Kamu-kamu Yang Comel

Wednesday, October 20, 2010

Spagetti Seafood

Menu makan malam kami sekeluarga 2 hari lepas adalah spaghetti seafood. Tiba2 rasa mcm lama sgt xmakan spaghetti. Kalau dulu, mak selalu masakan spaghetti nie. Setiap kali mak masak, mak akan guna spaghetti SAN REMO jenis panjang2 tu namanya spaghetti linguine  Tapi kali nie punya resepi aku guna spaghetti spirals (saje nak tukar selera,hehehe) . Kat bawah nie merupakan resepi original from my mother.



Bahan-Bahan
Spagetti – Sukatan utk 2 org makan ( kalau ramai, lebihkan spagetti)
Bawang Putih- 6 ulas(ditumbuk / dikisar halus)
Black Pepper- 1 sudu
Daun ketumbar- 3 batang ( Dipotong halus2)
Cendawan- 4 biji (dipotong kecilx2)
Cili padi- 2 biji ( kalau xsuka pedas, boleh kurangkan@ blh gantikan dgn cili hidup)
Perasa Ayam Maggi – 1 kiub
Isi Ayam- potong kecil2
Udang- dibuang kulit
Sotong
Air- 500ml
Sedikit garam

Cara-Cara
Rebus spaghetti sehingga lembut kemudian toskan. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukan isi ayam yang dipotong kecil-kecil, cili padi & serbuk lada hitam. Kemudian masukan air & tunggu sampai mendidih.Masukan perasa ayam, sedikit garam, sotong & udang. Agak2 udang & sotong mcm dah masak, boleh masukan spaghetti yang di rebus tadi serta daun ketumbar. Sedia untuk dimakan.


p.s: Selalunya spaghetti dimasak agak kering sedikit tetapi sekiranya korang xberapa suka kering boleh lebihkan sukatan air  masa memasak nanti.

0 comments :

Post a Comment