Kamu-kamu Yang Comel

Saturday, October 16, 2010

Pesta Koko Malaysia & Hari Coklat 2010

Nak cerita pasal Pesta Koko Malaysia & Hari Coklat 2010 yg aku & suami pergi pada 15/10/2010 yang lepas. Asalnya En. Suami ajak g sale yang dibuat oleh Metrojaya Hall 1@ Exhibition Centre Level 3 Midvalley. Ermm, barang2 boleh tahanlah murah tapi bukan semua barang. Yang aku rasa betul2 murah mcm handbag berjenama, kasut & sandal husppies dll. Barang kelengkapan dapur mcm kuali, pinggan mangkuk, Tupperware tu aku rasa mahal lah jugak w/pun harga yang tertera tu dah discount..Baju2 budak pun murah jugak tapi rasa time bulan pose aritu dah byk sgt shopping baju untuk Anis. So, kali nie mama belikan anis mainan je.next time mama belikan baju Anis ye.

Oopss!!! dah melencong sket dari tajuk asal. Berbalik pada citer kat Pesta Koko Malaysia. Pesta nie di anjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada rakyat bagaimana koko dihasilkan bermula dari proses pokok koko di tanam hingga serbuk koko dihasilkan. Selain itu juga, pengunjung di dedahkan tentang kaedah koko diproses untuk menghasilkan coklat menggunakan kaedah tradisional & moden. Kalau kat kg dulu, selalu jugak lah tgk awe jemur biji koko nie. Tapi cara proses untuk nak hasilkan coklat/ coklat putih tu aku xberapa nak tahu sgt sbb kat booths ni terlalu ramai lah manusia. For ur information, buah koko  dapat menghasilkan byk produk. Antara produk yang mungkin kita x tahu adalah minyak wangi (Serius..xtipu). Selain itu, pesta ini juga memberikan peluang & ruang kepada pengusaha kecik & sederhana (IKS)  untuk mempromosikan produk mereka. Sape kata produk tempatan xsetanding dgn barangan import..Percayalah wahai rakyat Malaysia..

Lupalah nak citer, semasa kat pesta nie aku byk mkn coklat free,hahahaha ( Bab makan free nie laju je.Kesian kat anis coz xikut sekali). En. Suami kalau bab2 nak ambik benda free nie dia ada segan sket..Xpe, biar mama je yg makan kan bagi pihak papa, hahaha. Semasa kat dalam nie, aku ada snap sedikit gambar2 utk diupload dlm blog nie. Layan jelah gambar nie ye. Bye


Baru lepas dapat coklat free dari abang yang jaga booth nie..sedap!sedap!sedap!

Minuman coklat free!!!

Pengunjung diberi sedikit taklimat & maklumat berkenaan KOKO

Antara produk tempatan yang dijual

Dah kenyang.Masa untuk balik rumah,hahaha

0 comments :

Post a Comment