Kamu-kamu Yang Comel

Monday, November 15, 2010

Ampaian Kain Baju Rumah Aku Sudah Jadi Kontroversi

Entry kali nie nak buat luahan perasaan yang dah terbuku lama nie, huhuhu.....nie pasal ampaian kain yang menjadi rebutan antara aku dgn jiran sebelah rumah yg ada masalah mental dan bersikap kurang ajar.

Acctually, aku and hubby dah 3 tahun tinggal kat rumah. Rumah pun dekat dgn office (dalam 30min perjalanan). 1st year menghuni rumah nie rasanya dah ada masalah. Nak tahu, baca Entry   Jiran Yang Hampehh.. Sejak awal tahun nie, jiran sebelah rumah aku nie semakin menjadi2x perangai buruknya. Boleh tak ari2x diorg sidai pakaian diorg tu kat ampaian rumah aku. Aku nie dahlah ada anak kecik. Baju pulak menimbun2x...bila pagi2x nak sidai baju kat luar, tgk ampaian dah penuhh..sakit hati betulah mcm nie.

Kalau hari2x bekerja tu xpelah kalau diorang tu nak sidai baju2x diorg tu. Masa tu mmg aku dgn hubby kuar bekerja. Tapi kalau hari sabtu dgn Ahad pun korang nak sebat jugak, dah melampau sgt2x nie.

Paling aku xpuas hati, diorg nie start buat kerja menyidai baju kat ampaian aku time tgh2x malam .Dalam kul 12.00 tgh malam..kadang2 dalam kul 2-3 pagi pun ada.. Giler apa diorang nie sidai baju mlm2 buta????. Dahlah korang sidai dari tgh malam, sampai ke kepetang esoknya baru korang nak angkat pakaian korang, APA CITER NIE!!!

Semlm ingat  nak tegur dirg, tapi hubby xbagi. Katanya kita pun menumpang mangkuk Astro kat tempat sidaian diorg. SO WHATTT!!! Bukan kita je yg tumpang, ada 4 orang lagi yg tumpang sekali ok..so,xboleh nak tegur ke. Kalau dah menumpang, buat cara menumpang. Mana perginya budi pekerti and adab sopan korang yang berbangsa melayu tu...Mak bapak dorang pun sama 2x5 jugak. Dah tahu anak tu buat salah, tegurlah..ni diorang pun join sekali...HANCUR!! HANCUR!! Aku betul2x xpaham dgn bangsa aku sendiri. Buruk betul perangai. Aku rasa bangsa lain yang makan babi tu pun ada jugak budi pekerti.

Dalam masa yg sama, aku terfikir beberapa penyelesaian untuk kemelut perebutan ampaian pakaian aku yg menjadi kontroversi tu..antaranya adalah:-
1)      Tolong angkatkan pakaian diorg tu and letak kat depan pintu serta letak note sket kat pakaian diorg tu.
2)      Tegur elok2x kat diorg pasal masalah yang aku and hubby tengah alami..
3)      Buat alternative lain dgn buat ampaian lain kat kawasan rumah aku
4)      Alihkan piring Astro tu ketempat lain. Agak jauh jugak ler maybe kos pun RM100++
5)      Potong tali2 ampaian serta besi penyangkuk ampaian tu sekali. Biar 2-2 pihak xdapat sidai baju.

Ermmm, ingat nak try dulu penyelesaian yang bernombor 1....balik nie, nak standby kotak besar..dah booking pun dgn budak stor kat office nie.Nak buat letak pakaian org sebelah.. Kalau diorg xreti2 nak angkat pakaian, meh aku tolong angkat kan..siap parking kat depan pintu korang lagi. F.O.C. 

p/s: Kalau korang ada pendapat yang bernas, bolehlah bagitahu kat saya ye..pendapat korang amatlah saya hargai, tqvm



3 comments :

  1. kelakar la liana nie...cam nie la cdangan sue...liana blk ejer tolong angkat baju diorg n liana sidai la baju liana byk2...ala mesti diaorg tak berani nk kata aper...liana ada hak kt kwsan liana...sabar yer mama

    ReplyDelete
  2. xreti nak buat mcmner.. takut bergaduh pulak nanti..Xpasal-pasal bergaduh mcm kes astro tu pulak..buat malu jek..Apa2x pun thanks sbb bagi idea kat liana

    ReplyDelete
  3. pada pendapat saya, baik akak tulis note dan masukkan dalam peti surat dia. cakap secara lemah lembut tapi penuh dengan ketegasan.. paling penting ucapkan kata2 maaf n katakan akak serba salah memandangkan kita berjiran dan akak pun nak pakai ampaian itu. mungkin dengan rasa sebegitu dia sedar. kalo dia ungkit tentang piring astro akak, akak ucapkan kata2 maaf juga sebab terpaksa menumpang kawasan umah dia, tapi kalo dia mengungkit.. jalan terbaik akak terpaksala kuarkan modal cikit tok ubah piring itu sekaligus senangla akak leh kata ampaian baju pun xleh tumpang..:) hanya pendapat je.. maaf ye menganjar pulak..

    ReplyDelete