Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, October 19, 2010

Siakap Sweet Sour



Jumaat lepas sebelum balik rumah sempatlah jugak b'shopping kat JUSCO. Ingat nak beli ikan siakap sbb nampak ikan tu fresh lagi..En. suami kata beli jek kalau rasa2 nak makan tapi awk kena masak sedaplah macam kat kedai Nara Tomyam tu.Yelah En. suami,huhuhu.......

Balik rumah terus buat research pasal resepi ikan siakap & aku terjumpa 1 blogger psl resepi. Nampak mcm best jek..bolehlah try huhuh...Hari ahad aku trylah resepi tu,hehehe...Mmg sedappp ( nie kalau ikut tekak aku. tapi mmg serius sedapppp) tapi En. suami kata x sama mcm kat Nara Tomyam (mmglah xsama,dah namapun aku yg masak,lainlah kalau Si Nara tu yg masak,hehehe). Picture xsempat nak upload sbb bila ikan tu dah mkn separuh baru teringat nak take pict. so, bila ikan tu xsempurna aku pun ala2 malas nak tangkap gambar..lain kalilah aku ambik gambar k.

Bahan-bahan
  • Utk Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng (sy guna ikan siakap)
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
  • *tepung kentucky - optional
  • Utk Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

0 comments :

Post a Comment