Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, October 14, 2010

Tips Menurunkan berat badan dgn cara yang betul

Berat badan mcm dah naik jek...Baju2x 2-3 tahun lepas byk yg dah xmuat,huhuhu... So, aku decide nak start jogging balik. Bila nak mula tu xtahu bila. Coz sabtu & ahad suami aku ada perlawanan futsal kat PJ. Tunggulah En. suami nak bawak bininya g jogging. Kalau nak harapkan aku g sendiri alamatnya aku jogging depan tv jek,hahaha..


Baru perasan kasut jogging yang beli sebelum bulan pose tu xberusik pun lagi, ish3x... Masa free tadi, aku ada masuk dlm blog seorg sahabt nie. terjumpalah tip2x nak menguruskan badan. So, aku copy paste jelah kat cni sebagai panduan semua.


Tips Menurunkan berat badan dgn cara yang betul




  • senam antara gadjet penting yang kena ada adalah penimbang.Bagi aku penimbang jenis digital adalah lebih baik sebab lebih tepat berbanding penimbang guna jarum tuh.
  • Belilah penimbang yang sesuai kalo buleh beli kat kedai yang memang jual peralatan gym tuk bersenam kalo beli kat Giants ke ape yang murah-murah tu tak ok sangatla lagi satu kalo boleh jangan berkongsi ngan orang lain kira biar korang je yang turun naik atas penimbang tu. 
  • waktu terbaik tuk timbang berat badan adalah seminggu selepas datang haid.Jangan timbang time datang haid sebab time tu badan korang mengalami perubahan hormon dan menyebabkan korang emosi dan badan cenderung menyerap air lam kuantiti yang banyak. 
  • jangan timbang berat setiap kali lepas makan atau pun setiap hari..tapi menimbang seminggu sekali sahaja..kalo boleh timbang pada hari Isnin ataupun Selasa sebab pada hujung minggu korang mesti makan banyak pastu berat badan tentu tak stabil kerana makanan belum diproses..so kalo buleh minggu depan pon timbang hari yang sama.
  • timbang la berat korang pada waktu pagi iaitu selepas keluar dari bilik air..tapi jangan terlalu berharap yang berat badan korang akan turun dengan banyaknye sebab proses pembakaran kalori dan penurunan berat badan tidak boleh berlaku dalam masa sehari sahaja. 
  • cara betul berdiri atas penimbang adalah berdiri tegak dan tidak bergerak-gerak..sedikit pergerakan akan menggalakkan gangguan pada jarum penimbang.
  • tahukah korang amalan menimbang berat setiap hari hanya akan menjadikan korang tertekan dan obsesif terhadap berat dan bentuk badan..mesti kalo berat korang tuh naik sikit lam 100gm ke korang dah risau pastu terus menolak untuk makan walau sedikit padahal berat badan buleh naik sebanyak itu dengan hanya minum segelas air je..so ubahla sikap itu yea..positif la ketika korang sedang berdiet yang penting disiplin tuu..

0 comments :

Post a Comment