Kamu-kamu Yang Comel

Friday, November 26, 2010

Ekspo MAHA 2010


Arini berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA. Di anjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekuatuan, FAMA dan ditaja oleh Kementerian Pertanian & Asas Tani Malaysia.

Untuk makluman semua, ekspo MAHA 2010 nie diadakan setiap 2 tahun sekali dan disertai oleh negara-negara luar seperti Jepun, Belanda, Australia, dll yang terlibat dalam pertanian. Last time pergi ke ekspo MAHA nie masa mengandungkan Anis pada tahun 2008.. Nasib baiklah larat lagi berjalan. Maklumlah ekspo nie besar. So, banyak booth yang nak dilawati. Sampai kejang-kejang kaki lah masa tu, huhuhu.

Yang bestnya semasa ekspo nie berlangsung, kita boleh belajar teknologi pertanian yang digunakan oleh negara lain. Selain daripada tu, boleh shopping-shopping produk-produk tempatan yang dijual kat ekspo ni.. Antara barangan yang dijual seperti buah-buahan tempatan, barangan IKS, binatang ternakan, ubat-ubatan dan macam-macam lagi...

2 tahun lepas, aku, hubby & fad beli keropok-keropok, jus rosell (sedap sangat & harganya pun murah. 3 botol RM10), pastu borong nata de coco dan macam-macam lagilah..hehehe... Tapi yang pasti hajat aku nak tengok binatang ternakan mcm lembu baka luar negara tu dan kambing-kambing boer yang comel tu xkesampaian. Booth binatang ternakan tu kami xjumpa cari. Lagipun, masa tu cuaca panas terik gila-gila babaslah...Dahlah xbawak payung,huhuhu...Aku nasihatkan kepada korang yang nak turut serta ke ekspo MAHA 2010 nanti bawalah payung, air minuman, sun glasses etc..Kalau yang bawa baby tu, jangan lupa bawa sekali stroller and fan sekali..Kalau tak, kesianlah nanti baby korang kepanasan

Untuk taukeh-taukeh kambing & lembu yang nak beli binatang ternakan baka luar negara nie bolehlah datang ke ekspo MAHA yang berlangsung 26/12/2010 hingga 5/12/2010. Harga yang ditawarkan pun berpatutan (sempat pulak buat iklan, hahaha)

Oklah, rasa macam dah terlebih panjang menulis pulak..Jom kita pergi ekspo MAHA esok..

Tarikh : 26/11/2010 hingga 5/12/2010
Masa : 10 Pagi hingga 10 Malam
Tempat : Taman Ekspo Petanian Malaysia, Serdang (MAEPS)

Gulai Ayam Makcik Ani

Korang ingat lagi tak pasal cerita gulai daging marvelous yang kitaorang makan kat kampung aritu?..Kalau ada yang tak berapa ingat pasal cerita tu boleh baca entry Aktiviti sepanjang berada di kampung. Baru-baru nie minta resepi gulai daripada adik ipar yang rajin dan pandai memasak macam maknya. Kadang-kadang, some dish yang dia  masak lagi sedap daripada maknya..SERIUS!! tak tipu...Kalau ada kelapangan masa esok, ingat nak cuba masak resepi yang dia bagi sebab masih terbayang-bayangkan gulai daging/ayam/ikan my MIL yang sedap tu... 

Serch by google

Bahan-bahan:-
-          Ayam (Bahan utama)
-          Santan
-          Bawang merah & bawang putih (dikisar)
-          Lengkuas  & halia * (dikisar)
-          Asam Keping
-          Sedikit perasa
-          1 sudu Rempah Gulai Cap Ros
-          ½ sudu Rempah Masak Cap Ros
-     Sedikit kerisik 
-          Garam secukup rasa

Cara-Cara:
Tumis Cili sehingga masak. Kemudian masukan bawang merah, bawang putih, lengkuas yang dikisar, bersama-sama dengan serbuk rempah gulai dan rempah masak . Tumis sehingga pecah minyak@ rempah tadi tu masak sepenuhnya. Masukan ayam dan kentang dan dibiarkan sehingga ayam tadi masak dan kentang empuk. Masukan sedikit air dan asam keping. Akhir sekali, masukan santan kelapa serta sedikit perasa. Dibiarkan sehingga mendidih. Siap untuk dimakan.

P/s : Untuk memasak gulai daging dan gulai ikan, bahan-bahan serta cara-cara memasak adalah sama. Cuma bahan utama sahaja ditukar mengikut resepi yang nak dimasak. 

Thursday, November 25, 2010

Himpunan Nama-Nama Bayi (Special Edition)


Atas permintaan daripada mawarputih yang sedang mabuk-mabuk mengandungkan anaknya yang ke-2, aku pun dengan gigihnya mencari balik e-book yang pernah aku beli dari blog babymuslim.com. dengan harga RM **.  Pada bakal-bakal ibu di luar sana yang tengah pening-pening nak cari nama bakal anak yang akan dilahirkan tak lama lagi, korang bolehlah download kat ikon Himpunan Nama-Nama Bayi disebelah kiri front page blog nie.



Buat mawarputih, sorry tak dapat nak emailkan e-book tu kat email awak..saiz e-book tu sangat besar..Tak lepas nak send email :-D

Sharing Is Caring (^_^) 


Wednesday, November 24, 2010

Tiba-Tiba Jadi Busylah Pulak

Sejak pagi tadi xsempat nak mengupdate blog..Banyak sangat kerja yang nak di selesaikan..semuanya urgent belaka,, BENCI!!! Hari nie aku buat kerja dah serupa mcm tangan sotong paul je, hahaha.. Kan bagus kalau ada asst. seorang. Taklah aku stress sangat buat kerja. Time sekarang nie baru boleh bermanja-manjaan dengan blog comel aku ni :-D...Harap-haraplah xda orang kacau sampai pukul 5.00 ptg nanti..

Tuesday, November 23, 2010

Hari nie dah start kerja...Bosannye

Hari nie dah start kerja...Bosannye. Dah boleh imagine kerja apa yang kena buat nanti. Boleh tak aku nak cuti panjang..Nak duduk rumah jaga Anis. Nak kemas-kemas rumah, nak belajar masak masakan yang sedap-sedap..Dalam masa yang sama boleh bagi tumpuan 100% pada kerja yang pernah aku buat dulu....Kalau aku bekerja ni, mmg tak ada masa. Sampai kat rumah pun dah 7.30 malam +++. Rumah pun mcm kapal pecah...Sempat kemas pada cuti hujung minggu sahaja. Bestnya kalau impian menjadi kenyataan, hahaha.....

Sunday, November 21, 2010

Hari Terakhir di Kampung

Hari nie hari terakhir berada kat kampung...En. suami bagitahu kitaorang akan bertolak dari kampung ke KL dalam pukul 2.30 petang. Ok gak tu, sempat lagi makan tengahari dan solat zohor dulu...dalam kul 11.00 pagi tu, kami pergi ke bandar dulu. Beli makanan ringan & air kotak untuk makan-makan kat dalam kereta nanti. Kali nie kami shopping kat Tunas Manja je sebabnya barang-barang kat sana murah sikit compare dengan kedai lain. Selalunya kami singgah beli kat stesen minyak je tapi harga barang-barang kat sana mcm mahalla pulak (baru sekarang perasan mahal)

Lepas makan tengahari and solat Zohor, En. Suami, Aku, Anis & Adik ipar aku pun bertolak ke KL..Tapi sebelum tu,  kami singgah beli keropok lekor dan sata kat sepanjang laluan selepas cherating tu (lupa pulak nama tempat tu)....Sepanjang perjalanan dari KMN sehingga Temerloh jalan taklah sesak..Tapi bila dah masuk tol Bentong, kereta dah mula slow mcm kura-kura...kat highway yang menuju ke puncak bukit pun dah mcm semut merah je ( aku panggil semut merah sebab setiap kereta yang ada kat atas bukit tu mesti lampu brek diorang menyala...so, bila banyak kereta, berbarislah semut-semut merah yang menunggu giliran nak panjat bukit tu, ehehehe)

Sampai KL dalam pukul 10.30 Malam...7 jam duduk dalam kereta. Sampai Anis pun asik buat perangai jek. Mungkin si Anis ni dah bosan sebab duduk lama sgt dalam kereta. Sekejap nak kedepan, sekejap nak kebelakang. Pastu menjerit, menangis bagai-bagai..Bosan nyer melayan budak kecik tu kalau dia buat perangai.. Sekarang nie, kalau buat perangai mesti menjeritt..aduhaiii, letihnya mama nak jaga kau wahai ANIS. Nasib baik esok mama & papa cuti..Kalau tak, mahu mama ko ni magrain sekejap, hehehe....

Oklah, perut dah lapar...nak g makan sata  J

Saturday, November 20, 2010

Aktiviti Sepanjang Berada di Kampung

Pagi nie kena bertolak dari KL ke KMN... Janji nak bertolak awal2x pagi tapi tiap-tiap t ahun mmg akan bertolak dalam kul 12.00 tgh or 2.00 petang.. Memang janji melayu betulah, hahaha....Tapi yang bestnya kat highway mmg xbyk kenderaan. So jalan clear je, tak jam mcm 1 day before raya... kitaorang ingat, pas ni kalau nak balik kg kena balik selepas raya lah boleh tak??? Hehehe...Kali nie En. Suami drive direct  non-stop kat RNR pun sebabnya Cik Anis pun masih tidur.  Kali nie punya perjalanan ambil masa 5 jam saje...sampai kat rumah MIL pukul 6petang +++.. tu pun dah siap singgah kat beberapa pasaraya kat Bandar sebab nak cari ubat nyamuk Anis yang kehabisan.

Aktiviti kat kampung nie biasa-biasa je. Sama mcm aktiviti seharian kat rumah sendiri di KL...Tapi rilex sikit sebab kat kampung adik ipar ramai yang rajin melayan Anis. Diorang pun seronok melayan telatah Anis yang suka sebut ‘ tataaaaa’  sambil melambai tangan. Nak pergi mandi pun ‘tataaaa’ gak, hahaha.... Kalau kat rumah sendiri ada aku, En. Suami & Anis je..So, Anis pun dah boring tengok muka kami berdua ni sampai makan pun dah tak lalu dah...Kadang-kadang tu seharian tak makan nasi, asik makan benda-benda mengarut mcm biskut, roti, keropok. Nasib baiklah anak aku jenis kuat minum susu, kalau ikut mcm sepupu dia kat kampung tu mahu kurus kering anak aku agaknya ;-)

Antara aktiviti sepanjang 3 hari setengah di kampung:-

Hari Pertama:- 
9.00 - 10.00 pagi - Bangun Pagi
                           - Sarapan Pagi
                            -Mandi

11.00 pagi - Berborak dengan adik-adik ipar sambil baca surat khabar
1.00 Tgh - Makan Tengahari
               - Solat Zohor
               - Playing PS
               - Tidur

3.00 – 5.00 Petang - Minum Petang
                               - Solat Asar
                               - Playing PS2

6.00 – 7.30 malam - Mandi
                              - Solat Maghrib
                              - Watching TV ect

8.00 - 11.30 malam - Makan Malam
                                - Watching tv
                                - Tidur







p/s: kalau hari-hari mcm nie, boleh gemuk makcik,  hehehe..Ohh,ya..MIL punya gulai daging sangat marvelous..Kalah gulai kawah kat Anis Puteri Corner..Sampai sekarang xpuas makan gulai tu tau....

Wednesday, November 17, 2010

Kisah Hari Raya Korban 2010

Pukul 9.30 malam barulah terkedek-kedek nak sediakan bahan-bahan untuk masak rendang ayam, kuah lodeh, & sambal ikan bilis. Nasi impit aku dah rebus pukul 8.30 mlm tadi..Harap-haraplah resepi rendang ayam aku kali nie menjadi....2 tahun lepas punya rendang ayam rasanya sangat2x hampehhh...sampai sakit perut keesokan harinya..lupa lak nak citer, otw balik kerja tadi, kitaorang menjelajah seluruh taman perumahan tempat kitaorang nie semata-mata nak beli santan..bayangkan mlm nie nak masak rendang tapi santan pulak habis..lastly, dapat gak aku beli santan kat satu kedai borong santan kat area Taman Medan.Tu pun ada seorang hamba allah yang baik hati yang tunjukan aku direction kedai santan tu.. Punya lah jauh mencari santan, hehehe...

Kali nie, nak try masak sungguh2x.Tapi sebelum tu, kena hafal dulu resepi rendang ayam mat gebu, hahaha....punyalah gigih aku masak rendang ni, nak dekat pukul 2 pagi baru siap,huhuhu.... Tapi kali nie aku masak sedap tau. Bukan masuk bakul angkat sendiri ye, tapi adik-adik aku yg rasa rendang nie yg kata sedap..En. suami pun kata tahun nie punya rendang sedap compare 2 years ago..wahhh, kembang lobang hidung aku sekejappp....Apa-apa pun, thanks alot to mat gebu.. Lepas nie, bolehlah nak try masakan lain pulak.

Masa masak rendang tu, lupa lak nak snap pict coz pada waktu rendang tu dah siap masak pun pukul 2 pagi..Dan aku pun bukanlah jenis berani nak duduk sorang2x kat dapur tu..Dahlah dgr bunyi-bunyian yang menyeramkan. Pagi keesokannya pulak, bangun pukul 8.00pagi..Tu pun En. suami dah bising sebabnya kami kena bertolak ke rumah mak & abah untuk mengikuti acara korban...Apa2x pun, aku & suami sempat sampai kat sana sebelum lembu meon kami tu kena sembelih.

p/s: Meon sangat baik. Bila time dia nak kena sembelih, dia dgn rela hati merebahkan badan dia kat tanah..Puas orang masjid pujuk suruh dia bangun, xmahu bangunlah pulak..last-last meon tu kena angkat naik kat atas trolly, hehehe....Bertuah En Makzin dapat si Meon yang baik and xmeronta2 pun....

Sejarah Korban


17 November 2010 merupakan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh seluruh umat islam diseluruh dunia. Hari Raya Aidiladha atau Hari raya Korban disambut bagi memperingati kisah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s pada anaknya Nabi Ismail a.s dimana Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Tatkala ketika itu mereka dipertemukan setelah sekian lama mereka terpisah. Pada awalnya, Nabi Ibrahim agak keberatan untuk melaksanakan arahan tersebut, tetapi nabi Ismail yang masih kecil tu memujuk ayahnya untuk menyegerakan arahan allah tersebut....
Walaubagaimanapun, allah s.wt telah menukarkan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas..
Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Esok dah nak raya Aidiladha dah..Semua org dah sibuk cuti and half day arini. Cuma aku and beberapa kerat jek yang ada kat sini..En. suami pulak ada kerja nak di bereskan sebelum bercuti selama 5 hari. Kalau xda kerja, kompom aku ajak dia balik awal harini, hehehe....Ingat balik nie nak masak nasi impit, rendang ayam, ,kuah lodeh dgn sambal ikan bilis untuk hidangan hari raya esok. Lagipun, tekak nie teringin nak makan lauk pauk tu semua . (kes xpuas makan masa raya puasa aritu kot, hehehe)..Walaupun En. Suami kata xpayah susah2 nak masak coz kita boleh makan kat umah mak je, tapi kali nie isteri kamu ni nak try masak sendiri.. Terharu x En.suami??? hahahaha....

Kali nie 1st day hari raya, berkampung kat rumah mak@area kl nie jek...Sebabnyer tahun nie abah niat nak buat korban untuk kami anak beranak, menantu serta cucu...So, mlm nie tugas Anis kena charge bateri kamera penuh2 coz esok byk sence nak di capture, hehehe.....2nd day pulak, nak bertolak ke kampung suami yang kat sinun tu.

Oklah, nak kemas2 workstation coz tempat aku nie agak bersepah dengan fail2. Lagipun minggu depan ada audit 5S..tataaaa!!!

Monday, November 15, 2010

Ampaian Kain Baju Rumah Aku Sudah Jadi Kontroversi

Entry kali nie nak buat luahan perasaan yang dah terbuku lama nie, huhuhu.....nie pasal ampaian kain yang menjadi rebutan antara aku dgn jiran sebelah rumah yg ada masalah mental dan bersikap kurang ajar.

Acctually, aku and hubby dah 3 tahun tinggal kat rumah. Rumah pun dekat dgn office (dalam 30min perjalanan). 1st year menghuni rumah nie rasanya dah ada masalah. Nak tahu, baca Entry   Jiran Yang Hampehh.. Sejak awal tahun nie, jiran sebelah rumah aku nie semakin menjadi2x perangai buruknya. Boleh tak ari2x diorg sidai pakaian diorg tu kat ampaian rumah aku. Aku nie dahlah ada anak kecik. Baju pulak menimbun2x...bila pagi2x nak sidai baju kat luar, tgk ampaian dah penuhh..sakit hati betulah mcm nie.

Kalau hari2x bekerja tu xpelah kalau diorang tu nak sidai baju2x diorg tu. Masa tu mmg aku dgn hubby kuar bekerja. Tapi kalau hari sabtu dgn Ahad pun korang nak sebat jugak, dah melampau sgt2x nie.

Paling aku xpuas hati, diorg nie start buat kerja menyidai baju kat ampaian aku time tgh2x malam .Dalam kul 12.00 tgh malam..kadang2 dalam kul 2-3 pagi pun ada.. Giler apa diorang nie sidai baju mlm2 buta????. Dahlah korang sidai dari tgh malam, sampai ke kepetang esoknya baru korang nak angkat pakaian korang, APA CITER NIE!!!

Semlm ingat  nak tegur dirg, tapi hubby xbagi. Katanya kita pun menumpang mangkuk Astro kat tempat sidaian diorg. SO WHATTT!!! Bukan kita je yg tumpang, ada 4 orang lagi yg tumpang sekali ok..so,xboleh nak tegur ke. Kalau dah menumpang, buat cara menumpang. Mana perginya budi pekerti and adab sopan korang yang berbangsa melayu tu...Mak bapak dorang pun sama 2x5 jugak. Dah tahu anak tu buat salah, tegurlah..ni diorang pun join sekali...HANCUR!! HANCUR!! Aku betul2x xpaham dgn bangsa aku sendiri. Buruk betul perangai. Aku rasa bangsa lain yang makan babi tu pun ada jugak budi pekerti.

Dalam masa yg sama, aku terfikir beberapa penyelesaian untuk kemelut perebutan ampaian pakaian aku yg menjadi kontroversi tu..antaranya adalah:-
1)      Tolong angkatkan pakaian diorg tu and letak kat depan pintu serta letak note sket kat pakaian diorg tu.
2)      Tegur elok2x kat diorg pasal masalah yang aku and hubby tengah alami..
3)      Buat alternative lain dgn buat ampaian lain kat kawasan rumah aku
4)      Alihkan piring Astro tu ketempat lain. Agak jauh jugak ler maybe kos pun RM100++
5)      Potong tali2 ampaian serta besi penyangkuk ampaian tu sekali. Biar 2-2 pihak xdapat sidai baju.

Ermmm, ingat nak try dulu penyelesaian yang bernombor 1....balik nie, nak standby kotak besar..dah booking pun dgn budak stor kat office nie.Nak buat letak pakaian org sebelah.. Kalau diorg xreti2 nak angkat pakaian, meh aku tolong angkat kan..siap parking kat depan pintu korang lagi. F.O.C. 

p/s: Kalau korang ada pendapat yang bernas, bolehlah bagitahu kat saya ye..pendapat korang amatlah saya hargai, tqvm



Cara Mandi Wajib Yang Betul

Search by Google


Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Besarnya Makna Doa - Duduk Antara 2 Sujud


Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Sunday, November 14, 2010

Puding Roti

Search by Google

Masa kat awana genting, 1st time dapat makan puding roti yang paling sedap didunia.... sampai aku, en. A and the geng menambah 2 kali, hehehe...Masa bulan Julai aritu try jugak makan puding nie kat salah sebuah hotel kat Melaka (masa tu atas urusan kerja, terpaksalah ikut walaupun kru dah ramai sgt. Nak buat mcmner, saya ikut perintah je) tapi rasanya kureng sketlah.Sos kastardnya pulak manis sgt2x..so, kali nie nak try buat sendiri puding roti nie. Godeh-punya godeh, dapat 1 resepi nie dari surat kabar metro keluaran 10hb November 2010.

Jom kita try masak puding roti nie ;-)

Bahan-bahan
3 cawan susu segar
3 biji telur
3/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar gula kasar
1 buku roti gardenia (terpulang sama ada roti putih @ whole meal)
Sedikit kismis untuk hiasan


Bahan untuk sos kastard vanila
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung kastard (saya gunakan jenama bird kastard)
sedikit garam


Cara-cara utuk membuat sos kastard vanilla:
Campurkan gula, susu cair, air, tepung kastard, garam dan esen vanila ke dalam kuali. Bahan hendaklah kerap dikacau untuk mengelakannya hangus. kacau sehingga menjadi pekat.

1 Buku roti dipotong kecil2. bahagan tepi roti juga dibuang. Masukan 3 biji telur , susu, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas bancuhan dan dikacau sehingga sebati. kemudian roti yang dipotong kecil2 tadi dimasukan kedalam bancuhan dan dibiarkan beberapa minit. 

Aduanan tadi dimasukan kedalam loyang dan diratakan. Kemudian, di taburkan kismis di bahagian atas. Adunan tadi di bakar pada suhu 160 darjah celcius dalam ketuhar selama 40 hingga 50 minit @ sehingga ia naik.

Last sekali, puding yang telah siap dimasak dicurahkan dengan sos kastard vanila.

Selamat Mencuba!!!!!






Friday, November 12, 2010

Remember these keys when ur mouse is not working this is very helpful.
 General keyboard shortcuts
 * CTRL+C (Copy)
* CTRL+X (Cut)
* CTRL+V (Paste)
* CTRL+Z (Undo)
* DELETE (Delete)
* SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
* CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
* CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
* F2 key (Rename the selected item)
* CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
* CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
* CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
* CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
* CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
* SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
* CTRL+A (Select all)
* F3 key (Search for a file or a folder)
* ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
* ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
* ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
* ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
* CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
* ALT+TAB (Switch between the open items)
* ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
* F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
* F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
* SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
* ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
* CTRL+ESC (Display the Start menu)
* ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
* Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
* F10 key (Activate the menu bar in the active program)
* RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
* LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
* F5 key (Update the active window)
* BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
* ESC (Cancel the current task)
* SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
* CTRL+SHIFT+ESC (Open Task Manager)



 Dialog box keyboard shortcuts
 If you press SHIFT+F8 in extended selection list boxes, you enable extended selection mode. In this mode, you can use an arrow key to move a cursor without changing the selection. You can press CTRL+SPACEBAR or SHIFT+SPACEBAR to adjust the selection. To cancel extended selection mode, press SHIFT+F8 again. Extended selection mode cancels itself when you move the focus to another control.
 * CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
* CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
* TAB (Move forward through the options)
* SHIFT+TAB (Move backward through the options)
* ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
* ENTER (Perform the command for the active option or button)
* SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
* Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
* F1 key (Display Help)
* F4 key (Display the items in the active list)
* BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)



 Microsoft natural keyboard shortcuts
 * Windows Logo (Display or hide the Start menu)
* Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
* Windows Logo+D (Display the desktop)
* Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
* Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
* Windows Logo+E (Open My Computer)
* Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
* CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
* Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
* Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
* Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
* Windows Logo+U (Open Utility Manager)



 Accessibility keyboard shortcuts
 * Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
* Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
* Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
* SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
* NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
* Windows Logo +U (Open Utility Manager)



 Windows Explorer keyboard shortcuts
 * END (Display the bottom of the active window)
* HOME (Display the top of the active window)
* NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
* NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
* NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
* LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
* RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)



 Shortcut keys for Character Map
 After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
 * RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
* LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
* UP ARROW (Move up one row)
* DOWN ARROW (Move down one row)
* PAGE UP (Move up one screen at a time)
* PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
* HOME (Move to the beginning of the line)
* END (Move to the end of the line)
* CTRL+HOME (Move to the first character)
* CTRL+END (Move to the last character)
* SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)



Microsoft Management Console (MMC) main window keyboard shortcuts

* CTRL+O (Open a saved console)
* CTRL+N (Open a new console)
* CTRL+S (Save the open console)
* CTRL+M (Add or remove a console item)
* CTRL+W (Open a new window)
* F5 key (Update the content of all console windows)
* ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
* ALT+F4 (Close the console)
* ALT+A (Display the Action menu)
* ALT+V (Display the View menu)
* ALT+F (Display the File menu)
* ALT+O (Display the Favorites menu)



MMC console window keyboard shortcuts

 * CTRL+P (Print the current page or active pane)
* ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
* SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
* F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
* F5 key (Update the content of all console windows)
* CTRL+F10 (Maximize the active console window)
* CTRL+F5 (Restore the active console window)
* ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
* F2 key (Rename the selected item)
* CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)



Remote desktop connection navigation

* CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
* ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
* ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
* ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
* ALT+HOME (Display the Start menu)
* CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
* ALT+DELETE (Display the Windows menu)
* CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)
* CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)


Microsoft Internet Explorer navigation
 * CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
* CTRL+E (Open the Search bar)
* CTRL+F (Start the Find utility)
* CTRL+H (Open the History bar)
* CTRL+I (Open the Favorites bar)
* CTRL+L (Open the Open dialog box)
* CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
* CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
* CTRL+P (Open the Print dialog box)
* CTRL+R (Update the current Web page)
* CTRL+W (Close the current window)
 


Thursday, November 11, 2010

Puding Karamel

Setelah puas mintak resepi dari seorang kawan nie, akhirnya dapat jugak 1 resepi daripada dia. Resepi nie dia dah selalu buat kat rumah. Cuma aku jek yg xda masa nak cuba lagi. Pada you all kat sana yg nak try resepi nie boleh lah try..Mmg sedap tau puding nie. Dulu kawan aku nie siap jual kat office lagi. Mmg dapat sambutan hangatlah dari kami2x nie.

Cuba jangan tak cuba ok....

Search by google

Resepi puding

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila 

Bahan-Bahan Untuk Karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air 

Cara-Cara:-
Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
 
Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati.Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Perbezaan Pangkat Dato, Dato Seri, Tan Sri, Tun dan sebagainya...


Apa beza pangkat Dato’ dengan Datuk ye???sebutan same tapi ejaan lain. Dulu aku selalu kompius dengan kedua-dua pangkat nie. Event pangkat2 yang lain pun aku xberapa tahu sgt maksudnya... Dengan masa yang agak lapang sesangat nie, aku pun try mensearch meaning tersebut :-


DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA

DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.) Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.

DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.) Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA
SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.

JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad

AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.

PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA
SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.


JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA
PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.

JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.

KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.

BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.

DARJAH BAKTI
DARJAH BAKTI (D.B.) "Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA
SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P) Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.


PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.) Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.

JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.) Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.) Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.

KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.) Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.



BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI
PINGAT KEBAKTIAN (P.K.) Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.) Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform

PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.) Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.) Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.



PINGAT-PINGAT PERINGATAN
PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.) Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.

** SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur


SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN

1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P.
2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M.
3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N.
4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N.
5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M.
6 DARJAH BAKTI D.B.
7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N
8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M.
9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N.
10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D.
11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N.
12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M.
13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D.
14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N.
15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D.
16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N.
17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N.
18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D.
19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B.
20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P.
21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U.
22 PINGAT KEBAKTIAN P.K.
23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B.
24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A.
25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K.
26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S.
27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M.
28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN –

Informasi tambahan
(1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnya dipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja ... ..hehehhehheh...

(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga).

(3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA ( D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.




p/s: Cuba teka gelaran yang arwah P.Ramlee dapat dok dalam kategori no. berapa?? ;-)