

Hari nie hari terakhir berada kat kampung...En. suami bagitahu kitaorang akan bertolak dari kampung ke KL dalam pukul 2.30 petang. Ok gak tu, sempat lagi makan tengahari dan solat zohor dulu...dalam kul 11.00 pagi tu, kami pergi ke bandar dulu. Beli makanan ringan & air kotak untuk makan-makan kat dalam kereta nanti. Kali nie kami shopping kat Tunas Manja je sebabnya barang-barang kat sana murah sikit compare dengan kedai lain. Selalunya kami singgah beli kat stesen minyak je tapi harga barang-barang kat sana mcm mahalla pulak (baru sekarang perasan mahal)

Lepas makan tengahari and solat Zohor, En. Suami, Aku, Anis & Adik ipar aku pun bertolak ke KL..Tapi sebelum tu,  kami singgah beli keropok lekor dan sata kat sepanjang laluan selepas cherating tu (lupa pulak nama tempat tu)....Sepanjang perjalanan dari KMN sehingga Temerloh jalan taklah sesak..Tapi bila dah masuk tol Bentong, kereta dah mula slow mcm kura-kura...kat highway yang menuju ke puncak bukit pun dah mcm semut merah je ( aku panggil semut merah sebab setiap kereta yang ada kat atas bukit tu mesti lampu brek diorang menyala...so, bila banyak kereta, berbarislah semut-semut merah yang menunggu giliran nak panjat bukit tu, ehehehe)

Sampai KL dalam pukul 10.30 Malam...7 jam duduk dalam kereta. Sampai Anis pun asik buat perangai jek. Mungkin si Anis ni dah bosan sebab duduk lama sgt dalam kereta. Sekejap nak kedepan, sekejap nak kebelakang. Pastu menjerit, menangis bagai-bagai..Bosan nyer melayan budak kecik tu kalau dia buat perangai.. Sekarang nie, kalau buat perangai mesti menjeritt..aduhaiii, letihnya mama nak jaga kau wahai ANIS. Nasib baik esok mama & papa cuti..Kalau tak, mahu mama ko ni magrain sekejap, hehehe....

Oklah, perut dah lapar...nak g makan sata  J

0 comments :

Post a Comment