Kamu-kamu Yang Comel

Friday, November 26, 2010

Ekspo MAHA 2010


Arini berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA. Di anjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekuatuan, FAMA dan ditaja oleh Kementerian Pertanian & Asas Tani Malaysia.

Untuk makluman semua, ekspo MAHA 2010 nie diadakan setiap 2 tahun sekali dan disertai oleh negara-negara luar seperti Jepun, Belanda, Australia, dll yang terlibat dalam pertanian. Last time pergi ke ekspo MAHA nie masa mengandungkan Anis pada tahun 2008.. Nasib baiklah larat lagi berjalan. Maklumlah ekspo nie besar. So, banyak booth yang nak dilawati. Sampai kejang-kejang kaki lah masa tu, huhuhu.

Yang bestnya semasa ekspo nie berlangsung, kita boleh belajar teknologi pertanian yang digunakan oleh negara lain. Selain daripada tu, boleh shopping-shopping produk-produk tempatan yang dijual kat ekspo ni.. Antara barangan yang dijual seperti buah-buahan tempatan, barangan IKS, binatang ternakan, ubat-ubatan dan macam-macam lagi...

2 tahun lepas, aku, hubby & fad beli keropok-keropok, jus rosell (sedap sangat & harganya pun murah. 3 botol RM10), pastu borong nata de coco dan macam-macam lagilah..hehehe... Tapi yang pasti hajat aku nak tengok binatang ternakan mcm lembu baka luar negara tu dan kambing-kambing boer yang comel tu xkesampaian. Booth binatang ternakan tu kami xjumpa cari. Lagipun, masa tu cuaca panas terik gila-gila babaslah...Dahlah xbawak payung,huhuhu...Aku nasihatkan kepada korang yang nak turut serta ke ekspo MAHA 2010 nanti bawalah payung, air minuman, sun glasses etc..Kalau yang bawa baby tu, jangan lupa bawa sekali stroller and fan sekali..Kalau tak, kesianlah nanti baby korang kepanasan

Untuk taukeh-taukeh kambing & lembu yang nak beli binatang ternakan baka luar negara nie bolehlah datang ke ekspo MAHA yang berlangsung 26/12/2010 hingga 5/12/2010. Harga yang ditawarkan pun berpatutan (sempat pulak buat iklan, hahaha)

Oklah, rasa macam dah terlebih panjang menulis pulak..Jom kita pergi ekspo MAHA esok..

Tarikh : 26/11/2010 hingga 5/12/2010
Masa : 10 Pagi hingga 10 Malam
Tempat : Taman Ekspo Petanian Malaysia, Serdang (MAEPS)

0 comments :

Post a Comment