Kamu-kamu Yang Comel

Friday, November 26, 2010

Gulai Ayam Makcik Ani

Korang ingat lagi tak pasal cerita gulai daging marvelous yang kitaorang makan kat kampung aritu?..Kalau ada yang tak berapa ingat pasal cerita tu boleh baca entry Aktiviti sepanjang berada di kampung. Baru-baru nie minta resepi gulai daripada adik ipar yang rajin dan pandai memasak macam maknya. Kadang-kadang, some dish yang dia  masak lagi sedap daripada maknya..SERIUS!! tak tipu...Kalau ada kelapangan masa esok, ingat nak cuba masak resepi yang dia bagi sebab masih terbayang-bayangkan gulai daging/ayam/ikan my MIL yang sedap tu... 

Serch by google

Bahan-bahan:-
-          Ayam (Bahan utama)
-          Santan
-          Bawang merah & bawang putih (dikisar)
-          Lengkuas  & halia * (dikisar)
-          Asam Keping
-          Sedikit perasa
-          1 sudu Rempah Gulai Cap Ros
-          ½ sudu Rempah Masak Cap Ros
-     Sedikit kerisik 
-          Garam secukup rasa

Cara-Cara:
Tumis Cili sehingga masak. Kemudian masukan bawang merah, bawang putih, lengkuas yang dikisar, bersama-sama dengan serbuk rempah gulai dan rempah masak . Tumis sehingga pecah minyak@ rempah tadi tu masak sepenuhnya. Masukan ayam dan kentang dan dibiarkan sehingga ayam tadi masak dan kentang empuk. Masukan sedikit air dan asam keping. Akhir sekali, masukan santan kelapa serta sedikit perasa. Dibiarkan sehingga mendidih. Siap untuk dimakan.

P/s : Untuk memasak gulai daging dan gulai ikan, bahan-bahan serta cara-cara memasak adalah sama. Cuma bahan utama sahaja ditukar mengikut resepi yang nak dimasak. 

0 comments :

Post a Comment