Kamu-kamu Yang Comel

Tuesday, October 26, 2010

Produk Anlene Gold Ada Serangga Dalam Paket

sekadar berkongsi email ini dgn korang semua.

Assalamualaium / Selamat Sejahtera,
Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada diri saya & isteri pada hari Sabtu (25 September 2010). Saya menyuruh isteri saya membeli satu rumusan susu produk Anlene Gold disebuah kedai runcit (lebih kurang jam 12.20tghr) kerana doktor menasihatkan bapa saya untuk minum susu Anlene Gold untuk menguatkan tulang kakinya yang telah di diagnosis perlukan banyak kalsium bagi membantu pemulilhannya

Apabila tiba di Hospital Selayang petang hari yang sama, saya pun membuka rumusan susu yang disebut diatas tadi untuk minuman bapa saya. Begitu terkejutnya saya melihat apabila terdapat beberapa warna hitam & kelabu dalam rumusan susu tersebut. Kerana rasa was-was saya pun mengambil sudu lalu mencedok sedikit demi sedikit rumusan susu tersebut, Hasilnya saya mendapati beberapa serangga yang telah mati ada didalam rumusan susu tersebut.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan situasi diatas, saya terus menelefon no talian khidmat pelanggan di belakang pek rumusan susu itu. Seperti biasa, sistem khidmat pelanggan di Malaysia ini hanya indah khabar dari rupa. Disebabkan saya menelefon pada hari Sabtu, maka sistem khidmat pelanggan telah ditutup dan hanya dibuka pada hari kerja sahaja. Ini lebih membuatkan

saya semakin tidak berpuas hati kerana adakah kita akan terus ditipu sebegini oleh peniaga. Saya terpaksa meninggalkan mesej ke dalam sistem tersebut & mengharapkan bahawa mereka akan menelefon saya kembali diwaktu bekerja mereka. Saya merasakan itu tindakan yang belum pasti akan dibuat oleh pihak mereka. Sila lihat gambar yang telah saya 'attached' kan diatas sebagai bukti dakwaan saya ini. Jika anda prihatin terhadap perkara ini, tolong sebarkan kepada semua rakan-rakan, saudara-mara, ibu-bapa anda untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada anda. Kita perlu gunakan kuasa pengguna kita agar hak-hak kita sentiasa terpelihara. Jangan hanya terpedaya dengan iklan-iklan di televisyen tentang semua produk mereka tetapi sebenarnya mereka menipu kita secara tidak sedar.

Sebagai bukti, berikut adalah makluman tentang paket rumusan susu yang telah isteri saya beli:
Nama Produk: Anlene Gold
Harga Produk: RM23.90
Tarikh Luput: 19/11/2011
Dipek oleh: Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd,
                 Lot 12, Subang Hi-Tech Industrial Park,
                 Batu Tiga, 40300 Shah Alam,
                 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Saya juga ingin maklumkan yang saya tidak ada kepentingan dalam mana-mana pihak lain (pesaing) kepada produk ini. Saya hanyalah pengguna biasa yang terpedaya oleh tipu-daya pihak peniaga. Untuk membuktikan yang saya tidak menipu sesiapa pun, saya letakkan no. telefon saya dibawah & anda boleh mencari saya di wangsa maju seksyen 1.
Sekian, Pengguna yang ditipu...
Hazrizam Bin Haji Abdul Rahim
BEM Graduate Engineer - Electrical (63405A)
Cell: +6013 6448 956




 

Monday, October 25, 2010

Beware Girls!!!

Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya

duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu.
Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta
peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh
gaya , seorang polisi datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang
terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu
tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"..

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja.
Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut.
Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang
banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan,
bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang
tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa
mereka, beberapa hari sebelum dia nak menggana
s".


 
"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias
kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta
kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung
dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta.
Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki
dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung
ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka
yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya
dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa.
Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka
menghias kereta dengan anak patung nih
".


"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati
penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa
minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara
mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki,
ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu.
Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik".

kata polisi itu lagi sebelum berlalu.
"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah
pucat. Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus
perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak.
Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan
kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya
Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh
lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk
kat rumah aje.



p/s: Sekadar renungan & iktibar buat kita semua...

Bila Budak Kecik Makan Sendiri

Kalau budak kecik nie makan sendiri, mesti bersepah nasik satu rumah. Bila mama dgn papa nak suapkan, dia menjerit2x xmau makan..Saje je Anis nie nak bagi mama buat kerja lebih, huhuhu...

Sunday, October 24, 2010

Berjogging@ Taman Tasik Permaisuri

Pukul 5 petang tadi En. suami ajak aku g jogging kat Tasik Permaisuri. Tapi sampai kat sana agak lewat, kalau xsilap pukul 6.30 petang kitaorg sampai. Masa on the way nak kesana, aku tgk awan tu mcm gelap jek. Sempat ke aku berjogging nie. Redah jelah En. suami kata. Sampai2x je kat sana cepat2x pakai sport shoes and start berjogging. Anis and En. suami tggu kat tepi tasik tu jek. fuhhh!!! penat jugak lah berlari larian nie..dah lama benor makcik nie xberjogging. Segala2x spare tayer yg ada nie, bergoncangan masa berlari tadi, (mcm citer big mama berlari-larian kat tepi pantai) hahaha...Sempat buat 1 pusingan je tadi. Dan molek sampai je kat tempat start aku mulakan larian tadi, jumpa papa & Anis..Papa kata cukuplah 1 pusingan jek arini. Hujan dah turun renyai2x nie..Aku setuju je.Lagipun, Anis selsema arini. Kalau biarkan dia kena hujan mesti lagi teruk selsema dia. Selepas kami masuk je kedalam kereta, hujan turun selebat-lebatnya...Nasib baik dah masuk dalam kereta.kalau aku masih berjogging tadi,mesti basah kunyup baju aku,huhuhu....Entry kali nie xda gambar yg diambil. Sebabnya aku nak cepat tadi, hehehe..



p/s: Mesti korang pening ngan citer aku nie coz kadang2x aku guna ayat En. suami. Kadang2x jugak aku guna ayat papa. For ur information En. suami = papa.

Kerja Giler Aku Hari Nie

Hari nie aku sgt rajin ler pulak mengemas rumah. After bangun dari tido, terus sediakan breakfast untuk En. suami & Anis. Menu pagi nie adalah nasi goreng and nugget ayam + teh O suam.. Selepas tu basuh baju, sapu rumah, mop lantai, etc... semasa nak kemas2x barang kat dalam bilik, terpandang breastpam yang pernah aku gunakan dulu selepas melahirkan Anis. Tiba2x rasa macam nak guna balik lah pam tu. lagipun dari semalam lagi nenen nie rasa sakit & xselesa. Aku pun xtahu kenapa nenen nie rasa sakit. Manalah tahu lepas guna pam tu boleh hilangkan rasa sakit tu, hehehe..lagipun aku pun nak tahu jugak susu badan aku nie still ada lagi@ tidak coz kali terakhir aku breastfeeding kan si Anis nie 7-8 bulan yg lepas. Agak lama jugak aku xbreastfeedingkan si budak kecik tu. Mak kata kalau lama sgt xbagi baby minum susu badan, susu tu akan kering...ermm,,betul ke??? Nak tahu betul ke x aku pun try ler pam...
Resultnya mmg buat aku shock. mmg ada susu lagi laaa.Biar benar nie..hahaha. Tapi susu yg keluar nie colournya agak kekuningan & pekat. Sama mcm susu yg mula2x sekali keluar waktu 1st day melahirkan Anis. Nak bagi Anis minum, dia tgh tido la pulak....


p/s : En. Suami xtahu kerja giler yg aku buat pagi tadi. Kalau dia tahu, mesti dia akan kata " Awk nie dah xde keje ke nak buat"...... hahahaha

Saturday, October 23, 2010

Aktiviti Aku Harini,huhuhu

Hari nie dok umah makan, tido, tgk tv, makan, tido, tgk muka anis pastu tido balik..hahahah...Hari yang paling memboringkan sebab hujan sejak tengahari tadi sampailah ke malam. Nak keluar g jalan2x pun xboleh. Semua aktiviti yang dirancang semuanya terbantut..huhhh!!!

Thursday, October 21, 2010

Kek Coklat Moist

Nak berkongsi resepi kek coklat moist. Resepi nie dapat daripada adik yang berada di Johor. Masa hari raya Aidilfitri yg lepas, adik dah buat beberapa biji kek coklat nie. Awe panggil kek nie kek hitam,hahaha..kesian kat ko fad. Mmglah kek tu hitam awe, dah campur dgn serbuk koko tu yg jadi colour hitam..Bak kata orang putih ‘Don’t judge a book by its cover’ w/pun rupanya hitam tapi rasanya sedap, lebih kurang sama mcm yg jual kat jalan TAR (kalau kat jalan tar nie diorg ada letak coklat cair kat atasnya RM 10~RM12/pcs). Sesiapa yang berminat nak cuba boleh lah try. Bahan2 nak buat kek coklat nie pun xbyk sgt & mudah untuk dicari.Pict Kek coklat yg adik buat xsempat nak tangkap masa raya  aritu. Pict yg aku upload nie aku ambik dalam IE.



Bahan-Bahan A
Tepung  Gandum m-  11/2 cawan
 Gula Halus - 11/2 cawan
Serbuk koko - 11/2 cawan
Soda Bikarbonat - 11/2 sudu teh
Baking Powder - 11/2 sudu teh

Bahan –Bahan B
Susu cair - 1 Cawan (kalau nak guna susu kotak dutchlady pun boleh)
Minyak masak - 1 cawan ( kalau xsuka berminyak sgt boleh bubuh ¾ cawan jek)
Esen Vanila - 1 sudu teh

Bahan –Bahan C
 Air Panas 100oc - 1 cawan

Cara-Cara
Bahan A & C dicampur dan dikacau sehingga sebati. Kemudian masukan Bahan B kacau hingga rata / sehingga tepung tidak berketul. Masukan kedalam oven & dibakar pada suhu 120oc selama 1 jam.

Wednesday, October 20, 2010

Nak Nasi Kerabu ke Nasi Dagang???

lagi 30minit lagi nak pukul 5.00 petang. Arini ada pasar malam kat kawasan rumah mak. Xsabar nak g beli nasi kerabu & nasi dagang yang sedap tu. Nasi yg pakcik tu jual antara yang terbaik pernah aku makan. Gulai ikan tongkolnya pekat & marvelos, hingga menjilat jari. Nak kerabu ke n.dagang @ keduax2nya, hahaha..dasar tamak haloba punya orang.




Kepentingan Meletakkan Watermark Dalam Blog Anda

Selepasx2 nie aku ingat segala2 gambar yg belong to me nak bubuh watermark. Kenapa perlu letak watermark dalam setiap gambar2 yg di upload ke dalam blog? Salah satu sebabnya adalah melindungi gambarx2 kepunyaan anda daripada digunakan oleh orang lain. Another reason ianya salah satu cara untuk mempromosikan blog anda kepada blog2 lain di alam maya sana. Bila dah famous, barulah blog anda akan dikenali ramai.

Dah 2-3 hari jugaklah buat research pasal watermark nie. Kebetulan jumpa satu nota pasal nak buat watermark & print siap2 kat office . Malam tadi aku saje buat eksperimen keatas beberapa keping gambar yang ada dlm pc aku nie. Watermark tu mmglah jadi tapi xseperti yang aku nak (nie kes xjadi sbb nota tertinggal kat office,huhuhu)

Dalam kepala dah ada 2 sampel design watermark yang aku nak buat nanti. Apa2 pun tunggulah hasilnya bila benda alahh tu siap yek.. Semalam ada org offer aku join kursus Photoshop yg akan diadakan pada minggu depan, yahoooo!!!! mmg aku nak pun. Lokasi tempat kursus tu kat dalam office aku nie juga.Dekatkan!!! Rugilah kalau aku xjoin. Kalau nak belajar kat luar pun agak mahal jugalah yuran yang dikenakan. So, bila dah ada peluang depan mata baik kita gunakan sebaik mungkin. okla, sampai sini jelah coretan untuk kali nie. sambung esk pulak. Bye.

Spagetti Seafood

Menu makan malam kami sekeluarga 2 hari lepas adalah spaghetti seafood. Tiba2 rasa mcm lama sgt xmakan spaghetti. Kalau dulu, mak selalu masakan spaghetti nie. Setiap kali mak masak, mak akan guna spaghetti SAN REMO jenis panjang2 tu namanya spaghetti linguine  Tapi kali nie punya resepi aku guna spaghetti spirals (saje nak tukar selera,hehehe) . Kat bawah nie merupakan resepi original from my mother.



Bahan-Bahan
Spagetti – Sukatan utk 2 org makan ( kalau ramai, lebihkan spagetti)
Bawang Putih- 6 ulas(ditumbuk / dikisar halus)
Black Pepper- 1 sudu
Daun ketumbar- 3 batang ( Dipotong halus2)
Cendawan- 4 biji (dipotong kecilx2)
Cili padi- 2 biji ( kalau xsuka pedas, boleh kurangkan@ blh gantikan dgn cili hidup)
Perasa Ayam Maggi – 1 kiub
Isi Ayam- potong kecil2
Udang- dibuang kulit
Sotong
Air- 500ml
Sedikit garam

Cara-Cara
Rebus spaghetti sehingga lembut kemudian toskan. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukan isi ayam yang dipotong kecil-kecil, cili padi & serbuk lada hitam. Kemudian masukan air & tunggu sampai mendidih.Masukan perasa ayam, sedikit garam, sotong & udang. Agak2 udang & sotong mcm dah masak, boleh masukan spaghetti yang di rebus tadi serta daun ketumbar. Sedia untuk dimakan.


p.s: Selalunya spaghetti dimasak agak kering sedikit tetapi sekiranya korang xberapa suka kering boleh lebihkan sukatan air  masa memasak nanti.

Tuesday, October 19, 2010

Team En. Suami Juara Futsal

SYABAS!!! dan TAHNIAH!!! diucapkan kepada En. Suami & pasukan Futsal Kontinjen 4 yang telah menjuarai Pertandingan Futsal Antara Kontinjen CKM yang telah berlangsung di De Stadium, USJ19 pada hari Sabtu, 16 Oktober lalu.

Sebagai habuannya, setiap peserta menerima baucer RM150 setiap orang berserta piala & souvenir (betul ke ejaan nie,main tibai jek). Congratulation En. Suami. Keep it up!!!

Lutut En. suami dah injured. Kesiannnn!!!!

Dapat baucer RM150

Medal

Pemain simpanan pun dapat medal jugak.





Siakap Sweet Sour



Jumaat lepas sebelum balik rumah sempatlah jugak b'shopping kat JUSCO. Ingat nak beli ikan siakap sbb nampak ikan tu fresh lagi..En. suami kata beli jek kalau rasa2 nak makan tapi awk kena masak sedaplah macam kat kedai Nara Tomyam tu.Yelah En. suami,huhuhu.......

Balik rumah terus buat research pasal resepi ikan siakap & aku terjumpa 1 blogger psl resepi. Nampak mcm best jek..bolehlah try huhuh...Hari ahad aku trylah resepi tu,hehehe...Mmg sedappp ( nie kalau ikut tekak aku. tapi mmg serius sedapppp) tapi En. suami kata x sama mcm kat Nara Tomyam (mmglah xsama,dah namapun aku yg masak,lainlah kalau Si Nara tu yg masak,hehehe). Picture xsempat nak upload sbb bila ikan tu dah mkn separuh baru teringat nak take pict. so, bila ikan tu xsempurna aku pun ala2 malas nak tangkap gambar..lain kalilah aku ambik gambar k.

Bahan-bahan
  • Utk Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng (sy guna ikan siakap)
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
  • *tepung kentucky - optional
  • Utk Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Saturday, October 16, 2010

Pesta Koko Malaysia & Hari Coklat 2010

Nak cerita pasal Pesta Koko Malaysia & Hari Coklat 2010 yg aku & suami pergi pada 15/10/2010 yang lepas. Asalnya En. Suami ajak g sale yang dibuat oleh Metrojaya Hall 1@ Exhibition Centre Level 3 Midvalley. Ermm, barang2 boleh tahanlah murah tapi bukan semua barang. Yang aku rasa betul2 murah mcm handbag berjenama, kasut & sandal husppies dll. Barang kelengkapan dapur mcm kuali, pinggan mangkuk, Tupperware tu aku rasa mahal lah jugak w/pun harga yang tertera tu dah discount..Baju2 budak pun murah jugak tapi rasa time bulan pose aritu dah byk sgt shopping baju untuk Anis. So, kali nie mama belikan anis mainan je.next time mama belikan baju Anis ye.

Oopss!!! dah melencong sket dari tajuk asal. Berbalik pada citer kat Pesta Koko Malaysia. Pesta nie di anjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada rakyat bagaimana koko dihasilkan bermula dari proses pokok koko di tanam hingga serbuk koko dihasilkan. Selain itu juga, pengunjung di dedahkan tentang kaedah koko diproses untuk menghasilkan coklat menggunakan kaedah tradisional & moden. Kalau kat kg dulu, selalu jugak lah tgk awe jemur biji koko nie. Tapi cara proses untuk nak hasilkan coklat/ coklat putih tu aku xberapa nak tahu sgt sbb kat booths ni terlalu ramai lah manusia. For ur information, buah koko  dapat menghasilkan byk produk. Antara produk yang mungkin kita x tahu adalah minyak wangi (Serius..xtipu). Selain itu, pesta ini juga memberikan peluang & ruang kepada pengusaha kecik & sederhana (IKS)  untuk mempromosikan produk mereka. Sape kata produk tempatan xsetanding dgn barangan import..Percayalah wahai rakyat Malaysia..

Lupalah nak citer, semasa kat pesta nie aku byk mkn coklat free,hahahaha ( Bab makan free nie laju je.Kesian kat anis coz xikut sekali). En. Suami kalau bab2 nak ambik benda free nie dia ada segan sket..Xpe, biar mama je yg makan kan bagi pihak papa, hahaha. Semasa kat dalam nie, aku ada snap sedikit gambar2 utk diupload dlm blog nie. Layan jelah gambar nie ye. Bye


Baru lepas dapat coklat free dari abang yang jaga booth nie..sedap!sedap!sedap!

Minuman coklat free!!!

Pengunjung diberi sedikit taklimat & maklumat berkenaan KOKO

Antara produk tempatan yang dijual

Dah kenyang.Masa untuk balik rumah,hahaha

Friday, October 15, 2010

Mood Kerja Arini

Arini mood kerja aku mcm pict kat atas. Bukan setakat arini je, aku rasa hari-hari pun macam tu.hahaha... :-) tapikan,


mood kerja aku jadi lain pulak kalau hari jumaat (bukan sbb benda lain tau, hehehe), happy sokmo coz esoknya cuti..hoyehhh!!!!

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chr oni c Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Harap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Sya rikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Pais Ikan Kembung Dan Seafood

Jap lagi ingat nak g beli barang2 dapur sket kat Jusco. Nak beli barang2 untuk masak ari cuti esk. Esk nak try masak pais ikan/ Portugess grill (nyumm2x,sedap hingga menjilat jari..hahaha).. Tadi aku search resepi nie kat blog seorg sahabat.. mcm sedap jek resepi yang dia tepek. Minta izin tuan punya blog untuk tepek resepi nie kat blog saya ye..

Resepi Pais Ikan Kembung Dan Seafood 

3 ekor ikan kembung ( apa-apa ikan pun boleh )
10 ekor udang sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit )
3 ekor sotong ( di bersihkan dan dipotong2)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 inci kunyit
8-10 biji cili padi
1 sudu makan asam jawa ( buang bijinya)
1 sudu makan penuh gula
1 sudu kecil garam
sedikit serbuk perasa
Daun pisang secukupnya

Cara penyediaannya
1. Tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, gula dan garam hingga lumat.
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan asam jawa dan perasa.
3. Kemudian satukan  semua bahan tadi dengan seafood dalam 1 mangkuk.
4. Bungkus seafood dalam daun pisang yang telah dilayur atas api. Klip tepinya dengan lidi atau stepler.
5. Kemudian letakkan dalam tray pembakar atau caserol tahan panas. Bakar  dalam oven selama 1/2 jam, 180 darjah celsius.
6. Kalau tak ada oven boleh bakar atas kuali non stick dengan dapur gas 

Gigi Sakit Balik, huhuhu



Gigi dah start sakit balik,huhhuu...Sakit bukan sebab gigi tu nak patah atau berlubang. Aku beruntung sgt sbb gigi aku ni mmg xda yang berlubang pun. Maybe sbb jarang makan candy & coklat. Tapi major problem dari dulu sampai sekarang adalah plak yg menimbun. Maybe cara aku gosok gigi xbetul kot. Tapikan suami aku kata kalau dia dok kat toilet sebelah, dgr aku gosok gigi dah mcm berus kain baju jek (lebih kurang mcm tulah bunyiknya, kuat benor aku gonyoh gigi,hehehe)

Actually dah lama dah gigi aku ni sakit. Tapi disebabkan aku nie  penakut nak jumpa doctor so, byk kali lah aku postpone g klinik. Tapi laa ni aku rasa mcm dah xboleh nak tanggung dah kesakitannya. Gigi aku yang dulunya rapat, laa ni mcm dah senget sket,,kuat betul plak ni tolak gigi aku ;-(

Malam tadi tanya2 kat beberapa org member aku yang pernah dptkan rawatan kat klinik pergigian. Just nak tahu kat klinik mana  perkhidmatannya ok & doktornya x  kasar..Maybe ari sabtu ni nak g klinik tu, hopefully everything is fine.



Thursday, October 14, 2010

Aroma Therapy Shower gel Tiada di Pasaran???

Waktu lunch hour tadi g jalan2x kat watson & Guardian. Tiba2x je rase nak try shower gel nie. Dulu masa study kat kuantan  rajin la jugak aku pakai shower gel yg nie. Baunya pun harum.. I LIKE!!!. . Berbalik pada citer masa g watson & Guardian, semasa kat sana puas dok mencari shower gel nie...xdakkk.. ermm,try pulak g guardian, kat sana pun xda...BIAR BENAR...Dari minggu lepas dok cari kat Mymydin pun xda nie,KECEWAAA3x..

Adakah sabun nie dah di stopkan pengeluarannya ke Malaysia???? atau pun stok dari kilang xsampai lagiii. Balik nie nampaknya kena pakai shower gel yg sedia ada :-(

Antara blog yang aku suka tgk

Antara blog yang aku suka tgk untuk belajar cara-cara nak bina blog. Nota2x dalam blog ni pun mudah nak faham. kalau nak try bolehlah klik kat link nie.

Tips Menurunkan berat badan dgn cara yang betul

Berat badan mcm dah naik jek...Baju2x 2-3 tahun lepas byk yg dah xmuat,huhuhu... So, aku decide nak start jogging balik. Bila nak mula tu xtahu bila. Coz sabtu & ahad suami aku ada perlawanan futsal kat PJ. Tunggulah En. suami nak bawak bininya g jogging. Kalau nak harapkan aku g sendiri alamatnya aku jogging depan tv jek,hahaha..


Baru perasan kasut jogging yang beli sebelum bulan pose tu xberusik pun lagi, ish3x... Masa free tadi, aku ada masuk dlm blog seorg sahabt nie. terjumpalah tip2x nak menguruskan badan. So, aku copy paste jelah kat cni sebagai panduan semua.


Tips Menurunkan berat badan dgn cara yang betul




  • senam antara gadjet penting yang kena ada adalah penimbang.Bagi aku penimbang jenis digital adalah lebih baik sebab lebih tepat berbanding penimbang guna jarum tuh.
  • Belilah penimbang yang sesuai kalo buleh beli kat kedai yang memang jual peralatan gym tuk bersenam kalo beli kat Giants ke ape yang murah-murah tu tak ok sangatla lagi satu kalo boleh jangan berkongsi ngan orang lain kira biar korang je yang turun naik atas penimbang tu. 
  • waktu terbaik tuk timbang berat badan adalah seminggu selepas datang haid.Jangan timbang time datang haid sebab time tu badan korang mengalami perubahan hormon dan menyebabkan korang emosi dan badan cenderung menyerap air lam kuantiti yang banyak. 
  • jangan timbang berat setiap kali lepas makan atau pun setiap hari..tapi menimbang seminggu sekali sahaja..kalo boleh timbang pada hari Isnin ataupun Selasa sebab pada hujung minggu korang mesti makan banyak pastu berat badan tentu tak stabil kerana makanan belum diproses..so kalo buleh minggu depan pon timbang hari yang sama.
  • timbang la berat korang pada waktu pagi iaitu selepas keluar dari bilik air..tapi jangan terlalu berharap yang berat badan korang akan turun dengan banyaknye sebab proses pembakaran kalori dan penurunan berat badan tidak boleh berlaku dalam masa sehari sahaja. 
  • cara betul berdiri atas penimbang adalah berdiri tegak dan tidak bergerak-gerak..sedikit pergerakan akan menggalakkan gangguan pada jarum penimbang.
  • tahukah korang amalan menimbang berat setiap hari hanya akan menjadikan korang tertekan dan obsesif terhadap berat dan bentuk badan..mesti kalo berat korang tuh naik sikit lam 100gm ke korang dah risau pastu terus menolak untuk makan walau sedikit padahal berat badan buleh naik sebanyak itu dengan hanya minum segelas air je..so ubahla sikap itu yea..positif la ketika korang sedang berdiet yang penting disiplin tuu..

Hantar Abang Ke Airport..Hoyehh!!!

Waktu balik kerja hari isnin aritu abah ada bagitahu aku yang abg dapat pergi german. Terkejut aku.Mcmner pulak si abg ni boleh g german, hebatlah pulak mamat nie,hehehe...Rupa2xnya company tempat dia kerja antar g training kat sana selama 3minggu. BEST GILER!!!.. Selain abg, ada 6 org lagi yang turut serta ke sana. so, abg adalah member.

Pastu abah tanya aku, nak ikutx antar abg ke KLIA esk. Flight abg pukul 8.30 malam. Suami pulak bagitahu abah yang dia tak janji boleh antar abg ke KLIA. Takut sampai rumah lewat,lagipun time balik kerja mmg jem. Keesokannya time balik kerja ,sampai rumah mak pukul 5.45petang. Time nak cari parking kat bawah rumah tu, nampak mak tgh dukung anis. Rupanya diorg tgh tunggu aku balik kerja..Last2 minit tiba2 suami pulak bagitahu abah yang dia nak ikut sekali g hantar abng ke airport..huhhh!!! entah apa2x tah suami aku tu.Suka sgt buat keputusan last2 minit. tapi xpe, mmh aku nak sgt ikut diorg g sana.lagipun, aku xpernah lagi sampai KLIA (Jakunnya aku nie,hehehe)

Masa on the way ke airport, abg yang drive..adoiii!!! laju giler abg drive.awatnya drive laju2x nie. rilexlah flight ko kan pukul 8.30 malam.sekarang baru pukul 6 petang, entah apa2x lah dia ni. Bila dah sampai airport pulak salah citer lawak yg aku nak tergelak sampai sekarang,hehehe....Boleh x adik aku tanya kat awek yg jaga kaunter tu dia nak g german tapi x tahu nak g ke kaunter mana,hahaha..pastu bila awek kaunter tu tanya tiket encik ke negara mana. Adik aku jawab german.muka budak tu pun mcm pelik je. so, last2 adik aku bagi je tiket dia tu kat budak kaunter tu. Adik aku pun xperapa nak paham sgt pasal naik kapal terbang ni...OOhhh!!! En. nak ke german. for ur information, Encik kena naik flight dulu ke singapore.dari singapore baru ke german..lorrrr!! baru aku tahu,hahaha...merah padam muka kami. Xpalah, xtahu kenalah bertanya. bak kata org tua2x ' malu bertanya sesat jalan'

Abg pun dah masuk ke tempat menunggu flightnya..Kami sekeluarga hanya boleh tgk kat area anjung tinjau. bye..bya abg.semoga selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia.
Baru sampai kat KLIA

Pemandangan kat Anjung Tinjau

Peserta Akademi Fantasia yang tersingkir, hahaha

Nie kat kaunter simpanan kargo. Berat beg abg 18.5kg je,nasib baik (^_^)

Tgh calling2x member. Entah kat mana tah diorg dok.

Wednesday, October 13, 2010

Hallooooo

Salam semua.

Akhirnya siap jugak rumah baru ...Rumah lama dulu sesaje je buat. masa tu baru nak belajarx2 buat blog. so, bila dah terer sket, try buat blog baru.Segala coretan yang kat rumah lama belum transfer lagi ke rumah baru..tunggulah bila free2x nanti barulah buat,hehehe....so, inilah dia blog baru saya.Enjoy ur reading k (^_^)

Nak citerlah sket pasal sejak dua menjak ni, aku rajin sgt search pasal braces,huhu...Bukan apa, tulah antara wishlist dari zaman sekolah. sampai laaa ni xkesampaian nak memilikinya. Sbb harga mahal pun salah satu faktor jugak. Kalau zaman 90an dulu harganya dalam 4K (nie kalau g kat klinik/ hospital private). Kalau harini punya price mau dalam 5K-10K. Tu  belum lagi kalau tiba2 aku gatal nak pakai damon braces,huhuhu..Klinik govt. dah xmau support dah pesakit yg nak pakai braces.mungkin sbb harga dah terlalu mahal.Kesian kat aku kan. 15 tahun lepas kalau abah dgn mak bawak aku g klinik pergigian kat bangsar just bayar RM500 jek. Bak kata org tua2x 'Barang yang lepas usah di kenang, takut merana diri sendiri' huhuhu...


Duit boleh kumpul slow2 tapi yang xbestnya gigi geraham yang terakhir sekali (pada bahagian atas & bawah ) perlu dicabut. Tujuan dicabut tu aku xpasti kenapa. Aku bab2x cabut gigi yg aku lemah nie.Gigi aku elok lagi. Aku xboleh nak bayangkan mcmner doktor tu cabut gigi aku yang kuat tu..(Tiba2 teringat citer P.Ramlee yang cabut gigi guna playar tu,huwargghhh...takut!!!!)

Lagi pun. aku dah boring tgk gigi aku yang ala2 betty ni. So, kena tunggulah aku punya semangat berani aku tu ada...Selagi rasa takut tu menghantui diri, selagi tulah aku xdapat nak pakai braces....