Kamu-kamu Yang Comel

Thursday, October 21, 2010

Kek Coklat Moist

Nak berkongsi resepi kek coklat moist. Resepi nie dapat daripada adik yang berada di Johor. Masa hari raya Aidilfitri yg lepas, adik dah buat beberapa biji kek coklat nie. Awe panggil kek nie kek hitam,hahaha..kesian kat ko fad. Mmglah kek tu hitam awe, dah campur dgn serbuk koko tu yg jadi colour hitam..Bak kata orang putih ‘Don’t judge a book by its cover’ w/pun rupanya hitam tapi rasanya sedap, lebih kurang sama mcm yg jual kat jalan TAR (kalau kat jalan tar nie diorg ada letak coklat cair kat atasnya RM 10~RM12/pcs). Sesiapa yang berminat nak cuba boleh lah try. Bahan2 nak buat kek coklat nie pun xbyk sgt & mudah untuk dicari.Pict Kek coklat yg adik buat xsempat nak tangkap masa raya  aritu. Pict yg aku upload nie aku ambik dalam IE.



Bahan-Bahan A
Tepung  Gandum m-  11/2 cawan
 Gula Halus - 11/2 cawan
Serbuk koko - 11/2 cawan
Soda Bikarbonat - 11/2 sudu teh
Baking Powder - 11/2 sudu teh

Bahan –Bahan B
Susu cair - 1 Cawan (kalau nak guna susu kotak dutchlady pun boleh)
Minyak masak - 1 cawan ( kalau xsuka berminyak sgt boleh bubuh ¾ cawan jek)
Esen Vanila - 1 sudu teh

Bahan –Bahan C
 Air Panas 100oc - 1 cawan

Cara-Cara
Bahan A & C dicampur dan dikacau sehingga sebati. Kemudian masukan Bahan B kacau hingga rata / sehingga tepung tidak berketul. Masukan kedalam oven & dibakar pada suhu 120oc selama 1 jam.

2 comments :